Ramai Sangka Saya Anak Sulung Berjalan Bawa Adik Hakikatnya Saya Ibu 7 Anak


Kalau orang tak tahu, mesti orang akan kata macam kakak dengan adik. Itu situasi yang dilalui oleh Noriza Tul Akma Abdullah, ibu kepada tujuh cahaya mata yang penampilannya nampak macam seperti belum berkahwin.
Menerusi laporan Metro, wanita berusia 32 tahun itu sudah memiliki tujuh cahaya mata dengan seorang daripadanya meninggal dunia ketika kandungan berusia empat bulan.
Berkahwin ketika usia 16 tahun
Ia hasil perkahwinannya dengan suami, Muhamad Izzhar Abdullah, 34, pada 2006 iaitu ketika dia berusia 16 tahun.

Ditakdirkan, wanita mesra disapa Akma itu dikurniakan rezeki awal apabila menimang cahaya mata sulung setahun selepas berkahwin sekali gus menjadikannya ibu pada usia muda.
“Saya berkahwin dengan kerelaan sendiri, bukan atas paksaan keluarga atau dijodohkan oleh mereka.
“Kiranya, saya dan suami memang nak menghalalkan hubungan kami dengan perkahwinan.
“Tempoh lima tahun pada awal perkahwinan agak sukar juga kerana usia belum matang malah pernah juga catu makan tetapi semakin biasa menyesuaikan dengan keadaan selepas melahirkan anak kedua,” katanya.
Banyak membaca buku bab penjagaan anak
Menurut Akma, selain merujuk dengan ibu bapa, dia banyak membaca buku berkaitan penjagaan bayi untuk menambah pengetahuan.
Katanya, pengetahuan diperoleh itu cuba diaplikasikan mengikut keadaan setiap seorang anaknya.
“Kalau pergi kedai buku, saya memang suka cari buku berkaitan penjagaan anak.
“Dari situ, saya belajar walaupun realitinya tidak sama dan lebih mencabar,” katanya.
Ramai ingat saya anak sulung bawa adik 
Setiap kali keluar bersama anak, Akma tidak menafikan ada yang menyangka dia anak sulung dan berjalan-jalan membawa adik.
Akma berkata, ada juga individu yang cuba ‘mengayatnya’ kerana beranggapan dia belum berkahwin.
“Hakikatnya, saya sudah berkahwin dan ibu kepada tujuh cahaya mata dengan yang sulung berusia 15 tahun dan bongsu dua tahun manakala anak syurga saya, Muhamad sudah meninggal dunia kerana jantung berhenti semasa dalam kandungan.
“Saya tidak layan dan anggap ia sekadar usikan daripada mereka yang tidak kenal kerana orang terdekat tahu saya sudah berkahwin,” katanya.

Berhubung kisahnya yang tular selepas memuat naik video di TikTok, Akma berkata, dia sekadar berkongsi untuk suka-suka saja dan tiada niat mencari perhatian.
“Saya muat naik video itu kelmarin (Jumaat) dan tak sangka ramai yang menonton. Alhamdulillah, banyak komen positif dan terima kasih saya ucapkan kepada yang mendoakan namun ada juga menuduh video itu hanya rekaan serta sekadar bahan (content).
“Saya tidak ambil kisah komen negatif dan terima saja dengan lapang dada.
“Apa yang pasti, saya doakan mereka belum ada cahaya mata atau sedang berusaha dikurniakan rezeki anak oleh Allah.
“Bagi yang ada perancangan kahwin awal pula, saya nasihatkan jangan terburu-buru melainkan sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
“Ia kerana perkahwinan bukan perkara mudah malah kelangsungan hubungan suami isteri menuntut tolak ansur serta kesabaran tinggi,” katanya yang mencari rezeki menerusi perniagaan dalam talian.
Kredit: Metro

Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
 
The post “Ramai Sangka Saya Anak Sulung Berjalan Bawa Adik. Hakikatnya Saya Ibu 7 Anak” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ramai-sangka-saya-anak-sulung-berjalan-bawa-adik-hakikatnya-saya-ibu-7-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sangka Kakak Tergamak Dera Anak Anak Saya Ibu Kesal 2 Anaknya Didera Nekad Bawa Mereka Balik Ke Sabah

Tak Sangka Kakak Tergamak Dera Anak Anak Saya Ibu Kesal 2 Anaknya Didera Nekad Bawa Mereka Balik Ke Sabah

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 216 hits
Jumaat 16 September lalu seorang kanak kanak lelaki berusia lapan tahun yang diselamatkan dari terus menjadi mangsa dera ibu bapa saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya Ampang Jaya Menurut saksi kejadian Thina 48 berkata dia menye...
Ibu Tak Kuat Tengok Anak Seakan Diganggu Sebelum Tidur Tak Sangka Kucing Jadi Penyeiamat Amp Pelindung

Ibu Tak Kuat Tengok Anak Seakan Diganggu Sebelum Tidur Tak Sangka Kucing Jadi Penyeiamat Amp Pelindung

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 194 hits
Rutin tidur yang teratur sangat penting untuk perk mbangan ot k anak kecil Anak anak yang tidak dapat tidur yang secukupnya akan mengganggu tumb saran dan emos mereka serta pencapaian daya m ntal yang kurang Untuk memastikan anak kecil tidu...
Alhamdulillah Arsalan Dah Ada Adik Jihan Muse Selamat Bersalin Bayi Kedua

Alhamdulillah Arsalan Dah Ada Adik Jihan Muse Selamat Bersalin Bayi Kedua

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 196 hits
Selepas menghitung hari untuk bersalin anak kedua Jihan Muse telah selamat melahirkan bayi keduanya di salah sebuah pusat perubatan di Shah Alam Setakat ini isteri kepada Ungku Hariz belum lagi berkongsi secara rasmi perkembangan terkini ke...
Ibu Ini Kongsi Cara Biasakan Anak Duduk Dalam Carseat Tanpa Drama Air Mata

Ibu Ini Kongsi Cara Biasakan Anak Duduk Dalam Carseat Tanpa Drama Air Mata

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 274 hits
Fasa struggle nak ajar anak biasakan duduk dalam carseat ini sekejap je Paling lama menangis pun tak delah sampai satu jam non stop Menerusi perkongsian Puan Fadzielah Ayub kita sebagai parents ni kena kental Tahan dengar tangisan anak mero...
Sebelum Kejadian Perasan Ada Motor Lalu Lalang Depan Rumah Ibu Trauma Lihat Anak Diheret Depan Mata

Sebelum Kejadian Perasan Ada Motor Lalu Lalang Depan Rumah Ibu Trauma Lihat Anak Diheret Depan Mata

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 300 hits
Dalam perkembangan terkini kes seorang ejen produk kosmetik yang dilarikan sekumpulan lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Semat Jal Wakaf Bharu petang semalam ibu mangsa Zahasnah Mohd Zain 75 mengakui mereka sekeluarga masi...
4 Anak Bakal Menjadi Buta Pasangan Suami Isteri Cipta Kenangan Bawa Anak Anak Pusing Dunia

4 Anak Bakal Menjadi Buta Pasangan Suami Isteri Cipta Kenangan Bawa Anak Anak Pusing Dunia

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 301 hits
Edith Lemay bersama suami S bastian Pelletier dan anak anak mereka Mia Leo Colin dan Laurent di l deniz Turki Gambar Edith Lemay Cipta kenangan sebelum buta pasangan suami isteri bawa anak anak pusing dunia QUEBEC Berat mata memandang berat...
Video Niat Nak Beli Sarapan Pemuda Sebak Lihat Anak Kecil Tidur Tepi Jalan Demi Teman Ibu

Video Niat Nak Beli Sarapan Pemuda Sebak Lihat Anak Kecil Tidur Tepi Jalan Demi Teman Ibu

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 185 hits
Bila sebut tentang kehidupan ada yang bersuara mengatakan hidup tidak adil Ada yang terlahir dari kalangan orang kaya ada juga yang dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan Bahkan yang kaya akan tetap kaya yang miskin sering ditindas Jika ...
Asyik Melekat Dengan Ibu Isteri Berhenti Susukan Anak Usia 22 Bulan Dr Sheikh Muszaphar Nampak Perubahan Anak

Asyik Melekat Dengan Ibu Isteri Berhenti Susukan Anak Usia 22 Bulan Dr Sheikh Muszaphar Nampak Perubahan Anak

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 156 hits
Satu kejayaan pastinya bagi semua ibu bila mana dapat menyusukan bayi mereka hingga usia dua tahun Satu tempoh yang lama bahkan satu kejayaan yang besar buat seorang ibu Pengorbanan yang bukan sedikit Bagi Angkawasan Negara Datuk Dr Sheikh ...
Hiburan Ada Unsur Ganas Melampau Ini Senarai Rancangan Kartun Tak Sesuai Untuk Anak Ibu Bapa Kena Alert

Hiburan Ada Unsur Ganas Melampau Ini Senarai Rancangan Kartun Tak Sesuai Untuk Anak Ibu Bapa Kena Alert

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 223 hits
Satu perkongsian yang menjadi tular di baru baru ini mungkin dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak kecil dan gemar menonton rancangan kartun di televisyen mahupun di telefon bimbit masing masing Jika dahulu kita sering di...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal