Tak Sampai Separuh Jalan Pun Agenda Pembangkang Najib Dan Zahid Patah


Tok Akhi
Rangkaian tiga Datuk Seri yang cuba merampas Putrajaya daripada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Krisis politik Malaysia yang tidak sampai pun 12 jam – yang diharapkan oleh blok pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen (MP) UMNO akan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) – berakhir setelah penjelasan Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung isu ordinan darurat dan pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sekali gus menyaksikan politiking blok pembangkang yang mendapat sokongan kuat daripada MP UMNO terutama MP Pekan Najib Razak, dan MP Bagan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, tidak menjadi.
Sebaliknya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – yang tidak pernah tercalit dengan apa-apa tuduhan jenayah di mahkamah – hanya menunggu masa sesuai untuk menutup mulut MP Port Dickson Anwar Ibrahim dan sekutunya yang menjerit-jerit kegilaan di dalam Dewan Rakyat.
Laungan ‘derhaka’ yang istilahnya tidak ada pun dalam Perlembagaan Negara, dimainkan sehabis-habisnya tatkala isu darurat dan ordinan-ordinan di dalamnya dibangkitkan.
Rakyat yang menyaksikan siaran langsung perbahasan di Dewan Rakyat sudah melihat betapa rakusnya kumpulan pembangkang dan sekutu mereka daripada UMNO untuk mengambil alih pemerintahan, sedangkan persidangan itu bertujuan mencari jalan penyelesaian masalah penularan Covid-19 sekarang.
Semakin jelaslah kenapa pembangkang, serta Najib dan Zahid yang menjadi sekutu mereka beria-ia mendesak supaya Parlimen dibuka. Tujuan mereka untuk menjadi ‘binatang politik’ di dalam Dewan Rakyat tanpa mempedulikan nasib rakyat.
Semakin jelas juga sikap pemimpin DAP yang tidak menghormati Islam dan al-Quran, apa lagi pemimpin kerajaan sekarang ini, apabila menjerit-jerit ketika al-Fatihah dibacakan. Justeru, jangan diharap orang lain akan menghormati mereka jika mereka tidak menghormati orang lain.
Mereka – pemimpin DAP – turut menjerit-jerit ‘derhaka’ di dalam Dewan Rakyat, sedangkan jika hendak dihitung sudah berpuluh-puluh kali derhaka yang mereka lakukan terhadap Raja-Raja Melayu.
Namun, lewat petang semalam, agenda Anwar, Najib, Zahid, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng patah tidak sampai pun separuh jalan. Jeritan-jeritan dan kritikan tidak berfakta (sebagaimana fakta diberikan berkaitan 1MDB dan Yayasan Akal Budi) akhirnya memakan diri, apabila sudah terang siapa mereka sebenarnya – bukan pemimpin rakyat tapi mementingkan diri sendiri.
Hanya menggunakan media sosial dan media sekutu sahaja yang kelihatan seperti gegak-gempita dunia politik negara seketika, namun akhirnya menerusi kenyataan PMO, terungkap bahawa kerajaan PN melaksanakannya menurut aturan undang-undang dan Perlembagaan.
Cuba kita telusuri kenyataan ini yang menyatakan duduk perkara sebenar:
Berdasarkan titah pandangan ini, Kerajaan telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai 2021. Sebagai persediaan Mesyuarat Khas Parlimen ini, Jemaah Menteri pada 21 Julai 2021 telah mengadakan perbincangan yang teliti dan mengambil ketetapan-ketetapan seperti berikut:
Pertama, Mesyuarat Khas Parlimen diadakan setelah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;
Kedua, Jemaah Menteri tidak akan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membuat Proklamasi Darurat baharu setelah darurat sedia ada tamat pada 1 Ogos 2021; dan
Ketiga, oleh kerana darurat tidak akan disambung, Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk membatalkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa.
Susulan ketetapan-ketetapan ini, Pejabat Perdana Menteri pada 22 Julai 2021 telah menerima deraf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara. Ordinan ini memperuntukkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dibatalkan berkuatkuasa pada 21 Julai 2021.
Pada 23 Julai 2021, Perdana Menteri telah mengutuskan warkah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum nasihat Jemaah Menteri supaya ordinan-ordinan darurat berkenaan dibatalkan dan memohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku mengenainya.
Selanjutnya boleh dibaca di sini.
Adakah apa yang diperjelaskan Perdana Menteri menerusi kenyataan PMO itu suatu ‘penderhakaan’ atau tidak menurut aturan undang-undang dan Perlembagaan, sebagaimana yang dituduh oleh pembangkang, Anwar, Najib, Zahid dan sekutu mereka yang di dalam Dewan Rakyat atau pemimpin UMNO yang tidak ada kerusi Parlimen yang terlompat-lompat kegembiraan?
Cuma dalam pandangan pemerhati politk, apa yang berlaku ialah sedikit kesilapan ketika kenyataan awal dengan mengatakan ordinan-ordinan darurat itu TELAH dimansuhkan. Sedangkan sebenarnya ia AKAN dimansuhkan.
Tetapi TELAH dan AKAN itu tidak akan menutup apa yang berlaku di Parlimen semalam yang menunjukkan kerakusan Anwar dan penyokongnya untuk merampas Putrajaya, sementara Najib dan Zahid berharap dengan memberi sokongan kepadanya kes mahkamah mereka membabitkan puluhan juta wang akan ditarik balik.
Namun, percayalah. Walaupun penjelasan telah diberikan oleh PMO, ‘binatang-binatang politik’ ini akan terus menyondol mencari jalan untuk memburuk-burukkan kerajaan, bukannya membantu rakyat berdepan pandemik Covid-19 sekarang ini.
Dan, Anwar jika ghairah bercakap akan melakukan kesilapan. Ini sudah lama diketahui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. AGENDA DAILY

(*)Tok Akhi, Pemerhati Politik Kampung



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/tak-sampai-separuh-jalan-pun-agenda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Jangan Ulangi Kesilapan Najib

Zahid Hamidi Jangan Ulangi Kesilapan Najib

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 227 hits
UMNO tidak akan kalah PRU14 lalu jika Najib Razak mengadakan pilihanraya lebih awal misalnya pada penghujung 2016 atau bila bila masa di tahun 2017 Tetapi disebabkan Najib melewatkan PRU14 sehingga Mei 2018 iaitu betul betul genap lima tahu...
I Dah Lepas U Belum Betulkah Ini Kata Kata Ku Nan Kepada Najib Dan Zahid

I Dah Lepas U Belum Betulkah Ini Kata Kata Ku Nan Kepada Najib Dan Zahid

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 357 hits
agendadaiky com18 7 2021Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Beberapa pihak sejak semalam membuat pelbagai andaian berhubun...
Berkali Kali Zahid Najib Aniaya Muhyiddin

Berkali Kali Zahid Najib Aniaya Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 230 hits
agendadaily com4 8 2021Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kelapan Malaysia pada 1 Mac 2020 Tindakan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan sekutunya Najib Razak menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassi...
Dr Mahathir Checkmates Zahid Najib Anwar And Istana

Dr Mahathir Checkmates Zahid Najib Anwar And Istana

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 280 hits
Well it looks like Dr Mahathir is back in the center stage again Since yesterday I began hearing alternative theories about what is actually going on It began with Dr M apologizing for being at that gathering at Dataran Merdeka He apologize...
Zahid Ahmad Maslan Ku Li Najib Azalina Antara Ahli Parlimen Hantar Surat Akuan Kepada Agong

Zahid Ahmad Maslan Ku Li Najib Azalina Antara Ahli Parlimen Hantar Surat Akuan Kepada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 265 hits
Keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semakin tergugat akibat tindakan Umno PETALING JAYA Sekurang kurangnya 11 Ahli Parlimen difahamkan menghantar akuan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk diserah ...
Hisham Ketepi Tuduhan Zahid Sekutu Pembangkang Bahawa Kerajaan Gagal

Hisham Ketepi Tuduhan Zahid Sekutu Pembangkang Bahawa Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 193 hits
agendadaily com30 7 2021Menteri Kanan Luar Negara Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima sumbangan Arab Saudi yang disampaikan Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan di Institut Kajian Strategik d...
Rakyat Akan Lihat Tragedi Katak Melompat Zahid

Rakyat Akan Lihat Tragedi Katak Melompat Zahid

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 228 hits
Malaysiakini Ketika banyak pihak mempertikaikan tempoh undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Parlimen pada September ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyindir bahawa akan terdapat wakil rakyat melompat part...
Anwar Dakwa Ada Majoriti Zahid Pula Dakwa Ada Tambahan Surat Akuan

Anwar Dakwa Ada Majoriti Zahid Pula Dakwa Ada Tambahan Surat Akuan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 224 hits
agendadaily com4 8 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki majoriti di Parlimen anak muridnya pula mendak...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan