Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas Pkp Buat Wanita Hamil Ini Bahaya Yang Bakal Ibu Perlu Tahu



Berkelah dan berjemur di pantai pastinya aktiviti kesukaan ramai individu. Namun, bagi wanita mengandung, wujud kesan bahaya yang perlu anda ketahui.Bahaya berjemur di pantaiHakikatnya, secara teknikal aktiviti berjemur di pantai adalah 1 perkara yang tidak disarankan oleh pakar kepada semua individu, terutamanya wanita mengandung.Ini kerana terdedah kepada sinar UV matahari, meletakkan anda kepada risiko penuaan pramatang dan juga melanoma malignan (kanser kulit).

Beberapa kajian turut mengaitkan sinar UV dengan kekurangan asid folik.Fungsi asid folik adalah untuk menghalang dan mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida dan ia sangat penting pada trimester pertama kehamilan. Bagi wanita mengandung, kulit anda menjadi sangat sensitif dan lebih mudah mengalami kepanasan serta chloasma – bintik gelap pada wajah semasa berbadan dua.Banyak kebimbangan menyamakan tabiat berjemur di pantai dengan kaedah memerangkan kulit.Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama semasa hamil boleh menyebabkan kegatalan, ruam panas atau masalah chloasma menjadi semakin teruk.Pandangan pakar tentang isu iniMenurut pakar daripada British Association of Dermatologists (BAD), Dr Sweta Rai menyatakan, tidak kira wanita mengandung mahupun mana-mana individu, aktiviti berjemur di pantai dengan berbaring di bawah sinar matahari tidak digalakkan. Malahan pakar penjagaan kulit semasa hamil juga tidak mengesyorkan aktiviti ini untuk dilakukan.Dr Sweta menjelaskan, dalam tempoh kehamilan, tahi lalat anda boleh berubah disebabkan pengaruh hormon.Semasa berjemur, anda akan mengalami keadaan yang dipanggil pendedahan cahaya matahari kronik rendah atau selaran matahari.Masalah selaran matahari yang dialami boleh menyebabkan penuaan pada kulit serta meningkatkan risiko untuk mengalami kanser kulit bukan melanoma walaupun dalam jumlah peratusan yang kecil.Selain itu, ibu-ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami kemerosotan sistem imun, keadaan ini sekali gus memungkinkan ibu mendapat masalah berkaitan pendedahan cahaya matahari.

Adakah berjemur di pantai berbahaya untuk kandungan?Pakar menjelaskan, tidak terdapat kajian yang dapat membuktikan mengenai perkara tersebut.Bagi Dr Sweta, saintis tidak mempunyai cara untuk mengetahui sama ada ia boleh memberikan kesan kepada bayi atau tidak. Walaupun kebanyakan pakar berpendapat bahawa ia tidak mungkin berlaku, tetapi masih tiada bukti untuk mengesahkannya.Walau bagaimanapun, sebelum hamil, untuk melakukan aktiviti berjemur di pantai, anda akan berbaring menelentang.Namun, posisi tidur seperti itu bagi wanita mengandung boleh menekan urat besar dalam perut yang dikenali sebagai inferior vena cava.Jika keadaan itu berlaku, ia boleh mengurangkan aliran darah pergi balik ke jantung dan juga bekalan darah ke rahim.Oleh sebab itu, posisi tidur wanita yang berbadan dua disarankan untuk mengiring ke sisi kiri berbanding menelentang.Tip melindungi kulit bagi wanita mengandungSudah tentu anda tidak dapat menghindari diri daripada cahaya matahari 100% walaupun tidak berjemur di pantai, bukan?Jadi sekurang-kurangnya, anda boleh mengurangkan kesan sampingan akibat terkena cahaya matahari dengan langkah-langkah berikut:Memakai pelindung matahari SPF 30 atau lebih tinggiMemakai pelindung matahari setiap 2 jamDuduk di tempat teduh dan elakkan daripada terkena sinaran matahari secara terusHindari sinaran matahari pada waktu puncak, antara pukul 11 pagi hingga 3 petangKekal terhidratBerada di bawah sinaran matahari untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan dehidrasi. Pastinya ia 1 keadaan berbahaya buat wanita mengandung.Baca juga : Lindungi Kulit Anda Dengan Nuvit Daily Defender & Nuvit SunbloxAir sangat penting bagi wanita yang sedang hamil kerana ia akan mengangkut nutrien dan vitamin untuk dibawa ke janin.Dehidrasi juga boleh menyekat aliran darah ke rahim dan mengakibatkan gangguan kepada perkembangan bayi, sekali gus boleh menyebabkan kontraksi pramatang.Jika anda tidak pasti sama ada badan mendapat cukup cecair atau tidak, perhatikan warna air kencing.Air kencing normal sepatutnya berwarna kuning cair. Jika berwarna gelap, anda berisiko untuk mengalami dehidrasi dan perlu segera meminum air.
Sekiranya anda berdepan kesukaran untuk minum air kosong, anda boleh mencampurkan sedikit perahan lemon dan minumnya dengan ketulan ais.
Nikmati cahaya matahari secara sederhanaSama seperti perkara lain dalam hidup yang perlu dinikmati secara bersederhana, begitu jugalah keadaannya dengan cahaya matahari. Tidak salah untuk anda menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, tetapi jangan secara berlebihan.Anda masih boleh berkelah bersama keluarga atau bersantai di tepi kolam. Namun pastikan anda menjaga aspek pengambilan cecair dan memakai pelindung matahari.Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2020/06/tak-sabar-nak-berjemur-di-pantai-lepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seri Ibu Mengandung Tak Pernah Tak Cantik Walau Tengah Hamil 7 Bulan Isteri Rizman Nordin Bakal Lahirkan Anak Perempuan

Seri Ibu Mengandung Tak Pernah Tak Cantik Walau Tengah Hamil 7 Bulan Isteri Rizman Nordin Bakal Lahirkan Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 488 hits
Seri ibu yang mengandung ni memang lain auranya membuatkan mata yang memandang terpesona dengan penampilan yang ada Model dan juga isteri kepada pereka fesyen Rizman Nordin Nurida Suraya antara yang menjadi perhatian bila memuat naik gambar...
Bahaya Ibu Hamil Makan Telur Separuh Masak Telur Goyang Telur Expired Pakar Nasihat Sila Elakkan

Bahaya Ibu Hamil Makan Telur Separuh Masak Telur Goyang Telur Expired Pakar Nasihat Sila Elakkan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 412 hits
Tular kisah 100 individu membabitkan 20 keluarga mengalami keracunan makanan selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu Siasatan awal telur tamat tempoh yang digunakan untuk membuat puding buih itu diperc...
Ibu Hamil Nak Mandi Pun Kena Berjaga Jaga Ada Perkara Penting Perlu Ambil Tahu

Ibu Hamil Nak Mandi Pun Kena Berjaga Jaga Ada Perkara Penting Perlu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 282 hits
Semasa hamil bukan hanya perlu menjaga kandungan dengan sebaiknya malah diri sendiri harus lebih diberikan keutamaan dalam segala aspek Mandi misalnya turut perlu diberikan perhatian agar ibu dan bayi sama sama merasa selesa malah tidak ter...
Cantik Tapi Bahaya Pinggan Mangkuk Corak Timbul Diperbuat Daripada Plumbum Jangan Hidang Untuk Kanak Kanak Wanita Hamil

Cantik Tapi Bahaya Pinggan Mangkuk Corak Timbul Diperbuat Daripada Plumbum Jangan Hidang Untuk Kanak Kanak Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 574 hits
Cantik tapi bahaya Pinggan mangkuk corak timbul diperbuat daripada plumbum Jangan hidang untuk kanak kanak wanita hamil Pinggan mangkuk bercorak dan berwarna warni masih menjadi kegilaan ramai ketika ini PINGGAN mangkuk dengan corak dan ber...
Pinggan Viral Nampak Cantik Tapi Bahaya Kanak Kanak Ibu Hamil Elak Guna Pinggan Ni

Pinggan Viral Nampak Cantik Tapi Bahaya Kanak Kanak Ibu Hamil Elak Guna Pinggan Ni

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 527 hits
Pinggan viral cantik dan bercorak abstrak sememangnya menjadi trend semasa bagi semua ibu ibu kini Dengan rekaan coraknya yang cantik abstrak sekata malah penggunaan warna yang cantik seperti hitam putih juga biru seakan menjadi satu tarika...
New Normal Pantai Pasir Padi Bakal Segera Dibuka

New Normal Pantai Pasir Padi Bakal Segera Dibuka

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 274 hits
Untuk saat ini sesuai dengan instruksi Sekretaris Daerah Kota Pangkalpinang kata dia Dinas Pariwisata bersama dengan pihak terkait sedang membuatkan prosedur operasional standar terlebih dulu sehubungan dengan rencana penerapan tatanan hidu...
Nak Jimat Masa Memasak Lagi Lagi Untuk Ibu Yang Super Busy Guna Saja Perencah Masak Merah Berempah Maggi

Nak Jimat Masa Memasak Lagi Lagi Untuk Ibu Yang Super Busy Guna Saja Perencah Masak Merah Berempah Maggi

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 711 hits
NAK JIMAT MASA MEMASAK LAGI LAGI UNTUK IBU YANG SUPER BUSY GUNA SAJA PERENCAH MASAK MERAH BEREMPAH MAGGI Jujurnya mak mak macam cikla ni kalau boleh mesti nak masak menu yang cepat siap kan Letih weh dok lama lama dekat dapur nun lagi lagi ...
Kongsi Foto Pegang Perut Ini Penampilan Terkini Bakal Ibu Fazura Tarik Perhatian Semua

Kongsi Foto Pegang Perut Ini Penampilan Terkini Bakal Ibu Fazura Tarik Perhatian Semua

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 739 hits
Memuat naik sekeping foto terkininya di Instagram penampilan terkini penyanyi dan pelakon Fazura nyata menarik perhatian ramai Kongsi Foto Pegang Perut Ini Penampilan Terkini Bakal Ibu Fazura Tarik Perhatian Semua
Hiburan Ajar Anak Beranak Hormat Kebersihan Tiz Zaqyah Titip Nasihat Kepada Sesiapa Bakal Ke Pantai Nanti

Hiburan Ajar Anak Beranak Hormat Kebersihan Tiz Zaqyah Titip Nasihat Kepada Sesiapa Bakal Ke Pantai Nanti

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 451 hits
Rasanya semua rakyat Malaysia dah tak sabar nak kembali kepada aktiviti kegemaran apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat melabuhkan tirainya pada 9 Jun ini Antara aktiviti yang menjadi tumpuan ramai ialah memenuhi pantai di serata Ma...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba