Bahaya Ibu Hamil Makan Telur Separuh Masak Telur Goyang Telur Expired Pakar Nasihat Sila Elakkan


Tular kisah 100 individu membabitkan 20 keluarga mengalami keracunan makanan selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu. Siasatan awal, telur tamat tempoh yang digunakan untuk membuat puding buih itu dipercayai menyebabkan punca keracunan.
  Sebab itu pentingnya pemilihan telur dan uji dahulu telur tersebut sebelum masak. Bagi ibu hamil pula pastikan mengambil telur yang dalam keadaan baik dan masak sepenuhnya. Kenapa pentingnya bagi ibu hamil? Ikuti perkongsian daripada pakar, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan.
Apa kesan pada ibu dan kandungan jika termakan telur tamat tempoh?
Kalau makan apa-apa produk atau makanan yang tamat tempoh atau expired, dikhuatiri akan menyebabkan keracunan makanan food poisoning pada ibu hamil. Justeru check dulu tarikh luput setiap makanan yang kita nak ambil.
  Ada ibu hamil yang mengidam roti telur goyang..adakah selamat untuk ibu hamil makan telur separuh masak?
Ibu hamil sememangnya tidak dinasihatkan mengambil apa-apa makanan mentah atau separa masak sepanjang tempoh kehamilan , termasuklah telur separa masak atau suku masak. Ini penting untuk mengelakkan jangkitan kuman bernama salmonella semasa hamil. Tiada istilah goyang goyang. Kalau nak roti goyang, boleh makan selepas bersalin.
Cara masak telur yang selamat untuk ibu hamil?
Untuk selamat, jika ibu mahu makan telur adalah telur yang telah dimasak sepenuhnya. Rebus atau goreng tak ada masalah, asalkan dimasak sempurna. Rebus la lebih baik, tak berminyak kan.
Perlu tak ibu hamil pilih telur yang sedikit mahal berbanding telur papan yang tiada expiry date?
Ibu-ibu hamil takda masalah nak ambil telur biasa atau telur yang agak mahal sedikit. Pengambilan telur sebenarnya untuk sumber protein yang terkandung di dalamnya. Kena pastikan telur tak lebih tarikh luput je sahaja. Tak pasti jangan beli. Begitu juga dengan makanan lain, bukan hahya tertumpu pada telur sahaja.
Untuk memilih telur yang terbaik, ikut langkah ini;
1. PERIKSA KULIT TELUR
Perhatikan sekeliling kulit telur dan lihat jika ada sebarang keretakan padanya. Jika masih elok, bermakna bahagian dalam telur masih terlindung.
Untuk mengetahui sama ada telur itu bagus mahupun tidak, ia mempunyai sejumlah butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar jika dipegang.
2. GONCANG TELUR
Untuk mengetahui keadaan dalam telur, goncangkan ia. Telur yang berkualiti tidak akan kedengaran berbunyi kerana ia padat di dalamnya.
Putih telur yang bagus sedikit kental jika dibandingkan dengan yang sudah lama ataupun rosak. Jika telur tidak berbunyi bermakna telur putih itu dalam keadaan yang baik.
Telur putih yang sudah rosak tidak dapat ‘mengikat’ kuning telur dan mempunyai rongga udara yang banyak di dalamnya. Oleh itu, apabila digoncangkan ia akan berbunyi.
3. RENDAMKAN DALAM AIR
Ketika anda di rumah, tiba-tiba teringin makan telur. Bagaimana anda mahu tahu jika telur itu masih boleh digunakan?
Rendamkan saja. Telur yang masih baik akan terendam, jika sudah seminggu disimpan akan tenggelam dengan posisi sedikit senget.
Telur yang tersimpan lebih kurang 2-3 minggu pula akan lebih tegak kerana rongga udara di dalam telur semakin banyak. Sekiranya anda rendam telur dan ia timbul sepenuhnya, bermakna ia sudah rosak. Namun, jika waktu anda rendamkan telur itu dan ia tenggelam sepenuhnya, bermakna telur itu masih segar dan selamat untuk digunakan.
4. PERHATIKAN KUNING TELUR
Kuning telur yang masih elok biasanya berwarna kuning terang dan apabila dipecahkan, ia akan terbentuk cantik.
Jika sudah tidak berapa elok, kuning telur akan berwarna sedikit pucat dan cenderung untuk ‘terlerai’ ketika anda pecahkan telur. Selain itu, putih telur juga tidak selikat yang biasa.
Kredit: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan.
The post Bahaya Ibu Hamil Makan Telur Separuh Masak, Telur Goyang & Telur Expired! Pakar Nasihat Sila Elakkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahaya-ibu-hamil-makan-telur-separuh-masak-telur-goyang-telur-expired-pakar-nasihat-sila-elakkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinggan Viral Nampak Cantik Tapi Bahaya Kanak Kanak Ibu Hamil Elak Guna Pinggan Ni

Pinggan Viral Nampak Cantik Tapi Bahaya Kanak Kanak Ibu Hamil Elak Guna Pinggan Ni

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 527 hits
Pinggan viral cantik dan bercorak abstrak sememangnya menjadi trend semasa bagi semua ibu ibu kini Dengan rekaan coraknya yang cantik abstrak sekata malah penggunaan warna yang cantik seperti hitam putih juga biru seakan menjadi satu tarika...
Sebelum Bagi Baby Makan Buah Kena Masak Dulu Ke Perkara Ini Wajib Ibu Bapa Tahu

Sebelum Bagi Baby Makan Buah Kena Masak Dulu Ke Perkara Ini Wajib Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 367 hits
Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah dimasak dahulu buah tersebut Atau boleh diberikan secara mentah Sama ada anda perlu masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi ia adalah bergantung sepenuhnya kepada tahap ...
Bahaya Telur Expired Boleh Menyebabkan Keracunan Makanan

Bahaya Telur Expired Boleh Menyebabkan Keracunan Makanan

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 522 hits
Penggunaan telur yang sudah tamat tempoh boleh menurunkan kualiti makanan yang dimasak sekali gus berisiko mempercepatkan proses pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan Menurut pakar Sains Makanan dari Universiti Sains M...
Hanya Makan Nasi Tanpa Lauk Antara Masalah Tingkah Laku Ketika Makan Yang Perlu Ibu Bapa Risau

Hanya Makan Nasi Tanpa Lauk Antara Masalah Tingkah Laku Ketika Makan Yang Perlu Ibu Bapa Risau

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 723 hits
Sejak dalam rahim lagi kanak kanak telah mula belajar kemahiran makan dengan menghisap jari mereka sendiri Proses perkembangan ini terus berlaku sehingga mereka boleh menikmati makanan orang dewasa Sehingga kini dianggarkan kira kira 25 dar...
Tolong Jangan Kecam Anak Saya Ibu Wanita Hamil Positif Covid 19

Tolong Jangan Kecam Anak Saya Ibu Wanita Hamil Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 310 hits
KOTA BHARU Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa dia pulang ke kampung untuk bersalin bukannya semata mata untuk menyambut Aidilfitri Demikian luahan Norazlina Abdul Rahim 50 ibu kepada wanita hamil positif COVID 19 dari Kuala Kr...
Nak Jimat Masa Memasak Lagi Lagi Untuk Ibu Yang Super Busy Guna Saja Perencah Masak Merah Berempah Maggi

Nak Jimat Masa Memasak Lagi Lagi Untuk Ibu Yang Super Busy Guna Saja Perencah Masak Merah Berempah Maggi

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 710 hits
NAK JIMAT MASA MEMASAK LAGI LAGI UNTUK IBU YANG SUPER BUSY GUNA SAJA PERENCAH MASAK MERAH BEREMPAH MAGGI Jujurnya mak mak macam cikla ni kalau boleh mesti nak masak menu yang cepat siap kan Letih weh dok lama lama dekat dapur nun lagi lagi ...
Monas Buka Pekan Ketiga Juni Anak Anak Dan Ibu Hamil Dilarang Masuk

Monas Buka Pekan Ketiga Juni Anak Anak Dan Ibu Hamil Dilarang Masuk

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 270 hits
Monumen Nasional akan kembali dibuka saat pelaksanaan Pembatasan Sosial Berskala Besar masa transisi
Ibu Hamil Nak Mandi Pun Kena Berjaga Jaga Ada Perkara Penting Perlu Ambil Tahu

Ibu Hamil Nak Mandi Pun Kena Berjaga Jaga Ada Perkara Penting Perlu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 282 hits
Semasa hamil bukan hanya perlu menjaga kandungan dengan sebaiknya malah diri sendiri harus lebih diberikan keutamaan dalam segala aspek Mandi misalnya turut perlu diberikan perhatian agar ibu dan bayi sama sama merasa selesa malah tidak ter...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik