Tak Realistik Pas Pertahan Mn Pn Serentak Dalam Senario Politik Sekarang


Athirah Huda Zalheismaewb.net
Pertembungan 3 penjuru pasti berulang lagi pada PRU15 nanti

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 1 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pelbagai karenah dan senario politik yang mengisi suasana negara sehingga menyaksikan tiga kali peralihan kerajaan bermula daripada Pakatan Harapan (PH) ke Perikatan Nasional (PN) dan kini pemerintahan campuran dinamakan sebagai ‘Keluarga Malaysia’.

Siri peralihan itu menyaksikan bahawa kemelut politik negara dalam kalangan parti sedia ada termasuk daripada kerajaan dan pembangkang menjadi semakin rumit, sehingga tidak dapat diramalkan apa yang mungkin berlaku jika PRU15 berlaku pada tahun ini.


Menurut penganalisis politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, sukar buat masa ini untuk meramalkan parti mana yang mendominasi jika PRU15 berlaku, berikutan tiada mana-mana pihak mempunyai kekuatan tunggal termasuk Barisan Nasional (BN).

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan pertembungan tiga penjuru seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan berulang lagi pada PRU15 nanti.

“Ini kerana PAS masih setia di bawah PN dan Muafakat Nasional (MN). Meskipun ia realistik dari sisi perpaduan ummah, namun tidak bagi suasana politik sekarang.

“Akhirnya senario di Melaka berulang kembali dan PN bertanding menentang UMNO yang bergerak bersama BN. Pertandingan tiga penjuru dan undi Melayu berpecah dua atau tiga,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, UMNO yakin akan menang di kawasan yang sudah dimenangi ketika PRU14, maka ia akan menyukarkan kompromi di bawah Muafakat Nasional (MN) yang akhirnya hanya dilihat menjadi teori dan bukan realiti.

“Cuma kalau MN diteruskan di Kelantan dan PAS-UMNO bersama-sama di sana, akan berlaku pembahagian kerusi antara PAS dan UMNO, tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana UMNO tidak mahu Bersatu.

“Bagaimana pula dengan negeri-negeri lain? Nampaknya selagi Bersatu bersama PAS di negeri-negeri lain, maka UMNO akan menentang mereka di setiap kerusi. Agak pelik arrangement begini, namun ini adalah realiti PRU15,” katanya.

Isu MN-PN takkan selesai selagi UMNO ada dua kumpulan

Prof Nik Ahmad Kamal berkata, kemelut antara MN dan Perikatan Nasional tidak akan selesai selagi mana UMNO mempunyai dua atau lebih kumpulan.

Tegas beliau, UMNO kekal dengan pendirian untuk tidak bersama PAS selagi mana parti itu mahu bekerjasama dengan seteru mereka, Bersatu.

“Kecuali di Kelantan, namun di negeri-negeri lain nampak UMNO dan BN akan bersendirian dan pertandingan dengan PAS serta Bersatu tidak dapat dielakkan.

“Cuma, jika pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU15, dan kumpulan yang bersama Perdana Menteri sekarang menang, maka mungkin isu MN dan PN tidak lagi menjadi duri dalam daging.

“Persoalannya bila pemilihan UMNO dan adakah kumpulan Perdana Menteri boleh mengatasi kumpulan Presiden UMNO sekarang,” katanya.

Beliau berkata, hubungan Bersatu dengan UMNO memang sukar untuk damai melainkan kumpulan penyokong Perdana Menteri dapat menguasai parti Melayu itu.

Ini kerana katanya, kumpulan penyokong Perdana Menteri sekarang lebih mahu bersahabat dengan Bersatu berbanding kumpulan pro-Presiden UMNO.

“Bagaimanapun, apakah ini bermakna peluang lebih baik untuk PH dalam senario sekarang? Sukar diramal kerana di Sarawak PH kalah teruk kecuali beberapa ADUN DAP.

“Di Melaka juga mereka kalah. Selagi tiada kompromi dan komunikasi lebih baik dalam PH, sukar untuk mengulangi prestasi PRU14.

“Malah, isu kepimpinan PH juga perkara besar, sekarang ada yang bersuara supaya Anwar Ibrahim bersara. Jika tiada pemimpin berpengaruh seperti beliau menerajui PH, saya tidak lihat PH boleh menggugat pada PRU15 nanti,” katanya

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2022/01/tak-realistik-pas-pertahan-mn-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
No Surprise If Pas Deserts Bersatu Says Puad

No Surprise If Pas Deserts Bersatu Says Puad

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 240 hits
Umno Supreme Council member Puad Zarkashi says PAS views the unification of the ummah as a political gimmick PETALING JAYA No one should be surprised if PAS deserts Bersatu one day as it did Umno in Muafakat Nasional says Umno Supreme Counc...
Abdul Hadi Pas Tetap Bersama Mn Pertahan Pn

Abdul Hadi Pas Tetap Bersama Mn Pertahan Pn

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 175 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tetap bersama Muafakat Nasional dan akan mempertahankan Perikatan Nasional Kata ahli parlimen Marang itu PAS tidak boleh hanya menjalinkan kerjasama politik dengan Umno bagi memecahkan faha...
Politik Malaysia Jangan Jadi Ladang Binatang

Politik Malaysia Jangan Jadi Ladang Binatang

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 177 hits
Pada tahun 1945 George Orwell menulis sebuah novel alegori bertajuk Animal Farm Novel ini adalah kritik ke atas pemerintahan diktator komunis Stalin di Rusia yang menghancurkan kemanusiaan Sehingga hari ini novel ini merupakan antara 20 nov...
Pemberian Bantuan Tidak Seharusnya Dijadikan Isu Politik

Pemberian Bantuan Tidak Seharusnya Dijadikan Isu Politik

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 118 hits
BH ONLINE Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff Foto NSTP Nik Abdullah Nik Omar KUALA LUMPUR Pemberian bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negara baru baru...
Pemimpin Politik Tunduk Dengan Puak Kapitalis Punca Jurang Kemiskinan Rakyat

Pemimpin Politik Tunduk Dengan Puak Kapitalis Punca Jurang Kemiskinan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 268 hits
BANGI Sistem ekonomi kapitalis yang diguna pakai ternyata tidak mampu mengurangkan jurang kemiskinan kerana berteraskan kepentingan taikun perniagaan Atas sebab itu terdapat jurang kekayaan yang sangat besar antara golongan T20 dan B40 di n...
2022 Tahun Getir Pertarungan Politik Negara

2022 Tahun Getir Pertarungan Politik Negara

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 303 hits
HARI ini kita membuka lembaran pertama daripada 365 helaian untuk 2022 2021 telah kita tinggalkan dengan memori dan kenangan Namun empat perkara berikut menjadi fakta terpenting tahun 2021 yang akan membentuk kerangka politik negara 2022 Pe...
Masjid Perlu Bebas Pengaruh Politik Titah Sultan Harus Dijunjung

Masjid Perlu Bebas Pengaruh Politik Titah Sultan Harus Dijunjung

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 155 hits
Alhamdulillah dasar Masjid semasa pemerintahan PH adalah berlandaskan kepada konsep Ramah Aman Harmoni Mesra Aman dan Hormat atau singkatannya RAHMAH Kami telah melancarkan program Masjid RAHMAH di peringkat Persekutuan dan telah meyakinkan...
Siapa Sebenarnya Bermain Politik

Siapa Sebenarnya Bermain Politik

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 263 hits
Gomez menghantar 3 pucuk surat kepada Borhan mengharapkan satu mesyuarat Sudah tentu jika mesyuarat di adakan banyak isu boleh diselesaikan Sekarang bebanan kepada Borhan atas isu pemilikan SAHAM Azam Baki lebih dari yang dibenarkan BENARKA...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita