Pemberian Bantuan Tidak Seharusnya Dijadikan Isu Politik


BH ONLINE Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar KUALA LUMPUR: Pemberian bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negara baru-baru ini tidak seharusnya dijadikan isu politik, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
"Dalam membincangkan soal kesukarelawanan dan pemberian bantuan adalah satu ibadah yang tidak seharusnya dijadikan sebagai satu isu politik.
"Bagi saya sendiri yang berada dalam sebuah parti politik Islam kami telah dididik sebelum kami menyertai arena politik untuk melakukan kerja-kerja kebajikan dan saya sendiri sudah 35 tahun bersama dengan masyarakat jadi sebenarnya kerja kebajikan ini adalah tanggungjawab kita dan politik ini cumalah pelengkap untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan tajuk "Misi Bantuan Banjir Untuk Laba Politik?" di sini malam ini.
Ketika ditanya mengenai pembabitan sukarelawan daripada parti politik yang mengenakan pakaian dan logo parti ketika di lapangan, Siti Zailah berkata Malaysia sebagai sebuah keluarga besar yang mempunyai masyarakat dengan pelbagai latar belakang telah menunjukkan sikap keterbukaan dan keikhlasan masing-masing dalam membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir.
"Kita sebagai satu keluarga besar yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan ideologi politik, ini menunjukkan keterbukaan kita yang penting kita tidak meletakkan mesti pakai pakaian yang tertentu, sebab itu menunjukkan keikhlasan mereka.
"Bagi saya, tak kisah mereka pakai warna atau logo apa, yang penting adalah kecintaan dan kasih sayang mereka bagaimana mereka menyantuni mangsa ini adalah sifat yang terpuji dan saya lihat ada orang Islam menolong yang bukan Islam dan begitu juga sebaliknya menunjukkan dalam kita menghadapi bencana ini kita adalah seperti satu keluarga yang erat," katanya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menggerakkan lebih 3,000 pegawainya bagi memastikan penempatan dan kebajikan mangsa-mangsa banjir berada dalam keadaan terurus serta makan minum yang mencukupi dan sebanyak RM35 juta telah dibelanjakan oleh pihak kementerian bagi tujuan penyediaan barangan keperluan asas.
Selain itu, seramai 1,500 Sukarelawan Kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia juga telah digerakkan untuk menjalankan Intervensi Psikososial kepada mangsa bencana yang terbabit.
Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita juga telah menggerakkan Skuad Waja yang memiliki keahlian berdaftar seramai 100,200 untuk turun sama membantu mangsa bencana memberikan sokongan emosi termasuk membantu membersihkan rumah mangsa banjir.
Ahli Dewan Negara Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian turut menambah, kerajaan negeri dan Persekutuan perlu melakukan satu pencarian penyelesaian yang serius untuk memastikan jika berlakunya kejadian banjir dalam skala yang berlaku pada tahun ini ada persediaan dari pihak kepimpinan negara dan negeri untuk memastikan kejadian itu tidak berulang.
"Kita lihat seperti apa yang berlaku di Selangor adalah sesuatu yang berbeza dan kita perlu lihat cara untuk kita lakukan satu 'flood mitigation system' (sistem tebatan banjir) untuk menangani apa yang berlaku sekarang untuk masa hadapan supaya ada langkah-langkah untuk meminimumkan apa yang mungkin berlaku," katanya. –BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/pemberian-bantuan-tidak-seharusnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 1033 Panas Isu Kelewatan Bantuan Mangsa Banjir Ternyata K

Rentasan 1033 Panas Isu Kelewatan Bantuan Mangsa Banjir Ternyata K

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 360 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10331 RAKYAT SENGSARA YANG DIPERTUA PARLIMEN ENGGAN BAHAS 2 KITA BANTU KITA RAKYAT BANTU RAKYAT 3 PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN 4 JANGAN BERI SOKONGAN KEPADA PEMERINTAHAN ZALIM
Umno Lebih Minat Isu Pru Awal Dan Kerusi Pm Dari Isu Bantuan Banjir Dan Covid

Umno Lebih Minat Isu Pru Awal Dan Kerusi Pm Dari Isu Bantuan Banjir Dan Covid

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 346 hits
Soalan khusus pada Zahid dan najib Banjir yang berlaku isu baru yang perlu ditangani hingga ke akar umbi terutama kali ini melibatkan majoriti pengundi Melayu Bantuan yang sangat setimpal diperlukan kerana kerosakan kali ini di luar jangkaa...
Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta Tak Patut Dijadikan Isu Azam Baki

Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta Tak Patut Dijadikan Isu Azam Baki

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 394 hits
Tan Sri Azam Baki selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan bahawa akaun peribadi miliknya telah digunakan oleh adik Nasir Baki bagi urusan pembelian saham Tambah Azam isu penggunaan akaun tersebut untuk me...
Isu Saham Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Berpuas Hati Penjelasan Azam Baki

Isu Saham Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Berpuas Hati Penjelasan Azam Baki

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 275 hits
PUTRAJAYA Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau Pengerusi LPPR Tan Sri Abu ...
Guna Nama Beli Saham Bukan Isu

Guna Nama Beli Saham Bukan Isu

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 283 hits
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFSalah satu dari 8 keajaiban dunia macam mana kertas siasatan pun belum di buka tapi kes sudah selesai Harap harap siapa yang kena tuduh AMLA yang pakai akaun adik beradik boleh la buat semakan kehakiman sebab dah ada...
Zakir Naik Pertahan Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Isu Umat Islam Bersih Rumah Ibadat Lain

Zakir Naik Pertahan Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Isu Umat Islam Bersih Rumah Ibadat Lain

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 323 hits
Sebaran Zakir Naik Pertahan Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Isu Umat Islam Bersih Rumah Ibadat Lain Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik mempertahankan kenyataan penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bahawa umat Islam tidak boleh membersihkan ruma...
Tiga Isu Utama Akibat Covid 19 Dan Strategi Pemulihan Untuk Pemerintah Dari Para Pemuda Asean Dan Australia

Tiga Isu Utama Akibat Covid 19 Dan Strategi Pemulihan Untuk Pemerintah Dari Para Pemuda Asean Dan Australia

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 198 hits
Pandemi sangat berdampak terhadap kaum pemuda Oleh karena itu yuk cari tahu seperti apa rekomendasi pemulihan pandemi dari perwakilan pemuda ASEAN Australia untuk para pemangku kebijakan
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian