2022 Tahun Getir Pertarungan Politik Negara



HARI ini kita membuka lembaran pertama daripada 365 helaian untuk 2022. 2021 telah kita tinggalkan dengan memori dan kenangan. Namun, empat perkara berikut menjadi fakta terpenting tahun 2021 yang akan membentuk kerangka politik negara 2022.
Perkara itu adalah pertukaran Perdana Menteri (Ogos), Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan-pembangkang (September), Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak (Oktober/Disember) dan akhir sekali musibah banjir besar Lembah Klang.
Mengapa empat itu? Pertama, ia berkait rapat dengan trend sokongan dan pola politik negara yang semakin cair serta anjal. Pertukaran Perdana Menteri memperlihatkan penjajaran politik secara kerap berlaku, bukan sahaja dalam intra-parti tetapi inter-parti tidak lagi menjadi sesuatu yang asing dan janggal.
Walaupun pertukaran itu melibatkan penggantian pemimpin sahaja, namun keanggotaannya tetap sama. Ia dikukuhkan dengan MoU antara kerajaan dan pembangkang yang memberikan sokongan tambahan kepada kedudukan kerajaan. Tetapi kestabilannya masih goyah dan boleh dipersoalkan. Sesuatu yang mungkin dilanjutkan dalam helaian berikutnya.Kedua, sudah tentulah keputusan dua PRN. Yang diperlihatkan adalah kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Melaka dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sarawak. Di sebaliknya adalah persaingan intra-parti antara BN dan Perikatan Nasional (PN) terutama Bersatu dan Pas yang berkongsi kuasa di peringkat pusat.
Apakah itu akan membuka kepada ruang desentralisasi politik atau satu lagi pengukuhan hegemoni politik bentuk baharu dalam konteks ketidaksejajaran gabungan? Ramalan umum melihat keputusan dua PRN itu akan mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Hal itu membawa kepada perkara ketiga dalam konteks siapa yang beruntung. UMNO dijangka terus mendesak Perdana Menteri mempercepatkan PRU15 tetapi musibah banjir akan memperlahankan perkara tersebut. Persoalan cepat atau lambat berada di tangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. Pada PRN Melaka, beliau bersikap berkecuali dan di Sarawak, beliau menggunakan sepenuhnya kedudukan sebagai Perdana Menteri bagi membantu GPS.
NARATIF 2022
Ditambah dengan MOU bersama pembangkang, Ismail Sabri barangkali akan melambatkan PRU15 atas beberapa sebab. Pertama, kedudukan semasa yang tidak menguntungkan beliau sama ada dari perspektif karier politik dan nasional.
Kedua, pemilihan UMNO yang ditangguhkan masih menyaksikan ‘Kem 15’ menguasai parti dan kuasa memberikan watikah calon masih di tangan Presiden, bukannya Perdana Menteri.
Ketiga, sudah tentulah isu banjir yang menguji keupayaan kepimpinan beliau. Sentimen semasa memperlihatkan defisit ketidakpercayaan yang tinggi terhadap kepimpinan dan kabinetnya.
Tiga faktor itu barangkali menjadi pertimbangan yang baik untuk melambatkan PRU15. Terakhir, sudah tentulah Pakatan Harapan (PH). Dua PRN itu memperlihatkan hilangnya taring PH sebagai gabungan yang menumbangkan BN sebelumnya. Terkini, kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin kuat ditekan sehingga mendesak beliau untuk berundur.
Perkembangan semasa terutama pelebaran sayap Parti Warisan ke semenanjung dan pendaftaran rasmi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hanya akan memperlihatkan keterpecahan pembangkang, sekali gus mengurangkan lagi kepercayaan pengundi kepada kemampuan PH.
Dengan saingan merebut pengundi Melayu yang semakin terpecah dan padat selepas ini, apakah PH mampu dalam tempoh terdekat hadir dengan satu naratif yang dekat dan kena dengan selera kelompok berkenaan.
Selepas apa yang berlaku di Melaka, ia jelas memperlihatkan mereka sudah ketinggalan di belakang PN dalam persaingan merebut undi orang Melayu.
Hayunan undi kaum Cina yang suatu ketika kritikal memilih PH juga sudah tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berulang. Maka, apakah 2022, PH masih ada waktu membetulkan kesemua itu.
* Mujibu Abd Muis ialah Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM)
2022 tahun getir ‘pertarungan politik’ negara
Baca Artikel Menarik:
Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’ Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending? Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini! Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video) Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan? Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies Resepi Ayam Goreng Serai Thai Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perutusan khas PM ‘membahagiakan’ mangsa banjir

The post 2022 tahun getir ‘pertarungan politik’ negara appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/01/2022-tahun-getir-pertarungan-politik-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melangkah Ke Tahun 2022 Dengan Harapan

Melangkah Ke Tahun 2022 Dengan Harapan

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 391 hits
Assalammualaikum selamat tahun baru buat rakan dan pembaca budiman Ketika catatan ini dicoretkan hari sudah lewat malam yang terasa sejuknya kerana hujan turun di bumi Wangsa Maju tanpa henti sejak lewat pagi tadi Mentari pagi yang mengorak...
Suasana Olahraga Di Awal Tahun 2022 Di Ibu Kota

Suasana Olahraga Di Awal Tahun 2022 Di Ibu Kota

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 399 hits
Suasana Olahraga di Awal Tahun 2022 di Ibu Kota Meskipun hari bebas kendaraan atau Car Free day ditiadakan namun warga masih banyak yang beraktivitas di kawasan Sudirman Thamrin
Sasaran Larian Tahun 2022

Sasaran Larian Tahun 2022

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 287 hits
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur masuk ke tahun 2022 Macam biasa macam macam orang berazam bila tahun baru Tiada azam sangat cuma nak jadi lebih baik dari sebelum sebelumnya saja Bila sebut pasal aktiviti dan hobi sukan larian ni nak t...
Self Reward Diri Sendiri Untuk Tahun 2022 Wani Kayrie Angkat Mercedes Benz Cla180

Self Reward Diri Sendiri Untuk Tahun 2022 Wani Kayrie Angkat Mercedes Benz Cla180

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 418 hits
Impian untuk membeli kereta idaman sememangnya sukar untuk dicapai lebih lebih lagi jika kereta yang diimpikan itu merupakan kenderaan import dari luar negara Namun impian ini dapat dicapai jika ianya diusahakan dengan bersungguh sungguh Sa...
Di Tahun Politik Inilah 5 Industri Yang Bakal Berjaya

Di Tahun Politik Inilah 5 Industri Yang Bakal Berjaya

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 142 hits
Di Tahun Politik Inilah 5 Industri Yang Bakal Berjaya Menteri Perindustrian Airlangga Hartono meramal bahwa Pemilu 2019 akan berdampak positif pada pertumbuhan beberapa sektor industri di Indonesia Ramalan itu berdasarkan pada pengalaman Pe...
Selamat Tahun Baru 2022

Selamat Tahun Baru 2022

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 512 hits
SELAMAT TAHUN BARU 2022 Assalamualaikum semua Pejam celik dah masuk tahun baru kan Kejap je masa berjalan Apa pun alhamdullilah syukur sebab masih diberi peluang menikmati nikmatNya Moga sepanjang tahun 2022 ni kita semua diberi kesihatan y...
Tetap Mesti Ingat Walau Sudah Melangkah Ke Tahun 2022

Tetap Mesti Ingat Walau Sudah Melangkah Ke Tahun 2022

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 243 hits
TETAP MESTI INGAT WALAU SUDAH MELANGKAH KE TAHUN 2022 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt JUJUR kita masih belum bebas sepenuhnya Kita masih berada dalam satu situasi yang sangat masih perlu berjaga j...
Tarikh Cantik Tahun 2022 Untuk Tunang Nikah Kahwin

Tarikh Cantik Tahun 2022 Untuk Tunang Nikah Kahwin

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 480 hits
Tarikh Cantik Tahun 2022 Untuk Tunang Nikah Kahwin Tahun 2022 kini menjelma Kita agak bernasib baik kerana waktu ini PKP telah tamat Dapatlah kembali aktif dengan kehidupan seharian Untuk pasangan yang terpaksa tundakan majlis kahwin tu bol...
Missi 2022 23 50 Rangkaian Service Centre Seluruh Negara

Missi 2022 23 50 Rangkaian Service Centre Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 464 hits
Missi 2022 2023 Mengadakan 50 QM Service Centre di seluruh negara dikendalikan Leader Merchant Mereka yang berminat boleh hubungi 01064630199Rangkaian pertama akan dibuka mulai February 2022Johor Kelantan 1Kedah Perlis Sabah Sarawak Perak S...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki