Tak Perlu Tunjuk Hero Kamu 10 Kali Lebih Teruk Pas Tempelak Anwar


SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
November 25, 2018 Nur Effy


SHAH ALAM – Tindakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membidas golongan ‘berserban’ kerana membisu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini, bingkas disambut oleh PAS.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan kembali memulangkan paku buah keras kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu dengan mempersoalkan di mana ‘suara’ beliau ketika negara mengalami skandal kewangan terbesar pada tahun 80an dan 90an.

“Saya kira Anwar telah alami ‘rabun dekat’ atau ‘tuli badak’ bila gagal mengambil maklum peranan alim ulama khasnya pimpinan PAS dalam isu 1MDB.

“Apakah beliau mahu pimpinan PAS yang berserban dan berijazah itu menjerit dan melaung-laung bagai MP mereka dalam parlimen baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB?,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin berkata, ketika beberapa skandal kewangan berlaku sebelum ini, Anwar adalah merupakan sebahagian daripada kerajaan, di mana beliau menyertai UMNO pada 1982, sehingga akhirnya dilantik menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun yang sama selepas memenangi kerusi Permatang Pauh dalam PRU.

“Walaupun beliau seorang yang lantang mengkritik kerajaan ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia, tetapi apa yang telah beliau lakukan ketika pelbagai skandal kewangan terbongkar sejak 1981?

“Di mana suara lantang beliau ketika skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an?

“Di mana Anwar ketika negara mengalami kerugian berjumlah RM1.6 bilion akibat skandal syarikat Maminco (1981)? Di mana Anwar ketika negara diheret kerugian sebanyak RM2.5 bilion dalam kes Bumiputera Malaysia Finance (1983)?

“Di mana Anwar ketika negara rugi sehingga RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel 1988? Di mana Anwar ketika negara menanggung kerugian RM10 bilion dalam isu forex?,” soal Nasrudin.

Lain-lain Berita Menarik;-

Anwar Akui Ratifikasi ICERD Ditangguh, Bukan Dibatalkan

Muka Islam Tapi Gagal Bersuara Untuk Islam

Hari Ini Mahathir Cakap Lain, Esok Dia Akan Cakap Lain Lagi – Shahrir

Nasrudin turut menyindir Anwar yang dilihat lebih selesa menjadi ‘alat perkakas murahan’ kerana gejolak nafsu untuk menjadi Perdana Menteri, lantaran tidak membuka mulut berkaitan skandal yang mulai terbongkar itu.

“Beliau selesa menjawat satu persatu jawatan daripada timbalan menteri di JPM (1982), kemudian menteri kebudayaan, belia dan sukan (1983), menteri pertanian (1983), menteri pendidikan (1986), menteri kewangan (1991) sehingga dilantik menjadi timbalan perdana menteri (1993).

“Setelah dipecat daripada kerajaan dan Umnno, barulah beliau dilihat gigih melawan regim Tun Dr Mahathir pada waktu itu,” sindirnya.

Dalam pada itu, Nasrudin turut mengingatkan komitmen yang pernah dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum memenangi PRU Ke-14 yang berjanji untuk menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Di mana pula suruhanjaya siasatan sekarang?

“Anwar tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1MDB kerana beliau 10 kali lebih teruk daripada itu.

“Kalau rumah kita berdinding kaca, jangan melontar batu ke rumah orang,” sindirnya tajam.

Mahathir merupakan Perdana Menteri ketika semua skandal kewangan berkenaan berlaku.

Pada tahun lalu, sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat mengenai kerugian akibat urus niaga forex dengan memanggil beberapa individu penting seperti Mahathir sendiri, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dan pegawai tertinggi Bank Negara Malaysia.

Bagaimanapun RCI itu akhirnya memutuskan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang menjadi sebahagian daripada pengurusan Bank Negara ketika itu, sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap urus niaga itu.
 -SuaraTv

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/tak-perlu-tunjuk-hero-kamu-10-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Lebih Teruk Dari Isu 1mdb Nasrudin

Anwar Lebih Teruk Dari Isu 1mdb Nasrudin

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 279 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1Malaysia Development Berhad kerana beliau 10 kali lebih teruk dari itu Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan berkata tuduhan bakal Perda...
Ulama Pas Ramal Anwar Ditimpa Hina Lebih Dahsyat

Ulama Pas Ramal Anwar Ditimpa Hina Lebih Dahsyat

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 478 hits
Seorang pemimpin kanan PAS memberi amaran kepada Anwar Ibrahim bahawa presiden PKR itu mungkin berdepan hinaan lebih dahsyat selepas kali pertama berlaku kira kira 20 tahun lalu Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata seseorang...
Kerajaan Pas Terengganu Lebih Teruk Dari Zionist

Kerajaan Pas Terengganu Lebih Teruk Dari Zionist

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 514 hits
PAS masih belum buang perangainya yang rakus diamalkan apabila berkuasa dibumi Terengganu Seramai ramai yang pimpinan PAS di Terengganu yang berserban dan berkopiah tidak mampu untuk berbicara dengan seorang rakyat Bila berbicara dengan kap...
Pas Bidas Kembali Sindiran Anwar Ibrahim

Pas Bidas Kembali Sindiran Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 315 hits
Presiden PKR lebih pentingkan kedudukan berbanding isu agama 19 11 2018Oleh Athirah Huda ZalheBANGI 11 Rabiulawal 1440H Isnin Kelemahan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan kedaulatan Islam dan hak Bumiputera cuba ditu...
Timb Igp Jumlah Polis Fru Lebih 2 Kali Ganda Malam Ini

Timb Igp Jumlah Polis Fru Lebih 2 Kali Ganda Malam Ini

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 652 hits
Hanya mereka yang pergi ke kawasan kuil atas tujuan keagamaan akan dibenarkan masuk kata Noor Rashid
Masker Hilangkan Jeragat Pakai Seminggu 4 Kali Tapi Jangan Lebih Dari 15 Minit

Masker Hilangkan Jeragat Pakai Seminggu 4 Kali Tapi Jangan Lebih Dari 15 Minit

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 517 hits
Masker Hilangkan Jeragat Pakai Seminggu 4 Kali Tapi Jangan Lebih Dari 15 Minit Bukan senang nak hilangkan jeragat Inilah salah satu masalah kulit yang kaum wanita risau sangat Ada banyak punya yang menyebabkan jeragat keturunan atau mungkin...
Minta Maaf Letak Jawatan Atau Biar Kemarahan Lebih Marak Nik Abduh Tempelak Exco Dap Selangor

Minta Maaf Letak Jawatan Atau Biar Kemarahan Lebih Marak Nik Abduh Tempelak Exco Dap Selangor

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 352 hits
Suara Tanpa SempadanSHAH ALAM Exco DAP Selangor V Ganabatirau patut mengambil tanggungjawab penuh di atas keterlanjurannya memuat naik status berunsur provokasi di laman sosial Facebook semalam kata bekas Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz...
Umno Pas Playing Malay Champions On Icerd Silent On 1mdb Anwar

Umno Pas Playing Malay Champions On Icerd Silent On 1mdb Anwar

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 338 hits
PKR AGM Newly minted PKR president Anwar Ibrahim said today that Umno and PAS are now trying to play Malay champions over the ratification of the International Convention of the Elimination of Racial Discrimination even though they were sil...
Tak Sampai 24 Jam Terjadi Lagi Sekali Dan Kali Ini Lebih Ramai Datang

Tak Sampai 24 Jam Terjadi Lagi Sekali Dan Kali Ini Lebih Ramai Datang

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 655 hits
Kekecohan tercetus lagi di sekitar kuil Seafield Sri Maha Mariamman USJ 25 Putra Heights di Subang Jaya tidak sampai 24 jam selepas rusuhan awal pagi kelmarin Tak Sampai 24 Jam Terjadi Lagi Sekali Dan Kali Ini Lebih Ramai Datang
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ya Allah Permudahkanlah Urusan Jodohku

Buat Lelaki Di Luar Sana Fikir Fikirlah Sebelum Kahwin Lagi

Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti