Anwar Lebih Teruk Dari Isu 1mdb Nasrudin



(Malaysia Gazette) – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerana beliau 10 kali lebih teruk dari itu.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tuduhan bakal Perdana Menteri kelapan itu kepada Pas golongan berserban, agamawan dan akademik yang membisu ketika skandal kewangan 1MDB berlaku sebagai “rabun dekat” dan “tuli badak”.
“Saya kira Anwar telah alami “rabun dekat” atau “tuli badak” bila gagal mengambil maklum peranan alim ulamak khasnya pimpinan Pas dalam isu 1MDB.
“Barangkali pemikirannya juga mudah dieksploit oleh fitnah sebahagian media sehingga menelan segala pembohongan dan putar belit fakta.
“Apakah beliau mahu pimpinan Pas yang berserban dan berijazah itu menjerit dan melaung-laung bagai Ahli Parlimen PKR dan Pakatan Harapan (PH) dalam Parlimen baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB?” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Menurut Nasrudin, beliau juga sambil melilit serban besar di kepala turut melontarkan beberapa soalan untuk Anwar.
Katanya, di mana suara lantang Anwar ketika skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an?
Adakah Anwar juga telah menjadi alat perkakas murahan kerana gejolak nafsu untuk menjadi Perdana Menteri?
Menurut Nasrudin, Anwar menyertai UMNO pada 29 Mac 1982 sebelum bertanding dan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen Permatang Pauh dan dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Jelasnya, walaupun Anwar seorang yang lantang mengkritik kerajaan ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), tetapi apa yang telah beliau lakukan ketika pelbagai skandal kewangan terbongkar sejak 1981.
“Di mana Anwar ketika negara mengalami kerugian berjumlah RM1.6 bilion akibat skandal syarikat Maminco 1981, di mana dia ketika negara diheret kerugian sebanyak RM2.5 bilion dalam kes Bumiputera Malaysia Finance tahun 1983.
“Di mana Anwar ketika negara rugi sehingga RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel 1988 dan di mana dia ketika negara menanggung kerugian RM10 bilion dalam isu forex.
“Tidakkah ketika semua skandal kewangan negara berlaku, Anwar adalah sebahagian anggota kabinet kerajaan,” soal beliau.
Nasrudin mendedahkan, Anwar selesa menjawat satu persatu jawatan daripada Timbalan Menteri di JPM (1982), kemudian Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1983), Menteri Pendidikan (1986), Menteri Kewangan (1991) sehingga Timbalan Perdana Menteri (1993).
Namun, katanya, selepas dipecat daripada kerajaan dan UMNO, barulah beliau dilihat gigih melawan regim Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu itu.
Kata beliau, sebelum memenangi PRU Ke-14, Pakatan Harapan (PH) berjanji menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat Tun Dr Mahathir.
“Di mana pula suruhanjaya siasatan sekarang? Kalau rumah kita berdinding kaca, jangan melontar batu ke rumah orang,” ujarnya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/11/25/anwar-lebih-teruk-dari-isu-1mdb-nasrudin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Tunjuk Hero Kamu 10 Kali Lebih Teruk Pas Tempelak Anwar

Tak Perlu Tunjuk Hero Kamu 10 Kali Lebih Teruk Pas Tempelak Anwar

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 283 hits
Suara Tanpa Sempadan SHAH ALAM Tindakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membidas golongan berserban kerana membisu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad baru baru ini bingkas disambut oleh PAS Ketua Penerangan PAS Nasrudin H...
Skandal Ap Rafidah Berjumlah Rm95 Bilion Lebih Besar Dari 1mdb

Skandal Ap Rafidah Berjumlah Rm95 Bilion Lebih Besar Dari 1mdb

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 626 hits
Pada tahun 2005 jumlah itu sememangnya besar dianggarkan melebihi RM60 bilion atau lebih daripada RM2 5 bilion setahun selama kira kira 30 tahun Semenjak itu ianya dianggarkan mencapai RM95 bilion Dan Rafidah Aziz berada di pertengahan skan...
Umno Pas Playing Malay Champions On Icerd Silent On 1mdb Anwar

Umno Pas Playing Malay Champions On Icerd Silent On 1mdb Anwar

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 359 hits
PKR AGM Newly minted PKR president Anwar Ibrahim said today that Umno and PAS are now trying to play Malay champions over the ratification of the International Convention of the Elimination of Racial Discrimination even though they were sil...
Kampanye Ke Daerah Sandiaga Lebih Banyak Ditanya Isu Ekonomi Daripada Soal Ham

Kampanye Ke Daerah Sandiaga Lebih Banyak Ditanya Isu Ekonomi Daripada Soal Ham

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 299 hits
Cawapres nomor urut 02 Sandiaga Salahuddin Uno menjelaskan bahwa masalah Hak Asasi Manusia juga disoroti dirinya bersama Prabowo Subianto dalam visi misi capres cawapres Namun menurutnya tak mungkin menyuarakan soal HAM bila dirinya bersafa...
Ulama Pas Ramal Anwar Ditimpa Hina Lebih Dahsyat

Ulama Pas Ramal Anwar Ditimpa Hina Lebih Dahsyat

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 499 hits
Seorang pemimpin kanan PAS memberi amaran kepada Anwar Ibrahim bahawa presiden PKR itu mungkin berdepan hinaan lebih dahsyat selepas kali pertama berlaku kira kira 20 tahun lalu Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata seseorang...
Kecoh Anwar Ibrahim Tegur Isu Pemilihan Pkr Rafizi Azmin Tak Berdisplin Saya Terajang

Kecoh Anwar Ibrahim Tegur Isu Pemilihan Pkr Rafizi Azmin Tak Berdisplin Saya Terajang

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 425 hits
Kecoh Anwar Ibrahim Tegur Isu Pemilihan Pkr Rafizi Azmin Tak Berdisplin Saya Terajang
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina