Minta Maaf Letak Jawatan Atau Biar Kemarahan Lebih Marak Nik Abduh Tempelak Exco Dap Selangor


SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
Nur Effy
November 27, 2018



SHAH ALAM – Exco DAP Selangor, V Ganabatirau patut mengambil tanggungjawab penuh di atas keterlanjurannya memuat naik status berunsur provokasi di laman sosial Facebook semalam, kata bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz.

Ujar Nik Abduh, Ganabatirau boleh memilih antara dua sama ada mengemukakan permohonan maaf ataupun meletakkan jawatan sebagai exco negeri.

Ahli Parlimen Bachok itu mengambil contoh bagaimana seorang Exco AMANAH di Perak yang mengambil tanggungjawab dengan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak ekoran tindakannya bergambar dengan trofi Piala Malaysia dalam keadaan tidak sepatutnya.

“Ada exco Kerajaan Negeri letak jawatan daripada Persatuan Bola kerana perbuatan tak senonohnya terhadap Piala Malaysia walaupun dengan alasan terlalu teruja. Ia tindakan bertanggung jawab dan terpuji.

“Jadi, untuk exco Selangor tersebut, minta maaf, atau letak jawatan. Dua pilihan. Satu mudah, satu lagi berani. Pilihan ketiga adalah biarkan sahaja kemarahan itu menjalar dan marak. Begitu?,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu, semalam Ganabatirau menulis di Facebook beliau dengan mendakwa sekumpulan orang Islam menyerang Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya, awal pagi Isnin, hingga mencetuskan kekecohan.

Tidak lama kemudian, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kenyataan Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin itu mungkin terdapat kesalahan tatabahasa.

Kenyataan itu akhirnya sudah diubah selepas mendapat kecaman pelbagai pihak.

Bagaimanapun tegas Nik Abduh, Amirudin sepatutnya menegur exco berkenaan, bukannya ‘menyebelahi’ beliau dan menyatakan ia adalah kesalahan tatabahasa.

“Pastinya niat YAB Menteri Besar Selangor nak bantu sejukkan. Ia baik. Tetapi, hujah ‘salah tatabahasa’ tu menambah panas. Ia memperlekeh sensitiviti umat Islam.

“Bagi saya, tegur saja exco tu secara baik. Ia mencukupi untuk pertahan dan jaga hati rakan dalam Pakatan, walaupun masih tidak cukup untuk negara,” kata anak kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz itu.

-SuaraTv

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/suara-tv-suara-tanpa-sempadan-nur-effy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penagih Dadah Tolak Icerd Lebih Baik Dari Menteri Yang Terima Kata Nik Abduh

Penagih Dadah Tolak Icerd Lebih Baik Dari Menteri Yang Terima Kata Nik Abduh

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 541 hits
Nik Abduh menyatakan penagih dadah yang menolak ICERD lebih baik daripada menteri yang menerimanya Foto Sinar Harian Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menempelak dakwaan Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Datuk Raja Kam...
Dengan Umno Pas Lagi Bersemangat Melawan Dap Dan Ph Kata Nik Abduh

Dengan Umno Pas Lagi Bersemangat Melawan Dap Dan Ph Kata Nik Abduh

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 427 hits
Suara Tanpa SempadanSHAH ALAM PAS menerima mana mana parti yang mahu bekerjasama dengannya asalkan parti berkenaan menghormati dan menerima perjuangan Islam mereka Bekas Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata demikian sebagai menjawab ...
Menteri Dap Rasis S Kulasegaran Sila Letak Jawatan

Menteri Dap Rasis S Kulasegaran Sila Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 543 hits
KUALA LUMPUR 30 Julai Selepas mengguris perasaan orang Melayu dengan ucapan yang mengandungi sentimen perkauman tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia hari ini Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran memohon maaf di atas ketelanjurannya...
Lebih 10k Sign Petisyen Desak Moorthy Letak Jawatan

Lebih 10k Sign Petisyen Desak Moorthy Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 438 hits
Muhammad Shamsul Abd GhaniP Waytha Moorthy SHAH ALAM Baharu sahaja dilancarkan petisyen meminta P Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sudah ditandatangani oleh lebih 9 000 orang Petisyen yang digerakkan...
Yang Menipu Siang Malam Sekarang Adalah Kerajaan Dap Ph Nik Abduh

Yang Menipu Siang Malam Sekarang Adalah Kerajaan Dap Ph Nik Abduh

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 349 hits
Umno amat menghormati perjuangan PAS Apa PAS ni Dulu berbaik dengan DAP sekarang dengan Umno pula Apa yang PAS nak Tidak ada parti yang berbaik dengan PAS kecuali akan berpisah akhirnya PAS memang keras tak boleh buat kawan Saya jawab OK sa...
Exco Dap Selangor Tuduh Umat Islam Serang Kuil Subang Jaya

Exco Dap Selangor Tuduh Umat Islam Serang Kuil Subang Jaya

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 652 hits
26 11 2018Exco DAP Selangor tuduh umat Islam serang kuil Subang JayaV Ganabatirau muat naik tuduhan dalam FB selepas rusuhan pagi tadiBANGI 18 Rabiulawal 1440H Isnin Ahli Exco Selangor V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang ...
Kuil Seafield Polis Soal Exco Selangor Lebih 1 Jam

Kuil Seafield Polis Soal Exco Selangor Lebih 1 Jam

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 350 hits
December 3 2018 9 46 PMV Ganabatirau disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan SHAH ALAM Exco Selangor V Ganabatirau disoal selama lebih 1 jam oleh polis berhubung kenyataannya tentang keganasan yang berlaku di kuil Seafield 26 November le...
Tuduh Umat Islam Serang Kuil Exco Dap S Gor Mohon Maaf

Tuduh Umat Islam Serang Kuil Exco Dap S Gor Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 339 hits
BANGI 20 Rabiulawal 1440H Rabu Ahli Exco Selangor V Ganabatirau membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini kerana mencetuskan kemarahan pelbagai pihak berhubung kenyataan yang menuduh umat Islam terbabit menyerang Kuil Sri Maha Mariamm...
Sebab Mengapa Ahli Parlimen Batu Praba Wajib Letak Jawatan

Sebab Mengapa Ahli Parlimen Batu Praba Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 461 hits
Hari ini kami di KLChronicle telah mendapat beberapa maklumat melibatkan Ahli Parlimen Batu P Prabakaran dimana beliau nampaknya langsung tidak kompeten dalam menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen di kawasan beliau Mungkin ramai yang tert...
Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Editing Tools For Drawing

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Rafizi Pendakwa Raya Perlu Jelaskan Kenapa Ambil Masa Lama Sedia Bukti

The Real Roots Of Judicial Power In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokok Kelapa Tepi Rumah

Bunga Kemboja Putih

Dendi Nata Tergariskan Chord

Don T Call It A Comeback Asterisk S Award Winning Harley Shovelhead

Tapau Beriani King Muar

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda