Tak Perlu Sarat Berat Simple Pun Boleh Ibu Ni Kongsikan 10 Resipi Bekal Anak Ke Sekolah


Bagi ibu yang sudah pun mempunyai pengalaman menyediakan bekalan anak ke sekolah tadika atau pra sekolah pastinya tidak punya masalah dalam menyediakan sarapan sekaligus bekalan buat anak. Ibu yang baru pertama kali pastinya memerlukan perancangan yang tepat untuk penyediaan sajian ini agar semuanya berjalan lancar di pagi hari.
Siapkan bekal anak juga tidak perlulah menu yang berat. Ikut kemampuan ibu untuk sediakannya. Jika ada masa lebih, sediakan menu yang lengkap untuk anak. Perkongsian ibu ini, Puan Fazira Salleh boleh juga mama cuba. Walaupun bekerja tetapi tetap sediakan bekalan untuk anak. Simple je tapi lengkap nutrisi. Jom intai resipinya.

BUKTI KEGIGIHAN SIAPKAN BEKAL ANAK
Sebab anak sekolah SJKC, jadi marilah kita menggigihkan diri siapkan bekal. Tapi maaflah…tak ada hiasan fancy-fancy macam bento semua tu, pasal mak bekerja nak. Konsep dia, asal kenyang sudah. Hahahaa!

NASI GORENG PATAYA
Bahan-bahan
======================
1 mangkuk nasi
1 biji telur
1 sudu bawang kisar*
1 sudu isi ayam cincang
1 sudu lobak potong dadu*
Minyak untuk memasak
(Memasak 15 minit)
1. Panaskan kuali dengan minyak sedikit dan tumis bawang kisar dan ayam cincang.
2. Masukkan lobak dan kemudiannya nasi. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Kacau telur dan tuang atas kuali tak melekat.
4. Golek-golekkan kuali supaya telur jadi nipis dan lebar.
5. Balut nasi tadi dengan telur. Siap!
*Yang merah atas telur tu sos ya, bukan darah jari mak yang terluka masa potong sayur sebab mengantuk bangun pukul 5 pagi.

NASI AYAM EKSPRESS
Bahan-bahan
=====================
1/2 cawan nasi
1 sudu susu cair
2 sudu stok ayam/ Suku kiub pati ayam
1 potong ayam
1 sudu kicap lemak manis
1 sudu kecil sos tiram
Memasak (10 minit)
====================
1. Kukus nasi dengan pati ayam dan susu cair.
2. Sementara tunggu nasi masak, potong ayam kecil-kecil.
3. Masak ayam dalam kuali dan masukkan kicap dan sos tiram.
4. SIAP!
** kalau telur rebus pun nak kena bagitau macama mana cara nak masak dia, memang mintak kaki laaa.

PASTA TOMATO
Bahan-bahan
======================
1/2 mangkuk pasta spiral
1 ulas bawang putih cincang halus
1 sudu bawang merah kisar
1 sudu daging cincang
1 cawan pes tomato
1 cubit mix herbs
2 @ 3 butang cendawan hiris nipis
Memasak (10 minit)
=======================
1. Tumis bawang, bawang putih dan daging kisar sampai naik bau.
2. Masukkan pes tomato, mix herbs dan cendawan butang.
3. Perasakan dengan gula/garam.
4. Siap!
*Buah oren, macam biasa. Pilih yang bontot lobang tu haaa…kompem manis.

PANKEK NUTELLA
Bahan-bahan
==================
1 cawan susu cair
1 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu teh baking soda
2 sudu butter
Secubit garam
Memasak ( 10 minit)
======================
1. Campak je semua bahan dalam blender. Kalau dah tak berketul tu kira ngam dah.
2. Panaskan kuali tak melekat yang dah terperap lama dalam lemari tu.
3. Api jangan kuat sangat eh.
4. Pastu pakai senduk yang kau buat ceduk sup tu, tuang satu senduk kat atas kuali tadi.
5. Bila ko tengok dah berbuih-buih, terus terbalikkan.
6. Sapu satu side dengan nutella, kampuh dua keping
7. Siap!
** Cakap kat anak, ini dorayaki yang doraemon baru hantar special pagi tadi. Kompem makan banyaaakk!

CREAMY SPAGETTI
Bahan-bahan
=====================
1 cekak kecil spagetti
2 sudu marjerin/mentega
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 cawan susu cair
1 cubit herbs parsley/oregano kering
Memasak (10 minit)
===========≠=========
1. Rebus spagetti sampai lembut
2. Tumis bawang putih dengan marjerin/mentega sampai wangi
3. Masukkan susu cair,kacau sekejap
4. Gaul kuah dengan spagetti tadi dan perasakan dengan garam
5. SIAP!
*Atau kalau malas, bangun rebus spagetti je. Lepas tu panaskan kuah yang dah siap dalam tin tu. Atau kalau malaaas lagi, spagetti pun ko mintak encik suami tolong rebuskan. Uhuii.
Intai resipi-resipi ringkas lain yang disediakan olehnya di facebook. Semuanya sedap dan ringkas sahaja untuk anak. Paling penting anak kenyang dan bersedia untuk menimba ilmu di sekolah.

Tip Siapkan Anak Ke Sekolah
* Rancang menu seminggu supaya senang nak set minda nak masak apa dan sediakan bahan-bahan untuk seminggu.
* Jangan lupa tanya apa menu yang anak-anak ingin bawa ke sekolah. Ambil kira pendapat anak supaya barulah anak selera dan ternanti-nanti untuk makan.
* Tak perlulah serius sangat, sambil-sambil anak main boleh tanya apa dia nak makan dan suka bawa ke sekolah.
* Tak perlu juga menu yang berat dan sarat, menu simple dan anak senang nak makan sendiri adalah menu terbaik.
* Tip nak masak pula perlulah disiapkan awal. Malam sebelum nak masak, wajib siap potong semua bahan, tinggal nak masak saja esok pagi.
* Bahan-bahan basah jangan dilupa. Ni paling penting, turunkan di bahagian bawah supaya senang nak masak.
* Bangunlah awal dari biasa. Tak perlu lama pun, anggaran masa 30 minit hingga 45 sahaja di dapur.
* Bekas bekal anak pastikan letak setempat. Tak adalah baru nak tercari-cari bila nak isi makanan. Buang masa.
* Ajar anak ambil makanannya sendiri dan masukkan dalam beg. Mudah.
The post Tak Perlu Sarat & Berat, Simple Pun Boleh, Ibu Ni Kongsikan 10 Resipi Bekal Anak Ke Sekolah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-sarat-berat-simple-pun-boleh-ibu-ni-kongsikan-10-resipi-bekal-anak-ke-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 15 Minit Boleh Siapkan Bekal Anak Kembali Ke Sekolah Resipi Ini Confirm Sedap

Hanya 15 Minit Boleh Siapkan Bekal Anak Kembali Ke Sekolah Resipi Ini Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 1388 hits
Waktu pagi adalah waktu yang cukup genting bagi para ibu untuk mempersiapkan segala hal terutama bagi ibu yang bekerja Memasak dan menyediakan bekalan makanan untuk anak anak ke sekolah memerlukan peruntukan masa yang sangat lama Ibu harus ...
Ibu Hantar Anak Ke Sekolah Tamil

Ibu Hantar Anak Ke Sekolah Tamil

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 553 hits
Nurul Fadznie bersama anak sulungnya Siti Nur Husna ketika orientasi tahun satu di SJKT Karak pada Sabtu lalu BENTONG Bagi memenuhi hasrat ibu mentua yang mahu cucu cucunya menguasai pelbagai bahasa mendorong Nurul Fadznie Ashikin Hairul 27...
Tak Perlu Sental Ibu Ini Tunjuk Cara Mudah Basuh Baju Sekolah Anak Putih Sampai Akhir Tahun

Tak Perlu Sental Ibu Ini Tunjuk Cara Mudah Basuh Baju Sekolah Anak Putih Sampai Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 680 hits
Bagi mak mak tip ni kena kena simpan sangat berguna bila sesi persekolahan baru bermula tahun depan Maklumlah kan waktu tu baju anak masih putih baru Kalau tak memang tiga bulan baju baru dah jadi kedam Cara yang dikongsi Puan Leena Hassan ...
Takpe La Janji Kakak Nak Sekolah Ibu Terharu Hantar Anak Istimewa Di Hari Pertama Sekolah Dibuka

Takpe La Janji Kakak Nak Sekolah Ibu Terharu Hantar Anak Istimewa Di Hari Pertama Sekolah Dibuka

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 485 hits
Hari terakhir penghujung tahun 2019 maka bermulah sesi orentasi bagi pelajar darjah satu di beberapa buah sekolah sekitar Malaysia Bukan sahaja pelbagai kerenah kanak kanak dapat dilihat tetapi reaksi ibu ayah yang pastinya teruja melihat a...
Hantar Anak Belajar Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerana Mahu Memenuhi Impian Ibu Mentua Seriuslah

Hantar Anak Belajar Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerana Mahu Memenuhi Impian Ibu Mentua Seriuslah

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 503 hits
Gambar sumber dari Sinar HarianAda sesetengah lebih cenderung untuk menghantar anak mereka belajar disekolah kebangsaan biasa atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Namun demi untuk memenuhi hasrat ibu ...
Merasa Dibuang Sekolah Hingga Ibu Dihina Anak Sopir Ini Buktikan Tembus Itb Hingga Lulus Ipk 3 98

Merasa Dibuang Sekolah Hingga Ibu Dihina Anak Sopir Ini Buktikan Tembus Itb Hingga Lulus Ipk 3 98

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 252 hits
Jantung Muhammad Reza Nurrahman berdetak cukup kencang saat namanya dipanggil Dengan langkah meyakinkan ia berjalan menuju mimbar untuk menyampaikan pidato perwakilan wisudawan prodi sarjana pada Sidang Terbuka Wisuda Pertama ITB Tahun Akad...
Tak Payah Beli Belanja Anak Anak Aiskrim Homemade Oreo Ala Ala Mcd Ibu Ni Kongsikan Resipinya

Tak Payah Beli Belanja Anak Anak Aiskrim Homemade Oreo Ala Ala Mcd Ibu Ni Kongsikan Resipinya

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 237 hits
Cuti yang masih berbaki sehari lagi ini pastinya diberikan tumpuan kepada persiapan anak anak ke sekolah Sambil sediakan kelengkapan anak sajian menu usah dilupakan begitu sahaja Anak anak pastinya makin bertambah gembira bila disajikan den...
Dah Boleh Semak Kehadiran Anak Ke Sekolah Secara Online

Dah Boleh Semak Kehadiran Anak Ke Sekolah Secara Online

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 382 hits
Untuk murid murid yang selalu ponteng sekolah kantoi lah mereka lepas ni Sebabnya kenapa Sebab Kementerian Pendidikan Malaysia dah wujudkan sistem semakan kehadiran secara online Yeay Maksudnya kalau ada mak ayah yang curiga sama ada anak a...
Saya Bayar Rm30 Dulu Boleh Tak Cikgu Ibu 6 Anak Tahan Malu Minta Tangguh Bayar Yuran

Saya Bayar Rm30 Dulu Boleh Tak Cikgu Ibu 6 Anak Tahan Malu Minta Tangguh Bayar Yuran

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 585 hits
Tidak semua orang dapat merasai kehidupan yang senang Ada juga yang terpaksa hidup dalam kemiskinan disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi Bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak sekolah sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang tingg...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Islamic Studies Expert The Act Of Likening Humans To Dogs For Patronising Mcd S Is Sinful



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur

Top Commentators March 2024 Tahniah Blogger Na