Tak Perlu Risau Jodoh Tidak Kunjung Tiba Allah Tetapkan Yang Terbaik Buat Kita
Tak Risau Jodoh Tidak Kunjung Tiba! Allah Tetapkan Yang Terbaik Buat Kita! dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh. Jodoh datang tanpa diduga, baru berkenalan namun sudah ke arah sebuah perkahwinan. Ada juga yang yang sudah bertahun mengenali antara satu sama lain, putus tanpa penghujungnya.
Risau Jodoh Tidak Kunjung Tiba!
BACA: Amalkanlah Doa Ini, Setiap Kali Terasa Sedih & Terbeban Dengan Hutang!
Risau Jodoh Tidak Kunjung Tiba!
1. Tidak perkenalkan anda
Salah satu hal yang meyakinkan anda untuk menganggap bahawa si dia bukan jodoh yang tepat apabila dia tidak mengenalkan anda pada orang-orang terdekatnya. Seolah-olah dia mahu menyembunyikan hubungan tersebut dari ketahui orang. Biasanya seorang yang serius tidak akan malu untuk memperkenalkan anda kepada orang tua dan kawan-kawannya. Apabila dia mengajak anda untuk bertemu orang tuanya, maka sudah pasti ia tidak akan berani bermain-main dan mahu ke tahap yang lebih serius.
2. Meletak syarat yang mustahil
Cinta adalah berusaha menerima segala kekurangan dan mengabaikan segala keburukan. Dalam hal ini cinta sebagai pasangan ialah yang mampu menerima kekurangan dan kelebihan satu sama lain. Apalagi jika ada komitmen untuk melangkah ke peringkat yang lebih serius tentu setiap pasangan tidak akan mengenakan syarat yang sukar dipenuhi oleh pasangannya. Jika sidia berbuat demikian bermakna, dia bukanlah jodoh yang tepat.
3. Kurang komunikasi
Komunikasi merupakan perkara penting dalam sebuah hubungan. Tanpa komunikasi, maka sebuah hubungan jadi semakin hambar. Banyak yang mengatakan jika seseorang berjodoh dengan kita maka kita akan mudah untuk berkomunikasi dengannya. Sebaliknya jika anda jarang berkomunikasi, menandakan dia bukanlah pilihan yang tepat. Maka segeralah lepaskan, sebelum hubungan ke arah yang serius.
4. Tiada Rasa Percaya
Kepercayaan merupakan perkara utama dalam perhubungan. Jika tidak ada rasa saling percaya maka hubungan yang dibina akan dipenuhi rasa curiga. Jika tiada rasa percaya bagaimana hubungan akan di lanjutkan ke perkahwinan. Karena jika ia adalah jodoh yang di takdirkan kepada kita maka dalam hati keduanya akan saling percaya meskipun terpisah oleh jarak yang jauh.
5. Tidak Ada Komitmen
Hubungan yang baik akan selalu dilandasi oleh komitmen yang kuat. Baik anda ataupun si dia harus memiliki komitmen untuk bisa melanjutkan hubungan ke jenjang yang lebih serius . Banyak pasangan yang memiliki komitmen kuat namun, pada akhirnya tidak berjodoh. Nah, bagaimana yang komitmennya saja sudah tidak ada. Apakah layak disebut jodoh.
6. Jodoh Tidak Disukai Keluarga
Perkahwinan bukan hanya menyatukan anda dan bakal pasangan, namun juga menyatukan dua keluarga besar. Bermakna siapapun jodoh anda tentunya akan boleh diterima oleh pihak keluarga satu sama lain. Namun, jika keluarga anda terutama kedua orang tua anda tidak menyukai pasangan anda, maka fikirkan kembali, apakah dia jodoh terbaik untuk anda.
Sumber: Mingguan Wanita
The post Tak Perlu Risau Jodoh Tidak Kunjung Tiba! Allah Tetapkan Yang Terbaik Buat Kita! appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/tak-perlu-risau-jodoh-tidak-kunjung-tiba-allah-tetapkan-yang-terbaik-buat-kita-2/