Tiada Sebab Majlis Presiden Ph Tak Boleh Tetapkan Tarikh Peralihan Pm


BERITA

Tidak ada sebab untuk Majlis Presiden PH tidak menetapkan tarikh penyerah kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim, kata pemimpin pemuda PKR hari ini.

Menurut Najwan Halimi berkata hal yang sama pernah berlaku pada 2002.

Ketua Pemuda PKR Selangor itu menjelaskankan semasa Dr Mahathir mengumumkan keputusannya untuk berundur daripada jawatan perdana menteri dan presiden Umno pemimpin BN meminta beliau agar tidak berbuat demikian serta-merta.

Justeru, kata Najwan, pemimpin parti dalam kerajaan kira-kira 18 tahun lalu berbincang dan menetapkan tarikh untuk Mahathir berundur dan menyerahkan jawatan tersebut kepada penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi.

"Justeru, Mahathir dan Abdullah memutuskan tarikh peralihan jawatan perdana menteri adalah pada 31 Okt 2003.

"Sepanjang tempoh menanti tarikh peralihan kuasa itu, pentadbiran negara berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah dan isu besar," katanya dalam satu kenyataan.

Isu penggantian perdana menteri semakin melatari kebanyakan perkembangan politik sejak akhir-akhir ini.

Boleh bergerak ke depan

Ketika penyokong Anwar mahu presiden PKR itu dilantik pada Mei tahun ini, Mahathir pula menegaskan beliau tetap menghormati persefahaman PH dan akan melakukannya selepas persidangan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

Persidangan antarabangsa itu dijadual berlangsung Nov ini.

Beberapa pihak pula mendakwa, tanpa tarikh yang jelas untuk peralihan kuasa itu, ia membawa kepada ketidaktentuan dalam kalangan pelabur.
Najwan berkata semua pihak perlu menghormati pendirian serta komitmen Mahathir yang secara konsisten menyatakan akan berundur untuk memberikan laluan kepada Anwar.

"Sama ada peralihan kuasa ini berlaku pada Mei 2020 atau selepas Apec, apa yang mustahak ialah keperluan agar ditetapkan satu tarikh khusus bagi tujuan tersebut.

"Ini penting bagi menghentikan segala spekulasi serta desas-desus politik yang tidak sihat sehingga menganggu urusan pentadbiran kerajaan selain mewujudkan suasana ketidaktentuan dalam kalangan pelabur," katanya.

Pada masa sama, Adun Kota Anggerik itu menyatakan, Anwar sendiri berulang kali menegaskan bahawa beliau mahukan peralihan kuasa berlaku secara aman dan teratur.

"Jika pada 2002, tarikh peralihan kuasa di antara Mahathir dan Abdullah dapat diputuskan dan dilaksanakan dengan baik, maka tiada sebab untuk Majlis Presiden PH tidak dapat menetapkan hal yang sama.

"Muktamadkan segera tarikh peralihan kuasa agar semua pihak boleh terus bergerak ke depan untuk meneruskan khidmat dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat tanpa perlu membuang masa melayan spekulasi remeh dan intrigue politik yang tidak berkesudahan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/tiada-sebab-majlis-presiden-ph-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Guna Ada Majlis Presiden Kalau Atuk Masih Boleh Buat Sesuka Hati

Apa Guna Ada Majlis Presiden Kalau Atuk Masih Boleh Buat Sesuka Hati

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 282 hits
Oleh Ahmad ShahrilProjek membeli mp sudah bermula Pigs ditabur 400 juta Kitul kerala beli mp pas Kitul semburit beli mp umno Nak kata si kerala kutty tak restu rancangan backdoor govermant Org tak siuman je percaya ngan janji si kerala kutt...
Rafizi Dr Mahathir Perlu Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa

Rafizi Dr Mahathir Perlu Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 184 hits
Tarikh persaraan akan ditetapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau enggan memenuhi perjanjian peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun depan Rafizi Ramli dalam satu persidangan di Singapura berkata pemim...
Peralihan Kuasa Majlis Presiden Tidak Berfungsi

Peralihan Kuasa Majlis Presiden Tidak Berfungsi

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 175 hits
Peralihan kuasa menjadi perkara yang semakin meluas dibicarakan dalam kalangan rakyat NGO Otai Reformasi tidak terkecuali menganjurkan forum bertajuk Dr M lepas jawatan Mei 2020 malam tadi di bilik persidangan restoran Amjal Kuala Lumpur Me...
Majlis Presiden Ph Ada Kebijaksanaan Urus Soal Peralihan Kuasa

Majlis Presiden Ph Ada Kebijaksanaan Urus Soal Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 294 hits
Diterbitkan Hari ini 4 36 petangMajlis Presiden Pakatan Harapan mempunyai kebijaksanaan dalam menguruskan isu serta perkara berkaitan transisi dan peralihan kuasa perdana menteri kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail Saifuddin...
Tarikh Khusus Peralihan Kuasa Wajar Dibincang Kata Anwar

Tarikh Khusus Peralihan Kuasa Wajar Dibincang Kata Anwar

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 289 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan membincangkan soal tarikh khusus pelan peralihan kuasa Loading Walaupun mengakui proses itu sudah diputuskan Majlis Presiden PH sebelum ini Presiden PKR itu menje...
Mahathir Lupa Atau Buat2 Lupa Kah Kah Kah Majlis Presiden Teloq Kena Picit Kot

Mahathir Lupa Atau Buat2 Lupa Kah Kah Kah Majlis Presiden Teloq Kena Picit Kot

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 414 hits
Shahbudin Hussein Kandungan manifesto PH berkaitan kedudukan Perdana Menteri adalah seperti berikut Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain terutama Menteri Kewangan Meskipun ayat tersebut adalah jelas dan mudah difahami na...
Pelabur Alu Alukan Ph Bincang Tarikh Peralihan Kuasa

Pelabur Alu Alukan Ph Bincang Tarikh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 316 hits
Kekaburan tarikh peralihan kuasa antara perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang dijangka akan ditangani oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan disambut baik kalangan pelabur Pemerhati ekonomi Jameson Tan berpe...
70 Peratus Rakyat Tidak Peduli Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri

70 Peratus Rakyat Tidak Peduli Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 236 hits
Dr Afif Bahardin KUALA LUMPUR Sebanyak 70 peratus daripada rakyat di negara ini tidak memberi perhatian khusus kepada isu peralihan kuasa malah mereka tidak peduli bilakah tarikh akan berlakunya perubahan pucuk kepemimpinan negara Dapatan i...
Akmal Tarikh Peralihan Kuasa Akan Cerminkan Keutuhan Ph

Akmal Tarikh Peralihan Kuasa Akan Cerminkan Keutuhan Ph

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 202 hits
MALAYSIAKINI Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir menggesa Sekretariat Pakatan Harapan memastikan Majlis Presiden gabungan itu menetapkan tarikh pada Mei tahun ini berhubung peralihan kuasa jawatan perdana menteri Akmal berkata beliau menyambut bai...
Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Tahukah Anda Fasal Bas Dari London Ke Calcutta

Cheah Liek Hou

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Papagomo Ditahan Aibkan Agong

Tergamak Petik Al Quran Kaki Fitnah Dipanggil Pejuang Rakyat

Normani S Legs And Feet In Tights 5

Jadwal Puasa Sunnah Mei 2024

Wanita Maut Ditikam 30 Kali Di Sepanyol

Tawas Hilangkan Masalah Air Telaga Berbau