Tak Perlu Pun Majlis Apresiasi Peringkat Sekolah Ala Ala Majlis Konvokesyen Di Universiti


TAK PERLU PUN MAJLIS APRESIASI PERINGKAT SEKOLAH ALA ALA MAJLIS KONVOKESYEN DI UNIVERSITI. Jadi viral konten seorang pelakon wanita yang membidas dengan lantas isu budaya baru mengadakan majlis yang dulu masa sekolah kita sebut Hari penyampaian hadiah yang biasa di buat setiap hujug tahun untuk memberi hadiah atau anugerah pada pelajar cemerlang. Sekarang di sebut majlis apresiasi tapi di perbaharui dengan majlis konvokesyen peringkat sekolah dimana pelajar di pakai jubah akan naik kepentas menerima sijil masing masing. Dari peringkat tadika sehinggalah sekolah menengah. 
Salah ke? dak aihh.. Mana ada salah. Tak salah kalau tidak membebankan para ibu bapa.Masalah yang pelakon wanita tu lantang mengkritik apabila pihak sekolah yang nak buat majlis 'Grand' tapi yang kena bayar mak bapak bebudak tu la. Anak aku yang buat kat sekolah pun tetap kena bayar RM70 untuk sewa jubah dan lain lain. Bagi aku jumlah tu aku masih mampu bayar tapi ada orang yang tak mampu. Apatah lagi kalau jumlah bayaran tu melebihi 100 - 200 ringgit Malaysia. Sebab katanya ada sekolah yang mengadakan majlis apresiasi di hotel. Tak kalah kau.. Kalau seorang anak dah RM100 - RM200 bayangkan la yang ada 2 - 3 orang anak. Dengan lepas tu nak kena buat persediaan untuk masuk darjah/tingkatan baru lagi. Tahun ni lagi la teruk.. Semua lebih kurang serentak. Sekolah, raya bagai.
Kita kalau bercakap dari sudut poket kita yang mampu atau anak tak ramai memang la rasa perkara tu satu bebanan.. Tapi bagi golongan yang tak berkemampuan tak sama apa kita rasa. Memang tak salah pihak sekolah nak buat sambutan yang macam tu. Memang nampak meriah, Cantik dan comel anak anak dengan jubah konvo naik pentas ambil sijil. Zaman sosial media ni seronok dapat kongsi gambar atau video majlis apresiasi yang ala ala macam konvokesyen selepas tamat belajar di Universiti tu.
Tapi sejenak letak diri kita dalam golongan orang tak mampu. Aku bukan la semua benda orang buat nak kritik. Tapi ada di kalangan kawan kawan aku kat social media yang kadang kadang makan pun tak lepas. Belum gaji, lauk beras semua habis. Anak anak ramai. Bayangkan golongan ni nak bayar untuk majlis yang bagi aku kalau buat biasa biasa tanpa sewa jubah konvo atau di buat di tempat tempat mahal.. cukup sekadar buat di dewan sekolah pun dah ok. Kemeriahan.. kegembiraan pelajar yang dapat penghargaan & anugerah tu sama je. 
Sekolah anak aku semalam aku pergi untuk majlis apresiasi.. dengan bouquet, photobooth, jubah konvo semua tu adalah berbayar. bouquet yang dapat tu pun semua jajan je. Tak ada benda apa sangat pun. Ada perkara tak perlu ada pun tak apa. Tetap meriah juga. Aku tak kisah pun pihak sekolah nak buat tapi adalah lebih baik carilah penaja. Jangan pihak sekolah nak dapat nama ibu bapa di bebankan untuk bayar. Ni kejab lagi ada yang nak bandingkan dengan sekolah jenis kebangsaan konon sumbangan ibu bapa lagi banyak dari sekolah kebangsaan biasa. Sumbangan untuk tujuan menaiktaraf keperluan belajar anak anak aku tak kisah sangat. Sumbangan ni yang mampu boleh menyumbang dan tiada paksaan bagi yang tak mampu. Yang tak mampu boleh sama sama menggunakan kemudahan dan keperluan belajar hasil sumbangan ibu bapa yang mampu. Tapi bila melibatkan majlis majlis macam ni ada perkara bukan keperluan untuk buat. Semata mata untuk dapat nama dan kepuasan sesetengah pihak sahaja. Boleh jadi satu pembaziran juga la,
Ada perkara nak buat kena buat kajian terlebih dahulu. Anak anak yang bersekolah kebangsaan bantuan kerajaan ni datang dari pelbagai latarbelakang. Kalau istilah sekarang B40,M40 dan T20. B40 tu pun ada lagi pecahan. Ada B40 yang masih mampu dan ada yang tidak berkemampuan. M40 pun ada yang tak mampu juga bila banyak komitmen. T20  mungkin tak ada masalah kewangan untuk membayar aktiviti aktiviti macam tu. 
Kita nak buat sesuatu acara di sekolah ni kalau melibatkan semua murid yang dari pelbagai latarbelakang dan taraf ekonomi biarlah semua dapat merasa kegembiraan tu. Tak boleh la guna konsep.. Tak mampu tak payah sertai. Sedangkan perkara yang di buat tu sebenarnya lebih kepada kehendak bukan keperluan. Jadi rasanya dalam keadaan ekonomi sekarang.. Pihak sekolah kena ada timbangrasa sebelum merancang sesuatu majlis tu. Buat la yang dalam kadar kemampuan semua golongan. Perkara ni patut menjadi sesuatu yang mampu menjadi motivasi pada pelajar bukan buat mereka rasa kecewa atau rendah diri.
Cara sambutan mungkin berubah ikut zaman cuma jangan la sampai membebankan. Sekolah yang nak buat majlis grand grand ni kalau boleh berusahalah cari penaja untuk meringankan beban yang perlu di pikul ibu bapa. Tak salah pun nak buat kat hotel atau mana mana kalau ada sponsor. Mungkin tak sepenuhnya sekurang kurang bayaran tu dapat di kurangkan sebab sebahagian di tanggung pihak penaja.
Bila cakap isu macam ni ada segelintir guru macam tak puas hati. KIta tidak menghentam guru yer sebab aktiviti atau majlis macam ni perlu kelulusan dari pihak pihak tertentu. Idea boleh di usulkan tapi di benarkan untuk di adakan adalah bergantung pada kelulusan pihak tertentu. Pihak tertentu tu la sila guna akal sebelum membuat keputusan. Sepatutnya ada timbang tara dan perbincangan lebih terperinci sebelum meluluskan sesuatu aktiviti & majlis yang bakal di adakan oleh pihak sekolah.
Lagipun aku rasa kalau dari peringkat tadika dah melalui majlis yang seakan akan konvokesyen macam rasa tak best pulak bila sambung ke peringkat universiti memakai seragam yang sama untuk naik pentas ambil sijil. Dulu kita nak dapat moment moment tu kena belajar bersungguh sungguh supaya dapat sambung belajar seterusnya kena lulus baru la merasa sarung kostum yang sangat bermakna tu. Tapi sekarang.. Tadika pun dah merasa pakai.
Pada pendapat aku yang bukan dari golongan bijak pandai ni.. Rasa tak perlu kot majlis anugerah kecemerlangan peringkat sekolah ni di budayakan dengan jubah konvo bagai. Cukup dengan pakaian seragam sekolah. Sebenarnya dah ok pun. Yang cemerlang di beri penghargaan yang kurang cemerlang jadikan sebagai motivasi supaya boleh naik kepentas macam rakan rakan yang cemerlang.
Apapun ini sekadar pandangan seorang netizen buka dari sudut profesional. Hanya pandangan seoarang ibu yang mempunyai anak. Apapun aku tetap meraikan majlis apresiasi yang di adakan di sekolah anak aku. Anak aku salah seorang yang di sarungkan jubah konvo dan naik pentas untuk terima sijil walau sijil tamat persekolahan. Apapun walau dia tak dapat anugerah peningkatan prestasi macam tahun tahun sebelum ni.. Tapi ok la dia mencapai tahap minimun. 
Sebagai kenang kenangan di blog ni jom tengok beberapa gambar anak aku yang dah graduate darjah 6. Masa aku buka blog ni dia pun belum wujud bapak dia pun aku tak kenal lagi. Tup tup da habis darjah enam. Allah.. cepatnya masa berlalu.



Apapun semoga anak anak kita membesar dan dewasa menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Maaf andai pandangan aku ni ada yang terasa hati. Yang baik kita ambil sebagai teladan yang buruk jadikan sempadan,

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lekatlekit.com/2024/02/tak-perlu-pun-majlis-apresiasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melaka Akan Tetapkan Majlis Graduasi Apresiasi Murid Hanya Di Sekolah

Melaka Akan Tetapkan Majlis Graduasi Apresiasi Murid Hanya Di Sekolah

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 156 hits
EXCO Pendidikan Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman bersalaman dengan calon SPM di SMK Rahmat Kuala Sungai Baru hari ini NSTP AMIR MAMATALOR GAJAH Jabatan Pendidikan Melaka akan mengeluarkan garis panduan baharu...
Koleksi Teks Skrip Pengacara Majlis Untuk Pelbagai Majlis Di Sekolah

Koleksi Teks Skrip Pengacara Majlis Untuk Pelbagai Majlis Di Sekolah

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 337 hits
TEKS LAMA SEBELUM PANDEMIK Kredit kepada Group MC KGM kerana berjaya menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada guru guru yang berbakat besar dalam mengendalikan majlis Mereka telah mengumpulkan skrip skrip ucapan dan belau telah pun meminta...
Bilik Guru Di Sekolah Masih Pada Tahap Lama

Bilik Guru Di Sekolah Masih Pada Tahap Lama

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 254 hits
Antara perkara yang sepatutnya diberikan perhatian dalam usaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara ialah melakukan transformasi kepada sistem keguruan Antara paling utama ialah soal kebajikan guru Saya pernah menjadi seorang guru ...
Pergi Sekolah Buang Masa Hanya Untuk Diri Sendiri As Ad Motawh Lebih Suka Homeschooling

Pergi Sekolah Buang Masa Hanya Untuk Diri Sendiri As Ad Motawh Lebih Suka Homeschooling

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 221 hits
Penyanyi As ad Motawh mengakui timbul salah faham dengan kenyataannya sebelum ini yang didakwa pergi ke sekolah adalah perkara yang membuang masa Menurut As ad atau nama sebenarnya penuh As ad Ahmad Muhammad Motawh kenyataan yang sebenar ad...
Benarkah Ibu Bapa Lihat Sekolah Kerajaan Ibarat Dinosaur Ketinggalan Zaman Pensyarah

Benarkah Ibu Bapa Lihat Sekolah Kerajaan Ibarat Dinosaur Ketinggalan Zaman Pensyarah

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 245 hits
Inej hiasa KUALA LUMPUR Seorang pensyarah kanan pendidikan mendakwa semakin ramai ibu bapa mahu mengelak atau by pass daripada menghantar anak anak mereka ke sekolah harian biasa sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah menengah kebangsaan ...
20 Feb Dengar Kebenaran Merayu 2 Ngo Berkait Bahasa Pengantar Sekolah Vernakular

20 Feb Dengar Kebenaran Merayu 2 Ngo Berkait Bahasa Pengantar Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 159 hits
Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia memohon kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 Feb bagi mendengar permohonan dua NGO untuk kebena...
Enjoy Sambut Cny Waktu Cuti Sekolah Di Legoland Malaysia Resort Satu Famili Boleh Jadi Ninja

Enjoy Sambut Cny Waktu Cuti Sekolah Di Legoland Malaysia Resort Satu Famili Boleh Jadi Ninja

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 293 hits
Tak lama saja lagi cuti sekolah akan tiba Kebetulan pula cuti sekolah nanti akan ada sambutan Tahun Baru Cina Memang meriah Dah tentulah mama papa akan merancang percutian bersama anak anak Seronok bila lihat wajah gembira dan keterujaan an...
Ilmu Asas Berbeza Dengan Praktikal Podcaster Dakwa Sekolah Tiada Nilai

Ilmu Asas Berbeza Dengan Praktikal Podcaster Dakwa Sekolah Tiada Nilai

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 257 hits
Tular sebuah video pendek seorang podcaster yang menyifatkan ilmu yang dituntutnya semasa zaman persekolahan tidak mempunyai nilai Podcaster kongsi pengalaman peribadi Menerusi video tular podcaster lelaki berkongsi kisahnya yang tidak mamp...
Banjir 7 Sekolah Di Terengganu Tutup

Banjir 7 Sekolah Di Terengganu Tutup

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 162 hits
Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa daerah di Terengganu sekali lagi dilanda banjir KUALA TERENGGANU Tujuh sekolah di dua daerah negeri ini terpaksa ditutup akibat dinaiki air berikutan hujan lebat sejak malam tadi Pengarah Ja...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever