Enjoy Sambut Cny Waktu Cuti Sekolah Di Legoland Malaysia Resort Satu Famili Boleh Jadi Ninja
Tak lama saja lagi, cuti sekolah akan tiba. Kebetulan pula, cuti sekolah nanti akan ada sambutan Tahun Baru Cina. Memang meriah! Dah tentulah mama papa akan merancang percutian bersama anak-anak. Seronok bila lihat wajah gembira dan keterujaan anak-anak bila enjoy bercuti kan?
Bagi mama papa yang masih menyusun jadual, apa kata bawa anak-anak ke LEGOLAND Malaysia Resort kerana ada banyak keseronokan yang boleh anda nikmati seisi keluarga. Dah sedia nak tahu apa aktiviti menarik yang ada di sana?
Jom, sama-sama bergembira untuk:
Melangkah ke dunia LEGO NINJAGO & The Realm of Shadows, persembahan pentas bergaya wayang Jepun yang wajib ditonton dengan kesan pemetaan visual yang mengagumkan.
Adakah anda bersedia untuk mempelajari gerakan Ninja ultimat? Anda akan menguasai cara untuk pose, chop, seimbang, dan berputar seperti seorang Ninja!
Berjogetlah bersama The Dragon’s Heartbeat dengan persembahan drum yang epik dan tunjukkan gerakan Ninja terbaik anda di ‘Whip Around’ Dance Party yang akan memberikan anda tenaga untuk semua misi Ninja anda.
Jumpa watak-watak baru LEGO NINJAGO, Sora dan Arin bersama-sama dengan Ninja Kai, dan Master Wu! Anda juga boleh menjumpai Ollie the Dragon dalam pakaian khas Tahun Baru Cina bersama-sama dengan penampilan istimewa dari Ceng Du Opera yang terkenal dan Monkey King yang nakal dari 10 hingga 25 Februari 2024.
Tonton persembahan Tahun Baru Cina yang menggabungkan Seni Bela Diri dan Tarian Tradisional China dengan penampilan istimewa dari Ollie the Dragon!
Saksikan persembahan Tarian Singa dan Tarian Singa Tiang Tinggi tradisional, hanya pada 10 dan 11 Februari 2024.
“Pada Tahun Baru Cina ini, LEGOLAND bukan hanya tentang membina lego. Ia adalah tentang membina wira! Kami menggabungkan pengembaraan epik LEGO NINJAGO dengan tradisi Malaysia, mengajar keluarga pelajaran berharga tentang persahabatan dan percaya pada diri sendiri, semuanya sambil berseronok dengan naga, pertunjukan, dan keseronokan ninja yang epik! Ini akan menjadi Tahun Baru Cina yang mereka tidak akan lupa,” kata CS Lim, Pengarah Bahagian, LEGOLAND Malaysia Resort.
Wah, memang menakjubkan! Bukan saja dapat mencuba pelbagai tarikan di taman tema LEGOLAND Malaysia Resort, percutian juga pastinya lebih bermakna apabila kita dapat bonding time dengan anak-anak tersayang.
Tunggu apa lagi, jom jadi wira hebat di LEGOLAND Malaysia Resort! Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi di https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/ninjago/ atau laman media sosial LEGOLAND di Facebook dan Instagram.
The post Enjoy Sambut CNY Waktu Cuti Sekolah Di LEGOLAND Malaysia Resort, Satu Famili Boleh Jadi Ninja! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/enjoy-sambut-cny-waktu-cuti-sekolah-di-legoland-malaysia-resort-satu-famili-boleh-jadi-ninja/