Tak Perlu Pun Berserabut Memikirkan Manifesto Yang Gah Cukup Sekadar Kembali Ke Landasan Yang Telah Kerajaan Bn Asaskan


5 DASAR UTAMA BN YANG MENSEJAHTERAKAN RAKYAT


Ya! Kerajaan BN terdahulu bukanlah sempurna. Banyak kekurangan dan tidak terlepas melakukan kesilapan. Cuma, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa kekuatan negara sebelum ini adalah kerana dasar Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional yang mengutamakan KESEJAHTERAAN RAKYAT tanpa mengira kaum dan Agama yang menjadi resepi KESTABILAN DAN KEHARMONIAN negara

Antara dasar-dasar penting termasuklah:
1. JANA KEKAYAAN UNTUK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT
Pelbagai dasar Kerajaan BN terdahulu memfokuskan untuk menggalakkan pelaburan domestik dan luar negara melalui GLC/GLIC bagi memastikan pertumbuhan ekonomi meningkat dan kekayaan dapat dijana

Sebab itulah Bursa Saham sepanjang BN memerintah mencatatkan keuntungan tinggi yang menyaksikan syarikat-syarikat berkembang dan dividen-dividen tabung simpanan rakyat seperti Tabung Haji, ASB, KWSP, LTAT, KWAP juga tinggi

2. FOKUS PERTUMBUHAN DENGAN MEMBANGUNKAN INFRASTRUKTUR RAKYAT
Pembangunan infrastruktur rakyat sentiasa menjadi keutamaan dasar pertumbuhan ekonomi Kerajaan BN seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, ECRL, HSR, MRT1 dan MRT2 ternyata mampu menjana pertumbuhan ekonomi hingga kesan gandaannya kepada segenap sektor termasuk perusahaan kecil dan sederhana hingga mencipta banyak peluang-peluang pekerjaan baharu sekaligus menurunkan kadar pengangguran rakyat. 
Malah pengenalan Dasar Gaji Minima, telah mula menampakkan gaji purata rakyat kian meningkat manakala jurang pendapatan iaitu pekali kini semakin menurun.  

3. DASAR LUAR YANG SEIMBANG DAN PROGRESIF
Hubungan baik dengan pelbagai kuasa ekonomi dunia yang seimbang dan progresif termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, India, Arab Saudi dan Eropah telah memungkinkan pelbagai kerjasama pelaburan yang menguntungkan negara. 
Pemimpin-pemimpin besar seperti Presiden Amerika Syarikat, Presiden China, Raja Arab Saudi berkunjung ke Malaysia dan mengumumkan kerjasama ekonomi yang amat memberi impak besar kepada Negara. Contohnya, Raja Arab Saudi sendiri datang mengumumkan Projek RAPID di Pengerang RM31 bilion di samping kerjasama lain, Presiden China lawati Malaysia dan menjadi rakan perdagangan ke-4 terbesar Malaysia

Komoditi utama negara seperti minyak sawit dapat dipasarkan ke pasaran-pasaran utama. Malaysia juga dihormati antara peneraju negara serantau ASEAN dalam banyak aspek termasuk kestabilan dan demokrasi

4. DASAR PERCUKAIAN YANG PROGRESIF
Apabila GST diperkenalkan Kerajaan BN, matlamat utama antaranya untuk memastikan keadilan dalam sistem percukaian negara seiring dengan inisiatif hampir keseluruhan negara di dunia. Prinsip GST berbanding SST membolehkan orang kaya membayar GST lebih kerana lebih banyak berbelanja berbanding orang miskin. Kelompongan dalam ekonomi (Black Economy) akibat kegagalan mereka yang tidak bayar cukai di kalangan peniaga-peniaga kaya juga dapat diatasi. 
Cukai pendapatan dapat dikurangkan agar rakyat mempunyai lebih pendapatan untuk dibelanjakan (disposable income). Malah kebergantungan kepada hasil minyak Petronas dapat dikurangkan. Dasar percukaian progresif ini juga membolehkan defisit fiskal negara dikawal. BN juga memperkenalkan mekanisme mengagihkan lebihan hasil GST kepada golongan B40 melalui BR1M serta bantuan-bantuan lain dan jumpah ini lebih tinggi berbanding cukai GST yang dibayar golongan ini (Cukai pendapatan juga dikecualikan kepada rakyat bergaji RM4,000 sebulan)

   
 5. DASAR MEMBELA SEMUA KAUM TANPA MENAFIKAN SIFAT KEINDUKAN BANGSA TERAS
Model Kerajaan BN yang membela semua agama dan kaum tanpa menghilangkan sebarang sifat keindukan bangsa dan agama teras Bumiputera dan Islam ternyata menjadi asas KESTABILAN dan KEHARHOMIAN negara. 
Pembangunan ekonomi secara saksama tidak pernah menafikan hak mana-mana rakyat bahkan kekayaan dapat dinikmati hasil kestabilan yang dicapai. Ini dibuktikan dengan pengenalan klasifikasi T20, M40 dan B40 bagi mentransformasi bantuan dan agihan berdasarkan keperluan (Need Based Policy) dan tidak semata-mata berasaskan kaum. 
Asas KESTABILAN dan KEHARMONIAN inilah yang merangsang pertumbuhan dan menggalakan pelaburan domestik dan dari luar negara kerana wujudnya KONSISTENSI, KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN yang menjadi pra-syarat utama sesuatu keputusan untuk melabur atau tidak dalam sesebuah negara

MARI KITA MULAKAN DISKUSI DASAR SECARA OBJEKTIF DAN KRITIS. Sebarang pandangan dialu-alukan. Apakah saudara/i setuju dengan pandangan ini

Dr. Asyraf Wajdi DusukiPengerusi Pemuda BN merangkapKetua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
22 Februari 2021
#PemudaJurubicaraRakyat#TradisiMembelaRakyat#BNTetapDiHati#BangkitKembali
 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.suaramelayubaru.xyz/2021/02/tak-perlu-pun-berserabut-memikirkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persatuan Hotel Harap Kerajaan Kembali Benarkan Rentas Negeri Daerah

Persatuan Hotel Harap Kerajaan Kembali Benarkan Rentas Negeri Daerah

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 342 hits
BernamaPersatuan Pemilik Hotel Malaysia berharap kerajaan akan membenarkan hotel menerima tetamu untuk menginap di dalam bilik hotel dan mengadakan mesyuarat Presidennya Teo Chiang Hong berkata industri perhotelan yang kini sedang bergelut ...
Perkhidmatan Kaunter Bagi Agensi Kerajaan Di Pahang Kembali Beroperasi Mulai Khamis Ini

Perkhidmatan Kaunter Bagi Agensi Kerajaan Di Pahang Kembali Beroperasi Mulai Khamis Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 194 hits
KUANTAN Semua perkhidmatan kaunter jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutuan di Pahang dibenarkan beroperasi semula mulai Khamis selepas dihentikan sementara sejak 2 Feb lepas Pembukaan semula perkhidmatan kaunter itu dibuat empa...
Walaupun Jadi Kerajaan Pas Kata Perjudian Sedang Membarah

Walaupun Jadi Kerajaan Pas Kata Perjudian Sedang Membarah

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 181 hits
February 23 2021 PERJUDIAN merupakan salah satu masalah di dalam masyarakat yang menyebabkan institusi keluarga roboh pergaduhan di kalangan ahli masyarakat dan ada sesetengah kes yang membawa kepada kejadian bunuh diri Ianya telah memberi ...
Kerajaan Salur Bantuan Kewangan Rm500 Kepada Pemandu Bas Teksi Dan E Hailing

Kerajaan Salur Bantuan Kewangan Rm500 Kepada Pemandu Bas Teksi Dan E Hailing

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 191 hits
Bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 kepada pemandu teksi bas sekolah bas persiaran kereta sewa dan e hailing mula dibayar bermula semalam Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan di bawah Pakej Ban...
Arak Judi Dan Kerajaan Melayu Islam

Arak Judi Dan Kerajaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 258 hits
February 23 2021 Lazimnya saya tidak tulis mengenai arak dan judi Bagi saya minum arak dan main judi terpulanglah kepada individu Pandai pandailah jawab kepada Tuhan nanti Kalau mereka percaya kepada Tuhan Tetapi oleh kerana kerajaan kita s...
Kerajaan Pn Patut Umum Pakej Ransangan Tambahan Rm45 Bilion

Kerajaan Pn Patut Umum Pakej Ransangan Tambahan Rm45 Bilion

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 307 hits
Malaysia memerlukan Pakej Rangsangan Tambahan bagi memperbaiki kehidupan rakyat dan sektor perniagaan Menurut kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan negara ini perlukan pakej tambahan sebanyak RM45 bilion bagi menyelamat membina semula d...
Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah

Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 223 hits
February 22 2021 10 23 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata masalah dihadapi rakyat perlu diutamakan PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional sebagai kerajaan Covid 19 dengan berkata rakya...
Pengambilan Vaksin Covid 19 Adalah Harus Wajib Diambil Oleh Golongan Ditetapkan Kerajaan Mufti Wilayah

Pengambilan Vaksin Covid 19 Adalah Harus Wajib Diambil Oleh Golongan Ditetapkan Kerajaan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 251 hits
Bekalan Vaksin Covid 19 akan diterima oleh Malaysia tidak lama lagi iaitu pada Ahad hadapan 21 Februari 2021 Perkhabaran ini masih menimbulkan reaksi yang pelbagai daripada masyarakat terutama penganut beragama Islam yang sangat menitikbera...
Alhamdulillah Sejak Dua Menjak Pemimpin Umno Kalau Berhujah Mengalahkan Pemimpin Pas Sebelum Jadi Kerajaan

Alhamdulillah Sejak Dua Menjak Pemimpin Umno Kalau Berhujah Mengalahkan Pemimpin Pas Sebelum Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 281 hits
PAS berjaya tarbiah UMNO melalui Muafakat Nasional sepertimana PAS berjaya tarbiah DAP melalui Pakatan Rakyat Dulu Guan Eng MACAM khalifah omar sekarang dah jadi Abu jahal Ketika pemimpin umno berhujah dengan selitan peringatan ugama sejak ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Fishing As A Stress Reliever

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco