Walaupun Jadi Kerajaan Pas Kata Perjudian Sedang Membarah


 


February 23, 2021 PERJUDIAN merupakan salah satu masalah di dalam masyarakat yang menyebabkan institusi keluarga roboh, pergaduhan di kalangan ahli masyarakat dan ada sesetengah kes yang membawa kepada kejadian bunuh diri. Ianya telah memberi kesan yang sangat buruk di dalam masyarakat di mana ianya boleh membawa kepada masalah ketagihan dan kemurungan kepada individu terbabit.
Institusi kekeluargaan yang roboh menyebabkan generasi muda yang terhasil dari keluarga terbabit seolah-olah hilang nilai kemanusiaan dan pedoman di dalam kehidupan. Ianya boleh menjurus kepada keadaan yang lebih serius seperti masalah ketagihan dadah, ragut dan jenayah pembunuhan.
Masalah perjudian juga telah menyebabkan kes-kes meminjam wang dari ceti haram atau dikenali sebagai ‘Along’ semakin meningkat. Ianya tidak dapat dibendung lagi lebih-lebih lagi kepada individu yang menghidapi masalah ketagihan untuk berjudi.
Persatuan Psikiatri Amerika Syarikat telah memberi definisi ‘Perjudian Patologikal’ sebagai suatu kecelaruan kawalan impulsif di mana individu terbabit mempunyai ciri-ciri ketagihan untuk berjudi secara berterusan dan berulang.
Dalam suatu artikel di dalam akhbar The Star pada 21 Februari 2021, ruang ‘StarFocus’, pada muka surat 11 yang bertajuk ‘A Shot in the foot’, ditulis oleh Datuk Seri Wong Chun Wai, penulis seolah-olah menggambarkan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) beranggapan bahawa dunia yang sentiasa digambarkan oleh PAS ialah dunia yang sangat baik (‘ideal’), iaitu bebas dari sebarang noda dan dosa (‘In PAS’ Utopian world, vices don’t exist’).
Penulis juga cuba menonjolkan suatu keadaan di mana sektor perjudian berlesen di Malaysia tidak wajar disekat kerana ianya akan memberi peluang kepada sindiket perjudian yang tidak berlesen atau haram untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda.
Kerajaan mengutip cukai dari syarikat-syarikat yang mempunyai lesen sah perjudian dan beberapa peluang pekerjaan berjaya diwujudkan di dalam industri tersebut. Walau bagaimanapun, kelebihan yang dinikmati tersebut tidak mampu untuk mengatasi masalah-masalah kronik hasil dari aktiviti perjudian yang menyebabkan bebanan dan kecelaruan yang timbul di dalam masyarakat.
Perlu dinyatakan di sini bahawa PAS sentiasa membawa dasar dan polisi yang dibawa oleh Islam di mana ianya menjaga kepentingan seluruh manusia sama ada mereka yang menurut ajaran Islam atau tidak. Islam melihat perspektif di dalam menjaga hal kekeluargaan, keturunan dan hubungan di dalam masyarakat.
Isu perjudian tidak akan sama sekali dapat diatasi melalui pemberian lesen secara berterusan kepada syarikat-syarikat yang layak. Rakyat Malaysia sentiasa memegang prinsip Rukun Negara bagi menjaga keharmonian dan hubungan yang baik di kalangan penduduk di Malaysia. Ini jelas seperti yang disebut di dalam prinsip ke-5 Rukun Negara iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’.
Kami mempunyai kepercayaan yang penuh kepada penggubal dasar, penggubal undang-undang negara dan agensi kawal selia negara untuk membendung masalah sindiket perjudian haram melalui undang-undang di dalam negara seperti ‘Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA)’ dan Akta Pencegahan Jenayah, 1959 (POCA). Ini telah dibuktikan di dalam beberapa kes tertentu yang telah disabitkan sebelum ini di mahkamah.
Walau bagaimanapun, setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan yang sangat besar bagi mengatasi masalah perjudian di dalam negara. Ianya perlu melibatkan suatu usaha secara kolektif agar masalah tersebut dapat dibendung sebelum ianya menjadi lebih serius. Kami sangat mengalu-alukan pandangan dan maklumat yang ingin dikongsikan oleh Datuk Seri Wong Chun Wai berkaitan masalah tersebut.
Kami bersedia untuk mendengar!
Yang benar,
RIZAL HAFIZ RUSLAN
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/walaupun-jadi-kerajaan-pas-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebenaran Buka Semula Pusat Judi Pas Terlibat Bersubahat Dengan Keputusan Kerajaan Pn

Kebenaran Buka Semula Pusat Judi Pas Terlibat Bersubahat Dengan Keputusan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 277 hits
February 18 2021 Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Mahfuz Omar menyindir peranan Pas sebagai parti Islam di dalam gabungan Perikatan Nasional susulan kebenaran pengoperasian semula pusat perjudian dan agensi nombor ramalan dalam negara Inilah...
Mokhtar Senik Kata Jangan Benarkan Orang Luar Yang Mengatur Pas

Mokhtar Senik Kata Jangan Benarkan Orang Luar Yang Mengatur Pas

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 203 hits
Pas masih ada mak ayah iaitu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kata Ahli Jawatankuasa kerja Pas Pusat Mokhtar Senik Beliau berkata Pas boleh dikritik dan ditegur tetapi jangan sampai...
Alhamdulillah Sejak Dua Menjak Pemimpin Umno Kalau Berhujah Mengalahkan Pemimpin Pas Sebelum Jadi Kerajaan

Alhamdulillah Sejak Dua Menjak Pemimpin Umno Kalau Berhujah Mengalahkan Pemimpin Pas Sebelum Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 291 hits
PAS berjaya tarbiah UMNO melalui Muafakat Nasional sepertimana PAS berjaya tarbiah DAP melalui Pakatan Rakyat Dulu Guan Eng MACAM khalifah omar sekarang dah jadi Abu jahal Ketika pemimpin umno berhujah dengan selitan peringatan ugama sejak ...
Gerakan Kelantan Tuntut Kerusi Pas Gerakan Pusat Kata Belum Masanya

Gerakan Kelantan Tuntut Kerusi Pas Gerakan Pusat Kata Belum Masanya

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 218 hits
Parti Gerakan menegur kenyataan pemimpinnya di Kelantan yang meminta PAS menyerahkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Setiausaha Agungnya Mah Kah Keong berkata kenyataan yang dikeluarkan pemban...
Apa Beza Ruu355 Semasa Pas Jadi Pembangkang Dan Kerajaan

Apa Beza Ruu355 Semasa Pas Jadi Pembangkang Dan Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 235 hits
MOHD ALI HASHIMApabila Timblan Presiden Pas menyatakan bahawa bukan mudah untuk membawa Rang Undang Undang 355 kerana perlu melalui Raja Raja serta pelbagai halangan dan kekangan Perlembagaan menjadi satu persoalan kepada umum apakah ianya ...
Sempena Setahun Kejatuhan Kerajaan Ph Pas Amanah Berbalas Pantun

Sempena Setahun Kejatuhan Kerajaan Ph Pas Amanah Berbalas Pantun

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 246 hits
MALAYSIA DATELINESempena sambutan satu tahun kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semalam pemimpin Pas berbalas balas pantun dengan pemimpin AMANAH parti yang berasal dari Pas Ia bermula apabila Naib Presiden Pas Ustaz Idris Ahmad memberikan ...
Kerajaan Akan Sediakan Platform E Dagang Untuk Oku Kata Rina Harun

Kerajaan Akan Sediakan Platform E Dagang Untuk Oku Kata Rina Harun

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 398 hits
Platform itu yang bakal dibangunkan kementerian itu bertujuan menyediakan platform alternatif untuk golongan OKU bagi menjana pendapatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun Gambar Bernama Golongan orang kurang upay...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi