Kerajaan Pn Patut Umum Pakej Ransangan Tambahan Rm45 Bilion



Malaysia memerlukan Pakej Rangsangan Tambahan bagi memperbaiki kehidupan rakyat dan sektor perniagaan.
Menurut kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), negara ini perlukan pakej tambahan sebanyak RM45 bilion bagi menyelamat, membina semula dan mereformasikan ekonomi sewaktu pandemik Covid 19.
“Rakyat mesti dibantu dengan pakej rangsangan tambahan sebanyak RM45 bilion, iaitu tambahan kepada RM15 bilion yang diumum awal tahun ini. Kami masih menunggu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengotakan janji bantuan kebajikan bulanan RM1,000 yang perlu dipanjangkan kepada golongan yang menganggur.
“Secara dasar, cara terbaik untuk menyelamatkan ekonomi ialah dengan membendung pandemik. Kerajaan Perikatan perlu segera tingkatkan perbelanjaan untuk ujian Covid-19, rawatan dan pengesanan kontak, serta pelaksanaan pemberian vaksin. Kita masih melaksanakan di antara 50,000 ke 70,000 ujian sehari, dengan kadar positif sekitar 6%. Jumlah ujian saringan perlu ditingkatkan lima kali ganda jika kita benar-benar mahu membendung pandemik ini.
“Untuk mengendalikan ujian sebanyak itu dalam tiga bulan akan menelan belanja dalam RM2 bilion. Jumlahnya kecil jika dibandingkan dengan pakej rangsangan ekonomi terkini, tetapi mampu meninggalkan kesan yang lebih mendalam.
“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, jumlah kluster berkait tempat kerja telah meningkat. Banyak syarikat termasuk sektor pengilangan teragak-agak untuk melakukan ujian saringan kerana kos yang membebankan. Kerajaan wajar menyediakan subsidi sebahagian dari kos ujian untuk syarikat-syarikat secara tetap terutama bagi yang menggunakan pekerja asing dan tinggal di hostel beramai-ramai.
“Kos kepada kerajaan untuk subsidi ujian-ujian saringan ini sebenarnya lebih rendah berbanding kos kepada ekonomi yang ditanggung syarikat-syarikat, terutama PKS sewaktu PKP 2.0,” kata kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mesyuarat Majlis Presiden PH, petang tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri pemimpin kanan DAP serta Amanah itu juga membincangkan mengenai kemuraman ekonomi yang dihadapi negara.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar tahun lalu menguncup 5.6%, iaitu lebih teruk dari anggaran 4.5% di dalam Belanjawan 2021 Kerajaan.
Kadar pengangguran meningkat ke 4.5% – jumlah paling buruk sejak 1993 – dan 4.8% pada Disember, walaupun terdapat peningkatan aktiviti perniagaan pada hujung tahun. Kesan angka-angka ekonomi yang teruk itu paling dirasai golongan B40, termasuk dari kalangan M40 yang telah jatuh ke dalam kategori B40.
Majlis Presiden juga melahirkan kebimbangan ke atas industri pelancongan yang dianggarkan kehilangan pendapatan RM100 bilion pada 2020, dan keadaan masih sangat buruk di mana banyak pengusaha hotel dan pengendali pelancong terpaksa tutup kedai. Pelbagai sektor lain dari pembinaan ke peruncitan juga turut terjejas.
Sebagai jalan keluar, mereka menyeru agar kerajaan meneruskan program subsidi upah bagi membantu majikan yang terjejas.
“Program subsidi upah amat penting untuk majikan, kerana program ini membantu mereka mengekalkan jumlah pekerja, manakala subsidi bagi mengupah pekerja baharu perlu dinaikkan terutama bagi golongan muda yang merupakan antara kumpulan paling terkesan dalam krisis ini.
“Daripada menghentikan Program Subsidi Upah (PSU) seperti yang diisyaratkan PERKESO beberapa minggu lalu, Kerajaan perlu tingkatkan PSU sewaktu dan selepas PKP 2.0, untuk memberi bantuan yang amat diperlukan syarikat-syarikat terutama PKS.
“Syarikat-syarikat yang telah beroperasi di bawah keadaan PKP selama setahun rata-rata telah kehabisan simpanan. Kita bakal berdepan gelombang kemuflisan dalam bulan-bulan yang akan datang jika sokongan yang diperlukan tidak diberi.
“Setidak-tidaknya moratorium pinjaman bank perlu dipanjangkan secara automatik dan tanpa syarat, mengurangkan beban kos tetap seperti sewaan dan bayaran utiliti dengan pemberian subsidi, pinjaman kredit dan geran.
“Kelangsungan syarikat-syarikat dan ekonomi negara kita bergantung kepada bantuan-bantuan seperti ini,” kata kenyataan itu lagi.
Selain itu, PH juga melahirkan keprihatinan mengenai nasib yang bakal menimpa satu generasi anak muda Malaysia yang akan mengalami pengurangan pendapatan dan ketidaktentuan ekonomi akibat gangguan terhadap proses pembelajaran mereka pada waktu pandemik.
Menurut PH, pelancaran DidikTV masih belum mencukupi dan tidak mampu menggantikan pembelajaran secara bersemuka di sekolah.
“Namun yang lebih mengejutkan ialah pengumuman bahawa sekolah-sekolah akan mula dibuka bermula 1 Mac, yang memberi tekanan kepada ibu bapa untuk menyiapkan perkakas sekolah, dan membuat mereka yang telah membeli komputer riba dan tablet tertanya-tanya ‘apakah boleh menggunakan duit yang telah dibelanjakan itu ke arah perkara-perkara lain’.
“Dasar membuat pengumuman tergempar seperti ini wajib dihentikan, dan kerajaan perlu menyatakan perancangan untuk menyelamatkan anak-anak ini yang disebut sebagai ‘generasi yang hilang’,” kata mereka.
Majlis Presiden juga mengulangi kecaman terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang mengalih tanggungjawab kegagalan membendung pandemik Covid-19 dengan mendapatkan perisytiharan Darurat dan menggantung Parlimen.
“Satu-satunya kerajaan lain di dunia yang melakukan perkara sama ialah Myanmar, yang jelas fokusnya bukan mengalahkan Covid-19 tetapi rampasan kuasa oleh kelompok tentera yang mahu kekal berkuasa dan menjatuhkan mandat rakyat.
“Kerajaan Malaysia tidak banyak bezanya, terutama selepas kehilangan majoriti di Parlimen. Jika kerajaan (darurat) sedia ada gagal menyelamat, membina semula dan mereformasikan ekonomi, demokrasi berparlimen perlu dikembalikan bagi membolehkan sebuah kerajaan yang mempunyai keabsahan untuk melaksanakan reformasi yang diperlukan,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31557

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bina Semula Reformasikan Ekonomi Negara Perlu Pakej Ransangan Tambahan Rm45 B

Bina Semula Reformasikan Ekonomi Negara Perlu Pakej Ransangan Tambahan Rm45 B

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 220 hits
POSTED BY AMIR WRLRMalaysia memerlukan Pakej Rangsangan Tambahan bagi memperbaiki kehidupan rakyat dan sektor perniagaan Menurut kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan negara ini perlukan pakej tambahan sebanyak RM45 bilion bagi menyelam...
Umum Sekolah Dibuka Kerana Kerajaan Gagal Laksana Pdpr

Umum Sekolah Dibuka Kerana Kerajaan Gagal Laksana Pdpr

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 364 hits
Peranti tidak cukup liputan internet tidak meluas antara faktor utama PdPR tidak dapat berjalan dengan baik menyebabkan ada pelajar tidak dapat mengikuti PdPR February 20 2021 Pengumuman Menteri Pelajaran untuk membuka kelas persekolahan be...
Skandal 1mdb Ambank Setuju Bayar Rm2 83 Bilion Pada Kerajaan

Skandal 1mdb Ambank Setuju Bayar Rm2 83 Bilion Pada Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 277 hits
Malaysiakini AMMB Holdings Berhad setuju untuk membayar RM2 83 bilion bagi menyelesaikan semua tindakan dan tuntutan tertunggak berkaitan penglibatan AmBank dengan 1MDB Perkara itu dinyatakan Kementerian Kewangan dalam kenyataan petang tadi...
Terima Kasih Kerajaan Buka Keseluruhan Sektor Perniagaan Peruncitan

Terima Kasih Kerajaan Buka Keseluruhan Sektor Perniagaan Peruncitan

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 310 hits
Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuka baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bagi memastikan kelangsungan ekonomi khususnya kepada para peniaga kecil Sektor sektor tersebut adalah o Kedai pakaian fesyen dan aksesorio Kedai Kasuto K...
Penceroboh Tanah Kerajaan Di Bera Halang Pihak Berkuasa Bersihkan Kawasan Mereka

Penceroboh Tanah Kerajaan Di Bera Halang Pihak Berkuasa Bersihkan Kawasan Mereka

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 233 hits
BERA Kekecohan berlaku apabila usaha membersihkan tapak di Lot PSK Kampung Paya Lang Triang untuk dijadikan kawasan industri diganggu oleh mereka yang mengusahakan tanaman sawit di atas tanah milik kerajaan tersebut Kerja pembersihan oleh p...
Kenaikan Harga Minyak Kerajaan Tetapkan Harga Siling Ron95 Rm2 05 Seliter

Kenaikan Harga Minyak Kerajaan Tetapkan Harga Siling Ron95 Rm2 05 Seliter

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 219 hits
Kerajaan hari ini mengumumkan penetapan had harga siling bagi petrol RON95 dan diesel masing masing sebanyak RM2 05 dan RM2 15 seliter Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata langkah ini bagi melindungi pengguna daripada kesan ke...
Raja Kamehameha Raja Kerajaan Hawaii Yang Agung

Raja Kamehameha Raja Kerajaan Hawaii Yang Agung

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 225 hits
Kalau ditanyakan apa maksud kamehameha kepada kebanyakan orang kita kebanyakan kita akan terbayangkan satu jurus kuasa dari sebuah anime Jepun yang terkenal iaitu Dragon Ball Bayangan watak Master Roshi pembuat jurus tersebut dalam anime in...
Harga Komputer Riba Tablet Naik 25 Kerajaan Buat Apa

Harga Komputer Riba Tablet Naik 25 Kerajaan Buat Apa

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 235 hits
Apabila permintaan mengatasi penawaran harga akan meningkat dan apabila penawaran melebihi permintaan harga akan jatuh Itu adalah asas hukum pasaran bebas Tetapi apabila yang berkuasa membiarkan ianya berleluasa maka ada yang akan memijak k...
Perkhidmatan Kaunter Bagi Agensi Kerajaan Di Pahang Kembali Beroperasi Mulai Khamis Ini

Perkhidmatan Kaunter Bagi Agensi Kerajaan Di Pahang Kembali Beroperasi Mulai Khamis Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 193 hits
KUANTAN Semua perkhidmatan kaunter jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutuan di Pahang dibenarkan beroperasi semula mulai Khamis selepas dihentikan sementara sejak 2 Feb lepas Pembukaan semula perkhidmatan kaunter itu dibuat empa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan