Tak Perlu Interim Anwar Calon Pm Terbaik


 


Tak perlu Interim, Anwar calon PM terbaik. Tiada keperluan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mana-mana dalam kalangan 220 ahli Parlimen bagi menggalas jawatan Perdana Menteri interim sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang dalam masa terdekat.

Sebaliknya, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin berkeyakinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu meraih sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen untuk diangkat sebagai Perdana Menteri baharu, bila sampai waktunya.
Jelas beliau, penubuhan kerajaan interim sebenarnya tiada dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan dengan perkara itu hanya boleh terlaksana setelah Parlimen terbubar.

“Bagi saya, semua pihak kena ikut Perlembagaan Persekutuan dan serahkan kepada 220 ahli-ahli Parlimen bagi memutuskan siapa calon layak menjadi Perdana Menteri sekiranya Muhyiddin letak jawatan kelak.

“Dengan Anwar kini menerima sokongan terbanyak rakyat menerusi beberapa kaji selidik dibuat media tempatan, saya secara peribadi yakin Presiden PKR itu turut mampu meraih keyakinan majoriti ahli Parlimen untuk diangkat sebagai Perdana Menteri baharu.
“Tidak perlu buat kerajaan interim kerana perkara itu tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan…Hanya ada ‘kerajaan sementara’ selepas Parlimen dibubar…kena ikut Perlembagaan Persekutuan, jangan ikut tafsiran sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hasil keputusan mesyuarat MKT pada Rabu malam memutuskan untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN serta-merta.

Selepas hampir lima jam bermesyuarat, Ahmad Zahid menegaskan ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Mesyuarat MKT itu turut memutuskan UMNO tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, Ahmad Zahid turut mencadangkan seorang Perdana Menteri interim dilantik bagi menguruskan kerajaan bagi tempoh sementara, sehingga krisis Covid-19 berjaya ditangani dan negara mencapai immuniti berkelompok.

Mengulas mengenai kedudukan kerajaan PN ketika ini, Tze Tzin secara teori berpandangan kerajaan dipimpin Muhyiddin sudah dianggap runtuh susulan hanya mempunyai baki 74 daripada keseluruhan 112 kerusi Parlimen, setelah 38 kerusi ahli Parlimen UMNO dianggap dikosong susulan keputusan terkini parti berkenaan.

Atas pertimbangan itu, Ahli Parlimen Bayan Baru itu mencadangkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu meletakkan jawatan Perdana Menteri secara bermaruah dan tidak menunggu usul undi tidak percaya kepimpinan beliau dalam sidang Parlimen untuk ‘dimalukan’.

“Soal sama ada ahli Parlimen UMNO akan ingkar keputusan parti atau tidak, itu masalah dalaman parti berkenaan. Namun, secara teori, Muhyiddin kena letak jawatan sebab pada mata umum, beliau sudah hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.

“Saya fikir perkembangan beberapa hari akan datang akan lebih menarik. Kalau masa bersesuaian, PKR dan Pakatan Harapan (PH) bersedia untuk berunding dengan UMNO demi menyelamatkan negara,” katanya.

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/tak-perlu-interim-anwar-calon-pm-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Calon Pm Dipilih Warganet Anak Muridnya Pasti Teruja

Anwar Calon Pm Dipilih Warganet Anak Muridnya Pasti Teruja

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 323 hits
agendadaily comPresiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi senada dengan cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim Tinjauan kaji selidik Sinar Harian mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai calon teratas sebagai Perdana Menteri Ke 9 ia p...
Netizen Pilih Anwar Calon Pm Malaysia

Netizen Pilih Anwar Calon Pm Malaysia

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 421 hits
Di tengah tengah kemerosotan populariti Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin menguruskan pandemik Covid 19 Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih oleh netizen sebagai calon paling sesuai untuk...
Nak Calon Pm Selain Anwar Kena Buat Mesyuarat Baharu Kata Dap

Nak Calon Pm Selain Anwar Kena Buat Mesyuarat Baharu Kata Dap

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 290 hits
agendadaily com6 7 21Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sekiranya mahu memilih calon Perdana Menteri selain nama Datuk Seri Anwar Ibrahim blok pembangkang perlu mengadakan mesyuarat baharu untuk menukar keputusan tersebut kata Setiausaha Agu...
Calon Pm Jajaran Baharu Mesti Umno Nama Anwar Tak Dibincang Mt

Calon Pm Jajaran Baharu Mesti Umno Nama Anwar Tak Dibincang Mt

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 266 hits
agendadaily com9 7 2021Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disebut sebagai calon PM dalam jajaran baharu sekiranya berjaya dibentuk Spekulasi mendakwa UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak dibincang dal...
Intip Pelatihan Calon Polisi Di India

Intip Pelatihan Calon Polisi Di India

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 324 hits
Intip Pelatihan Calon Polisi di India Kepolisian India menggelar pelatihan bagi para calon pria dan wanita di Amritsar yang ingin bergabung menjadi anggota kepolisian di negara bagian Punjab India
Ingin Punya Rumah Dekat Pantai Ini Calon Rumah Baru Nagita Dan Raffi Ahmad

Ingin Punya Rumah Dekat Pantai Ini Calon Rumah Baru Nagita Dan Raffi Ahmad

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 269 hits
Raffi Ahmad dan Nagita Slavina dikenal sebagai pasangan artis yang dikenal tajir Tak cuma sukses berkarier di dunia artis keduanya pun memiliki sejumlah usaha Nagita Slavina mengungkapkan jika dia ingin memiliki rumah dekat pantai Keduanya ...
Tajuddin Sahkan Kumpulan Penentang Mungkin Tidak Jadi Calon Pru

Tajuddin Sahkan Kumpulan Penentang Mungkin Tidak Jadi Calon Pru

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 238 hits
agendadaily comPengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Kumpulan penentang yang dilihat tidak sehaluan dengan Presiden bakal berdepan laluan sukar untuk dicalonkan pada pilihan raya umum depan ia disahkan Pengarah Pilihan...
Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Rafizi Rajuk Naratif Dicipta Lawan

Awie Riez Luka Chord

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Empat Tahun Selepas Angkara Keji Finalis Masterchef Dihukum Penjara 34 Tahun

Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025

Revealed The Hyper Exclusive Mv Agusta Superveloce 1000 Ago


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jet Hawk Fly Dari Ktu Kepala Batas Ke Base Tudm

Bahrain Kuwait Prepare For Possible Iran Conflict Spread

Umdap A Figment Of Opposition S Imagination Says Umno S Asyraf

Japan S Shinmoedake Volcano Erupts Alert Level Remains At Two

Fih Hockey Nations Cup 2025

4 Hari Guna Servis E Hailing Pengalaman Biasa Terbaik Dan Terburuk