Tak Perlu Banyak Cari Beberapa Jenis Toys Ni Untuk Anak Rangsang Perkembangan Dia


Dalam tempoh tumbesarannya, bayi tidak memerlukan terlalu banyak mainan. Ibu ayah seharusnya mencari mainan yang dapat merangsang skil serta deria mereka. Bayi sukakan aktiviti yang memerlukan mereka menggenggam, melempar, mengetuk atau memasukkan sesuatu ke dalam bekas.
Sumber foto: www.freepik.com  
1. MAINAN WARNA HITAM PUTIH Tahap penglihatan bayi baru lahir terhad iaitu kurang 6 inci dari mukanya. Jadi adalah penting menyediakan permainan yang mempunyai warna kontras iaitu hitam dan putih sebagai permulaan permainan buat si kecil. Warna sebegini mampu merangsang penglihatannya.
Tetapi setelah bayi berusia dua bulan, kemahiran penglihatannya telah berkembang. Jarak penglihatan bayi anda bertambah dan mulai boleh melihat pelbagai warna. Jadi anda boleh mulai membeli permainan yang mempunyai warna terang misalnya merah, biru dan kuning.
Baca Juga:
“Jadi Ibu Lebih Banyak Menangis Dari Ketawa.” Ramai ‘Relate’ Tengok Video Nourul Dalam Kereta
Air Mata Jadi Bukti. Rindu Arwah Ayah, Diam-Diam Adik Ni Menangis Tengok Video Lama
“Siapa Tahu Apa Dadija Cuba Sampaikan?”. Video Anak Tomok Membebel Buat Ramai Terhibur. Kecoh!
2. MAINAN DIPERBUAT DARIPADA KAIN / PERMAINAN LEMBUT Bayi masih kecil. Kulit amat sensitif. Dia memerlukan permainan kain lembut yang tidak mencederakan kulitnya. Biasannya permainan ini merangkumi buku jenis kain dan anak patung kain. Pastikan juga buku itu mempunyai imej yang tidak terlalu banyak dan tidak mudah terkoyak.
 
Lebih menarik buku ini boleh mengeluarkan bunyi muzik yang menenangkan si manja. Bunyi-bunyian ini akan dapat merangsang deria pendengarannya dan perkembangan bahasa anak jika anda menceritakan isi kandungan buku itu. Busy book juga pilihan mainan yang baik untuknya.
3.MAINAN YANG MEMERLUKAN PERGERAKAN FIZIKAL Anda juga perlu tahu bahawa bayi yang masih kecil belum mengalami perkembangan deria genggam dengan baik (kemahiran fizikal). Jadi anda boleh memperkenalkan permainan yang merangsang perkembangan fizikalnya.
Sumber foto: www.freepik.com Perkenalkan permainan yang lembut supaya ketika bayi meniarap dia akan menggerakkan badan, tangan dan kakinya untuk mencapai permainan yang diletakkan di hadapannya. Gerakan ini mampu merangsang mindanya untuk aktif dan cergas.
4. BABY GYM DAN BABY MOBILE Baby mobile berwarna-warni dan mengeluarkan bunyi-bunyian mampu menarik perhatian si kecil. Mainan ini boleh merangsang fungsi penglihatan dan pendengaran si manja. Baby gym boleh membantu anak mengembangkan koordinasi gerakan tangan dan mata. Permainan yang boleh dipegang dan diramas berbentuk boneka atau bola yang diperbuat dari bahan yang lembut.
 
BAYI HINGGA 2 TAHUN AKAN BERMAIN APA SAHAJA BENDA YANG BOLEH DICAPAINYA. CARA MEREKA BERMAIN ADALAH MELALUI SENTUHAN, BUNYI, BAU DAN RASA. MEREKA CUBA MENOLAK MENARIK DAN MENGHEMPAS ATAU MEMUKULNYA. MEREKA JUGA SENGAJA MENJATUHKAN ALAT PERMAINAN DAN KEMUDIAN CUBA MENGAMBILNYA DENGAN PELBAGAI CARA.
5. BLOK WARNA-WARNI Permainan blok ini melibatkan bayi menyusun kepingan-kepingan atau bongkah-bongkah yang dipisahkan. Permainan ini juga mengasyikkan dan dapat meningkatkan kreativiti kerana blok ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran.
Sumber foto: www.freepik.com  
Permainan blok ini sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus, melembutkan jari dan keupayaan kognitif yang amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan ini tidak berjaya dicantumkan, anak kecil ini akan cuba lagi untuk membuatnya berulang kali.
6. PATUNG PUPET Ia permainan yang amat menyeronokkan. Anda boleh gunakan patung pupet untuk berbual dengan mereka.  Boleh guna patung pupet yang boleh dimasukkan tangan di dalamnya. Si manja tentu seronok!
7. MAINAN JENIS DISUSUN / STACKABLE Mainan ini menggalakkan bayi untuk menggunakan pemikiran untuk menyusun objek mengikut saiz dan urutan. Apa pun pilih material yang selamat dan tiada bucu tajam.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Tak Perlu Banyak. Cari Beberapa Jenis Toys Ni Untuk Anak, Rangsang Perkembangan Dia! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-banyak-cari-beberapa-jenis-toys-ni-untuk-anak-rangsang-perkembangan-dia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Faham Perkembangan Jenis Gigi Anak Baru Boleh Pastikan Gigi Tumbuh Sihat

Kena Faham Perkembangan Jenis Gigi Anak Baru Boleh Pastikan Gigi Tumbuh Sihat

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 167 hits
Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa Untuk lebih lanjut berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda Jenis gigi anak Terdapat empat jenis gigi utama Setiap satunya adalah uni...
Bila Anak Bujang Tinggi Dari Abah Jenuh Cari Saiz Kasut 47 Tinggi 182cm Anak Sulung Aliff Syukri Curi Tumpuan

Bila Anak Bujang Tinggi Dari Abah Jenuh Cari Saiz Kasut 47 Tinggi 182cm Anak Sulung Aliff Syukri Curi Tumpuan

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 152 hits
Usahawan terkenal Datin Shahida berkongsi beberapa keping gambar dan video di laman Instagramnya di mana mereka sekeluarga sedang melancong di Seoul dan Kepulauan Jeju Korea selama 6 hari sempena meraikan pekerja pekerja mereka Namun bebera...
Ibu Ayah Perlu Tahu 3 Jenis Learning Style Ini Barulah Anak Belajar Cepat Faham

Ibu Ayah Perlu Tahu 3 Jenis Learning Style Ini Barulah Anak Belajar Cepat Faham

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 437 hits
Mak ayah kena tahu 3 jenis learning style ni Setiap anak cara belajarnya tak sama Salah cara ajarnya risau boleh makin tercicir anak nanti 1 Visual Paling ramai jenis visual Lebih kurang 65 peratus kanak kanak dalam kategori ni Selalu nampa...
Jalan Jalan Cari Ikan Di Pendas Jenis Jenis Ikan Mayong

Jalan Jalan Cari Ikan Di Pendas Jenis Jenis Ikan Mayong

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 556 hits
Assalamualaikum WBT CERITA dua minggu lepas jugak ni Pak Inche hantar kereta ke Pusat Servis Toyota di Medini Katanya ada bunyi duk duk gitu setiap kali melalui bumper Sk menyusul Pak Inche dan jemput dia di pusat servis kemudian kami bersa...
Banyak Habuk Lekat Pada Langsir Patut Anak Tak Sihat Ini Cara Betul Nak Bersihkan

Banyak Habuk Lekat Pada Langsir Patut Anak Tak Sihat Ini Cara Betul Nak Bersihkan

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 197 hits
Biarpun langsir bersaiz besar dan mungkin agak tebal ia tetap boleh dicuci menggunakan mesin basuh Jika dibiarkan lama tergantung tanpa dibersihkan tidak elok juga untuk kesihatan Ia akan mengumpul debu hama yang boleh menyebabkan masalah p...
Penampakan Makam Prabu Kian Santang Putra Prabu Siliwangi Lewati Banyak Anak Tangga

Penampakan Makam Prabu Kian Santang Putra Prabu Siliwangi Lewati Banyak Anak Tangga

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 389 hits
Kisah Prabu Kian Santang sangat populer bagi masyarakat Jawa Barat Kian Santang merupakan putra dari Prabu Siliwangi penguasa di Kerajaan Pajajaran Makam Kian Santang berada di Dusun Lebak Agung Kecamatan Karangpawitan Kabupaten Garut dan m...
Masih Cari Nama Sesuai Bakal Timang Anak Ke 6 Jamal Abdillah Minta Peminat Cadang Nama Bayi

Masih Cari Nama Sesuai Bakal Timang Anak Ke 6 Jamal Abdillah Minta Peminat Cadang Nama Bayi

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 211 hits
Pemilihan nama anak anak legenda pop negara Datuk Jamal Abdillah sememangnya diketahui sedap sedap belaka malah diambil dari beberapa nama watak dalam filem lakonannya seperti Azura dan sebagainya Namun begitu buat anak perempuan dan anak k...
Suka Baca Buku Anak Jadi Pandai Banyak Boleh Belajar Memang Bagus

Suka Baca Buku Anak Jadi Pandai Banyak Boleh Belajar Memang Bagus

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 262 hits
Bila anak selalu membaca buku cerita ia dapat merangsang pemikiran mereka Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca menulis dan mengira Anak yang selalu didedahkan dengan buku cerita atau ibu ayahnya suka bercerita didapat...
Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives