Tak Perlu Banding Tapi Perlu Bimbang Kalau Anak 1 3 Tahun Masih Belum Capai Perkembangan Ini


Menyaksikan tumbesaran anak setiap hari pastinya sesuatu yang mengujakan mana-mana ibu bapa. Tetapi tahukah anda, sebenarnya terdapat beberapa aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak yang perlu diperhatikan.
Baca: Stok Sayur Tahan Lama, Lapik & Balut Guna Tisu Sebelum Simpan. Confirm Segar!
Sebelum persoalan itu terjawab, setiap ibu bapa perlu memahami kepentingan untuk menilai pertumbuhan anak yang berusia 12 hingga 36 bulan bagi memastikan tiada masalah dalam perkembangan mereka.

Semasa peringkat ini, disarankan agar anak dibawa berjumpa dengan pakar pediatrik sekurang-kurangnya setahun sekali bagi melakukan pemeriksaan berkala dan mengikuti tahap imunisasi mereka.
Dalam peringkat perkembangan kanak-kanak, pertumbuhan fizikal cenderung perlahan tetapi kemahiran kognitif, bahasa dan motorik akan meningkat dengan pesat.
Persekitaran yang memberangsangkan sangat membantu dalam menggalakkan proses tumbesaran anak.
Interaksi positif daripada individu di sekelilingnya juga dapat membantu proses tersebut.
5 aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak
Secara umumnya, terdapat beberapa titik tumbesaran si manja yang penting untuk anda perhatikan pada tahun-tahun pertama kehidupan mereka.Berikut adalah senarai pendek beberapa perkara penting melibatkan kemahiran fizikal, emosi dan sosial, bahasa, kognitif serta deria dan motor yang sepatutnya boleh dilakukan anak seiring pertambahan usianya. Pun begitu, sebagai ibu bapa anda harus fahami bahawa setiap anak adalah berbeza. Jadi sekiranya mereka tidak dapat melakukannya, ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Namun, sekiranya pada tahun akhir usia kanak-kanak dan mereka masih belum mencapai kemahiran berikut, lakukan rundingan dengan pakar pediatrik.
Ini kerana ia mungkin melibatkan masalah lewat perkembangan.
1. Perkembangan kemahiran fizikal Tumbesaran anak dari aspek fizikal adalah perlahan pada peringkat ini.
Fokus perkembangan fizikal lebih tertumpu kepada peningkatan kekuatan dan koordinasi.
2. Pembangunan kemahiran emosi dan sosial Dalam aspek perkembangan kanak-kanak ini, anak anda mempunyai kemampuan untuk mengekspresikan emosinya.
Ini terutamanya apabila mereka berasa gembira, kecewa, marah dan bahagia.
Anak juga akan belajar untuk mengawal dirinya, berkongsi serta menunggu giliran pada ketika ini.
3. Perkembangan kemahiran bahasa Pada usia kanak-kanak, anak anda biasanya sudah boleh memahami penggunaan bahasa sepenuhnya.
Ini adalah ketikanya mereka belajar mengucapkan terima kasih dan tolong serta membezakan cara yang betul untuk menyatakan sesuatu.
4. Perkembangan kemahiran kognitif Aspek ini melibatkan kemampuan anak untuk menyelesaikan masalah.
Ia juga merupakan tempoh untuk mula mengenali individu, objek dan tempat yang biasa buat diri mereka.
Tumbesaran anak pada ketika ini turut berkaitan kemahirannya berimaginasi dan berfikir.
Mereka juga sudah boleh mengenal dan memahami huruf, simbol, warna dan angka.
5. Kemahiran deria dan motorik Ia merujuk kepada kemampuan anak untuk mengambil dan memegang barang, menyelak halaman buku dan menulis serta melukis.
Umumnya, perkembangan kanak-kanak ini adalah mengenai penggunaan otot kecil pada tangan dan jarinya.

Cara untuk membantu tumbesaran anak Sebagai ibu bapa, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mencapai titik perkembangan dan tumbesaran anak.
Perkara utama adalah dengan memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Ia boleh dilakukan dengan memberikan mereka pemakanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sebaiknya kurangkan masa skrin dan dorong mereka untuk aktif bergerak dengan melakukan pelbagai aktiviti yang digemari.
Jika si kecil ingin berlari, memanjat, melompat atau menendang, berikannya ruang selamat untuk melakukan semua itu.
Ia secara tidak langsung membantu pertumbuhan koordinasi dan kekuatan ototnya.
Anda juga perlu memastikan anak mendapat tidur yang mencukupi pada waktu malam.
Ini dapat membantu meningkatkan emosi dan tenaga untuk meneroka dunia keesokan harinya.
Perkara lain yang turut boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan kanak-kanak adalah:
Baca buku bersama anak setiap hari Bermain permainan papan yang bersesuaian dengan usia anak. Aktiviti ini juga mampu mengeratkan jalinan antara ibu bapa dan anak Tunjukkan lebih tindak balas jika anak berkelakuan baik, berbanding semasa anak melakukan perkara negatif Galakkan anak untuk meneroka Aspek keselamatan ketika merangsang tumbesaran anak Oleh sebab anak kecil banyak meneroka persekitaran di sekeliling, anda perlu pastikan mereka mempunyai tempat dan persekitaran yang selamat.
Berikut beberapa tip keselamatan yang boleh dilakukan:
Letakkan penutup suis pada semua suis di rumah anda. Oleh sebab sifat ingin tahu anak yang tinggi, wujud risiko untuk mereka memasukkan jari ke dalam palam (plug) dan terkena renjatan elektrik Berbaring di lantai seolah-olah sedang melakukan tekan tubi. Angkat kepala dan lihat sekeliling, tetapi pastikan bahu masih di lantai. Situasi ini akan membolehkan anda melihat sesuatu daripada perspektif anak dan menunjukkan kemungkinan bahaya yang tidak dapat dilihat dari sudut pandangan biasa individu dewasa Simpan dan jauhkan segala produk pembersih rumah, bahan beracun dan ubat-ubatan dalam rak berkunci Jangan sekali-kali meninggalkan anak anda sendirian walaupun seketika kerana berasakan bahawa dia akan selamat. Kemalangan boleh berlaku dalam tempoh beberapa saat sahaja Cipta ruang selamat untuk perkembangan kanak-kanak dengan mengunci pintu yang boleh menuju ke tempat berbahaya seperti pintu rumah. Sekiranya rumah anda mempunyai tangga, letakkan penghadang tangga Jangan pernah meninggalkan anak sendirian di kawasan berair seperti kolam. Lemas adalah penyebab kematian nombor 1 untuk kanak-kanak dalam lingkungan usia ini
Tempoh tumbesaran anak adalah berbeza. Namun jika terdapat kebimbangan berkaitan perkembangan mereka, berundinglah dengan pakar pediatrik.Rangsang dan galakkan proses perkembangan kanak-kanak dengan membiarkan anak meneroka dunia di sekelilingnya. Tetapi dalam masa yang sama, sentiasa pantau keselamatan mereka agar terhindar daripada sebarang risiko bahaya.
Kredit: Hello Health

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tak Perlu Banding Tapi Perlu Bimbang Kalau Anak 1-3 Tahun Masih Belum Capai Perkembangan Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-banding-tapi-perlu-bimbang-kalau-anak-1-3-tahun-masih-belum-capai-perkembangan-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Anak 2 Tahun Ke Atas Suka Pukul Sebenarnya Bukan Tabiat Tapi Ini Sebabnya

Kenapa Anak 2 Tahun Ke Atas Suka Pukul Sebenarnya Bukan Tabiat Tapi Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 301 hits
Kenapa anak saya umur 2 tahun suka pukul ya Nakal betul Selalu pukul orang kawan kawan Beginilah Sebenarnya anak bawah umur 2 tahun bukan suka pukul tetapi kemahiran mengawal mata dan tangan masih berkembang Masih lemah Mereka masih tak tah...
Anak 4 Tahun Belum Cakap Jelas Jangan Sedapkan Hati Kata Ok Ada Tak Kena

Anak 4 Tahun Belum Cakap Jelas Jangan Sedapkan Hati Kata Ok Ada Tak Kena

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 407 hits
Anak sudah umur 4 tahun masih tiada perkataan yang jelas Masih sukar nyatakan apa kemahuan mereka melalui Verbal Skills atau Kebolehan untuk bercakap SPEECH DELAY KAITAN DENGAN PERKEMBANGAN ASAS Ramai ingat isu anak ada Speech Delay hanya f...
No Don T Touch Tapi Tak Explain Kenapa Anak Bawah 3 Tahun Tak Akan Faham Tanpa Alasan

No Don T Touch Tapi Tak Explain Kenapa Anak Bawah 3 Tahun Tak Akan Faham Tanpa Alasan

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 291 hits
Bila melarang anak anak kecil usia 3 tahun ke bawah perlu untuk kita terangkan mengapa tidak boleh Kita perlu terangkan dengan baik tak cukup kerana Nanti Allah Marah saja Contoh senario anak nak ambil pisau Perlu kita kata NO sayang namun ...
Silapnya Sebelum Ni Sehari 5 Jam Tengok Youtube Anak Dah 7 Tahun Belum Boleh Baca

Silapnya Sebelum Ni Sehari 5 Jam Tengok Youtube Anak Dah 7 Tahun Belum Boleh Baca

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 284 hits
Saya risau anak saya belum pandai sebut semua huruf Membaca suku kata pun tak boleh Wajah ibu penuh dengan kerisauan Umur anak dah 7 tahun Tahun ni dah darjah 1 Sebelum buat apa apa selalunya saya akan tanya dulu di rumah anak suka main apa...
Ibu Hamil Dan Anak Sekolah Belum Terima Blt Segera Lapor Kesini Ya Bunda

Ibu Hamil Dan Anak Sekolah Belum Terima Blt Segera Lapor Kesini Ya Bunda

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 332 hits
Pemerintah telah meluncurkan dana bantuan sosial kepada masyarakat pada tahun ini Berbagai Bantuan Langsung Tunai pun diberikan untuk melindungi masyarakat terdampak pandemi virus corona atau Covid 19Melalui Program Keluarga Harapan Kemente...
Bupati Kbb Sudah Negatif Anak Istri Masih Positif Covid 19

Bupati Kbb Sudah Negatif Anak Istri Masih Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 227 hits
Bupati Kabupaten Bandung Barat Aa Umbara Sutisna dinyatakan negatif Covid 19 setelah menjalani perawatan dan isolasi mandiri selama dua pekan Namun sang istri Yuyun Yuningsih dan anaknya Rian Firmansyah masih berstatus positif
Bagaimana Anak Anda Jalani Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2021

Bagaimana Anak Anda Jalani Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2021

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 304 hits
Ayah tolong print semua gambar ni ya Nak pakai untuk buat kerja sekolah Itu mesej yang saya terima minggu lepas dari anak yang baru masuk darjah 4 tahun ni Dia antara pelajar sekolah di seluruh negara yang memulakan sesi persekolahan tahun ...
Cakap Pun Tak Lut Anak Makin Ringan Tangan Kuat Mengamuk Bukan Saja Saja Tapi Ini Sebabnya

Cakap Pun Tak Lut Anak Makin Ringan Tangan Kuat Mengamuk Bukan Saja Saja Tapi Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 281 hits
Anak degil suka pukul mengamuk tak tentu pasal pasti ada sebabnya Kurang perhatian atau tersalah cara didikan antara penyebab anak berubah tingkah laku sebegini sekali Pun begitu pemakanan anak juga mendorong kepada sikap sebegini Inilah ya...
Nabila Huda Bengang Anak Belajar Online Tapi Kena Bayar Yuran Penuh

Nabila Huda Bengang Anak Belajar Online Tapi Kena Bayar Yuran Penuh

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 375 hits
Wabak Covid 19 yang melanda tiada kesudahan menyebabkan institusi pendidikan termasuk sekolah terpaksa ditutup buat sementara waktu Justeru murid dan para pelajar perlu bertungkus lumus menjalani pembelajaran secara atas talian sekali gus m...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life