Tak Perlu Banding Anak Paksa Anak Berjalan Biar Dia Berlatih Berjalan Dengan Bebas


Bila tengok bayi lain yang sebaya dengan anak boleh berjalan, pasti akan timbul keinginan untuk melihat si kecil untuk memulakan langkahnya, bukan? Tetapi boleh ke bantu baby untuk mula berjalan atau bertatih?

Bantu bayi bertatih
Rasanya memang naluri semula jadi ibu bapa untuk membantu anak, termasuklah dalam hal melibatkan bila si manja mahu memulakan langkah pertamanya.
Ada masanya kita berasakan bahawa mereka memerlukan bantuan dalam mengembangkan kemahiran motor dan ia adalah tugas ibu bapa untuk membantu merangsang si manja mula melangkah.
Walau bagaimanapun, menurut seorang pengarang buku keibubapaan, Janet Lansbury, sebenarnya ibu bapa tidak seharusnya memaksa bayi untuk mula berjalan.
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan perbuatan tersebut tidak digalakkan. Antaranya:
Bahasa tubuh
Sebenarnya apabila berkaitan dengan perkembangan motor, bayi boleh mempelajarinya sendiri. Ini kerana mereka sebenarnya lebih mengetahui sama ada mereka sudah bersedia untuk memulakan langkah atau tidak.
Apabila anda memegang tangan si manja untuk membolehkan mereka bertatih, anda secara tidak langsung menghalang keupayaan diri mereka untuk mencari keseimbangan diri dan menentukan apa yang mereka boleh lakukan atau tidak.
Sebaiknya anda perlu mempercayai bahawa si manja anda akan memulakan langkah pertamanya sebaik sahaja mereka bersedia untuk melakukannya.
Keselamatan
Kewaspadaan serta keselamatan merupakan perkara yang saling berkaitan, dan perbuatan membantu si manja untuk berjalan membuatkan mereka menjadi kurang berwaspada.
Ini kerana tindakan itu membuatkan mereka berada dalam keseimbangan dan kebolehan palsu.
Bayi yang diberikan kebebasan untuk bergerak dan berkembang dalam cara mereka sendiri memperolehi pengetahuan untuk membuatkan mereka kekal selamat.
Pemikiran dan keseimbangan akan berhubung dan langkah yang akan diambil adalah dengan lebih berhati-hati. Situasi ini sekali gus mengurangkan risiko untuk melakukan kesilapan dalam pergerakan.
Kebergantungan
Apabila kita membantu si comel untuk bertatih, ia mungkin menyebabkan mereka ingin diperlakukan sebegitu secara berulang kali.
Keadaan ini bukan sahaja menimbulkan situasi kebergantungan kepada individu dewasa untuk mengimbangi badan, ia juga sebenarnya memupuk satu tabiat yang tidak sihat dalam aspek perkembangan motor bayi.
Sakit belakang
Well, kesakitan ini adalah perkara yang akan dilalui oleh ibu bapa yang kerap membantu bayi untuk berjalan dan bertatih.
Sudah tentu ia adalah satu perkara yang tidak bagus untuk kesihatan anda kerana ia bukan sahaja boleh mengganggu perjalanan tugasan harian, malah ia mungkin akan menjejaskan mood seharian anda.
Kawalan
Niat anda mungkin ingin membantu si kecil untuk bergerak secara bebas. Namun sebenarnya tindakan kita ini adalah seperti mengawal si kecil dan menjadikan pergerakannya terbatas.
Anak-anak kecil memerlukan latihan bergerak secara bebas untuk membolehkannya memperolehi kemahiran baru. Jadi cara terbaik adalah untuk menggalakkan mereka secara bebas dan mempercayai naluri dalaman mereka.

Walaupun kita berasa apa yang kita lakukan adalah untuk membantu si manja untuk cepat berjalan, hakikatnya perbuatan itu lebih banyak memberikan kesan yang tidak sihat kepada perkembangan mental dan fizikal si manja.
Jadi berikan mereka peluang untuk membangunkan keyakinan dan kepercayaan kepada diri.
Yakinlah, apabila mereka bersedia, mereka akan memulakan langkah pertama mereka dengan sendirinya.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tak Perlu Banding Anak & Paksa Anak Berjalan. Biar Dia Berlatih Berjalan Dengan Bebas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-banding-anak-paksa-anak-berjalan-biar-dia-berlatih-berjalan-dengan-bebas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah 18 Bulan Anak Masih Tak Berjalan Doktor Terangkan Ini Mungkin Faktor Penyebab

Dah 18 Bulan Anak Masih Tak Berjalan Doktor Terangkan Ini Mungkin Faktor Penyebab

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 361 hits
Ibu bapa mana yang tak risau jika anak dah berusia hampir 2 tahun masih lagi tidak boleh berjalan Jika ini yang berlaku kepada si kecil anda cuba perhatikan antara faktor yang menjadi punca seperti dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad PERKE...
Biar Anak Belajar Rasa Frust Tak Dapat Barang Itu Masa Terbaik Mak Ayah Bentuk Sikapnya

Biar Anak Belajar Rasa Frust Tak Dapat Barang Itu Masa Terbaik Mak Ayah Bentuk Sikapnya

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 404 hits
Dengar je anak menangis nak sesuatu terus kita rasa panic risau anak frust ataupun risau pandangan mata orang sekeliling Biar anak belajar rasa frust tak dapat barang itu masa terbaik mak ayah bentuk sikapnya Jangan panik bila anak kita men...
Biar Anak Slow Steady Tapi Janganlah Slow Sangat Dr Izzar Saran Mak Ayah Periksa Perkembangan Anak

Biar Anak Slow Steady Tapi Janganlah Slow Sangat Dr Izzar Saran Mak Ayah Periksa Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 469 hits
Perkembangan anak kita tak sama dengan anak orang lain Jadi janganlah cuba buat perbandingan dengan rakan rakan sebayanya Setiap anak ada perkembangannya sendiri Beri ruang dan masa anak kita untuk menonjolkan potensi dirinya agar perkemban...
Jangan Paksa Anak Duduk Diam Itu Tandanya Anak Bijak Tujuh Deria Ini Perlu Dirangsang Supaya Anak Bijak

Jangan Paksa Anak Duduk Diam Itu Tandanya Anak Bijak Tujuh Deria Ini Perlu Dirangsang Supaya Anak Bijak

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 301 hits
Anak anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar Tapi kadang kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak anak Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak anak semata mata nak minta anak an...
Hiburan Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan Bront Palarae Amerul Affendi Sindir Ahli Politik

Hiburan Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan Bront Palarae Amerul Affendi Sindir Ahli Politik

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 419 hits
Tampil memuat naik sebuah tweet mengulas mengenai situasi semasa yang berlaku dalam negara yang berdepan dengan pandemik COVID 19 nama pelakon popular Bront Palarae jadi perhatian netizen Menurut Bront ahli politik tidak sepatutnya menjadi ...
Zarina Anjoulie Stop Minta Duit Aku Baik Bagi Anak Anak Yatim Makan Daripada Kasi Kau

Zarina Anjoulie Stop Minta Duit Aku Baik Bagi Anak Anak Yatim Makan Daripada Kasi Kau

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 575 hits
Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram pelakon Zarina Anjoulie telah menempelak segelintir pengguna media sosial yang menghubunginya untuk meminjam wang source
Jurutera Maut Isteri Dan 2 Anak Cedera Perodua Aruz Dilanggar Proton Perdana

Jurutera Maut Isteri Dan 2 Anak Cedera Perodua Aruz Dilanggar Proton Perdana

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 688 hits
JURUTERA MAUT ISTERI DAN 2 ANAK CEDERA PERODUA ARUZ DILANGGAR PROTON PERDANA SHAH ALAM Seorang jurutera maut manakala isteri serta dua anak mereka selamat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Persiaran Tun Teja dekat Alam Impian di si...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik