Tak Perlu Ada Kawan Berbeza Jantina Bila Sudah Berkahwin Lagi Lagi Kerap Berhubung


Tak Perlu Ada Kawan Berbeza Jantina Bila Sudah Berkahwin, Lagi-Lagi Kerap Berhubung! Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian. Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti merampas hak milik orang lain yang akan mengakibatkan persengketaan.
BACA: Rasai ‘Kemanisan’ Ketika Berada Dekat Dengan ALLAH
Memang tiada istilah karma di dalam agama Islam namun, sebagai seorang muslim, kita haruslah percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpalnya.
Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

Berniat Runtuhkan Rumah Tangga  
Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.
Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.
“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.
“Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Cinta Yang Halal  
Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam sebuah hadis :
ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها
“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”
(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)
Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.
Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.
“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.
“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.
Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.
“Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.
“Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.
“Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini,” katanya.
Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.
Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )
Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :
المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه
“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”
“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini,” katanya.
Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.

PAndai Mengawal Diri  
“Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.
“Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.
“Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.
Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.
Sumber: Pesona Pengantin
The post Tak Perlu Ada Kawan Berbeza Jantina Bila Sudah Berkahwin, Lagi-Lagi Kerap Berhubung! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/tak-perlu-ada-kawan-berbeza-jantina-bila-sudah-berkahwin-lagi-lagi-kerap-berhubung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Dah Kahwin Tak Perlu Ada Kawan Rapat Berlainan Jantina Sampai Selalu Sangat Contact

Kalau Dah Kahwin Tak Perlu Ada Kawan Rapat Berlainan Jantina Sampai Selalu Sangat Contact

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 406 hits
Kalau dah kahwin Tak Perlu Ada Kawan Rapat Berlainan Jantina Sampai Selalu Sangat Contact Kalau dah kahwin buat cara dah jadi milik orang dan tak perlulah nak ada kawan rapat berbeza jantina sampai pasangan cemburu Nak nak pula kalau berkaw...
Ohzarina Suami Kerap Keluar

Ohzarina Suami Kerap Keluar

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 468 hits
Isteri yang memahami cara memikat suami ini sudah tentu keadaan hidupnya lebih mudah dan bahagia Oleh itu penting untuk isteri isteri benar benar faham akan suami mereka sebagai cara pikat suami yang paling ampuh Buatlah seperti yang disuka...
Kerap Tinggalkan Solat Tapi Ingin Berubah Ikuti Cara Qadha Solat Fardhu Yang Ditinggalkan

Kerap Tinggalkan Solat Tapi Ingin Berubah Ikuti Cara Qadha Solat Fardhu Yang Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 1700 hits
Kerap Tinggalkan Solat Tapi Ingin Berubah Ikuti Cara Qadha Solat Fardhu Yang Ditinggalkan Solat merupakan ibadah yang penting dan wajib dilakukan di samping membentuk peribadi manusia kerana ianya mampu menghalang seorang Muslim daripada me...
Jika Anak Kerap Jatuh Kepala Terhantuk Boleh Menyebabkan Pendarahan Dalam Periksa 8 Perkara Ini

Jika Anak Kerap Jatuh Kepala Terhantuk Boleh Menyebabkan Pendarahan Dalam Periksa 8 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 753 hits
Bila bayi anda sudah mula belajar berjalan dan jatuh dia memang berisiko untuk kerap terjatuh Terjatuh tanpa kesan luka atau kecederaan adalah perkara normal sepanjang tempoh tumbesaran seorang anak tetapi jika terlalu kerap terjatuh sehing...
Ahmad Nazlan Gesa Pengundi Cameron Highlands Tolak Ph Kerap U Turn

Ahmad Nazlan Gesa Pengundi Cameron Highlands Tolak Ph Kerap U Turn

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 555 hits
Ahli Parlimen Jerantut Datuk Hj Ahmad Nazlan Idris menyarankan agar kerajaan Pakatan Harapan tidak terlalu kerap membuat u turn termasuklah isu berhubung gambar pemberian duit yang dikatakan oleh jentera parti itu di dalam media sosial sehi...
Doktor Bagi Neb Bila Pernafasan Anak Teruk Jika Kerap Ambil Tiada Masalah

Doktor Bagi Neb Bila Pernafasan Anak Teruk Jika Kerap Ambil Tiada Masalah

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 800 hits
Rawatan nebuliser adalah cara yang paling cepat berkesan pada bayi dan kanak kanak yang ada masalah pernafasan seperti nafas laju berkahak atau semput Persoalannya ramai ibu bapa risau anak akan ketagih neb jika kerap mengambilnya Adakah be...
Ponteng Kerja Kerap Ambil Mc Dan Masalah Disiplin Itulah Punca Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria

Ponteng Kerja Kerap Ambil Mc Dan Masalah Disiplin Itulah Punca Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 437 hits
Ponteng kerja kerap ambil MC dan masalah disiplin itulah punca Shahrol Shiro ditamatkan kontrak penyampai Suria
Pasangan Kerap Bergaduh Anak Lebih Ramai

Pasangan Kerap Bergaduh Anak Lebih Ramai

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 529 hits
Pasangan Kerap Bergaduh Anak Lebih Ramai Mengapa situasi pertengkaran dikatakan perlakuan yang merapatkan hubungan hidup pasangan Selidiki tahap hubungan anda Bila kali terakhir anda bergaduh atau berselisih pendapat Tidak pernah Erm ada se...
Macam Macam Orang Selfie Dengan Saya Nadia Ingat Dia Berkahwin Dengan Orang Kerja Kilang Ke Tauke Jambu

Macam Macam Orang Selfie Dengan Saya Nadia Ingat Dia Berkahwin Dengan Orang Kerja Kilang Ke Tauke Jambu

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 478 hits
Macam macam orang selfie dengan saya Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke Tauke Jambu Macam macam orang selfie dengan saya Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke Tauke Jambu
Travelogue Skytrex Bbq Sungai Congkak Bersama 26 Ahli Ksr

How Concord Pacific Developments Redefines What It Means To Build Homes For The Future

Siti Nurhaliza Raikan 30 Tahun Karier Seni Menerusi Konsert Legacy 30 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Hab Pengecasan Pantas Pertama Pro Net Rasmi Di Tanjung Malim Kadar Rm0 80 Kwh

Fomo Kawan Dah Guna Peranti Terkini Ini Tips Berguna Miliki Peranti Baru Tanpa Kopak Akaun Bank

Tiga Pelajar Malaysia Yang Hilang Dijumpai Di Lokap Taiwan

Pemenang Top Komentator September 2025

Kanak Kanak Enam Tahun Hidap Penyakit Jarang Jumpa Perlukan Dana Rawatan Otak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Tengah Hari Di Yi Chun Garden Beef Restaurant Kunming

Bila Badan Minta Rehat

Platform Harry Potter Ipoh Spot Magik Ala Dunia Hogwarts

Lirik Lagu Lea Zafira Azalea

The Durian Bakery Kek Durian Segar Sedap Dan Popular Di Singapore

Rotan Opah