Tak Penting Pun Tulisan Tak Cantik Di Usia 5 Tahun Janji Anak Capai Perkembangan Sepatutnya Memadai


Baru mencecah usia lima tahun, namun anak sudah dipaksa untuk menulis dengan baik malah cantik dan kemas. Hal ini sepatutnya tidak perlu berlaku kerana setiap anak-anak punya perkembangannya sendiri.
Menurut Pn Mariam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist di BEYOND Home Therapy, anak-anak mempunyai peringkat dan perkembangannya sendiri dalam menulis. Jadi jika anak sudah pandai menulis tetapi tidaklah cantik dan sekemas anak-anak yang lain, itu tidak mengapa. Ini perkembangan anak-anak kecil kita dari usia dua tahun yang mak ayah perlu tahu.

UMUR 5 TAHUN MENULIS CANTIK DAN KEMAS?
Betul ke anak umur 5 tahun sepatutnya dah pandai menulis cantik dan kemas? Tangkap layar dari komen seorang ibu di Facebook saya. Jom bincangkan.
Pertama sekali, sebelum kita terjah ke perkembangan menulis. Ada banyak lagi komponen yang perlu dilihat. Iaitu:
1. Perkembangan motor halus.
2. Perkembangan kognitif.
3. Perkembangan pra-menulis.
Yang terakhir barulah perkembangan menulis. Isu menulis, membaca dan mengira (3M) ini memang isu yang hangat sejak dari dahulu lagi. Jadi, saya rasa penting untuk beri pencerahan yang jelas kepada semua mak ayah berkaitan isu ini.

1. PERKEMBANGAN MOTOR HALUS
2 Tahun:
Bina 6-7 tingkat bangunan blok. Guna sudu dan garfu dengan baik.
2 Tahun 6 Bulan:
Bina 8 tingkat bangunan blok. Menconteng dengan mengengam pensil.
3 Tahun:
Bina 9-10 bangunan blok. Membutang dan membuka butang.
4 Tahun:
100% memakai pakaian tanpa bantuan kecuali mengikat tali.
2. PERKEMBANGAN KOGNITIF (PIAGET)
0-2 Tahun (Tahap Sensorimotor)
Belajar menggunakan deria iaitu melalui penglihatan, pendengaran, sentuhan ataupun menghisap.
2 – 7 Tahun (Tahap Pra-Operasi)
Belajar menggunakan simbol dan bahasa termasuk huruf dan nombor.

3. PERKEMBANGAN PRA-MENULIS
2-3 Tahun
Garisan lurus menegak dan melintang
3 Tahun
Melukis bentuk bulat
4 Tahun
Meniru bentuk silang
Melukis bentuk petak
4 Tahun 6 Bulan
Melukis garisan diagonal
5 Tahun
Melukis bentuk pangkah (X) dan segi tiga

Kalau lihat 3 jenis perkembangan ini tidak ada satu pun yang mengatakan anak umur 5 tahun sepatutnya sudah menulis cantik dan kemas. Betul tak?
Sebab memang tidak ada langsung ya. Kalau ada mohon maklumkan saya. Kalau betullah dakwaan tersebut, memang ramailah anak-anak yang akan dirujuk kepada Occupational Therapist untuk masalah perkembangan.
*Sekiranya mak ayah perasan anak dah terlewat 6 bulan dari perkembangan di atas, mohon dapatkan bantuan awal ya. (Untuk JB atau Selangor, boleh hubungi BEYOND Home Therapy )
Sehingga kini tidak ada langsung kajian yang membuktikan:
“Anak yang pandai menulis dan membaca di awal usia lebih berjaya semasa dewasa”

Yang ada cumalah kajian yang membuktikan “anak yang pandai membaca semasa umur 8 tahun lebih berpotensi mendapat sijil sekolah menengah”.
Kalau anak boleh menulis dengan cantik dan kemas semasa umur 5 tahun, hatta semasa 3 tahun pun. Tahniah! Tetapi ia bukanlah mengambil kira purata perkembangan anak.
Pernah ada seorang guru tadika menceritakan kepada saya tadika tempatnya bekerja memaksa anak seumur 2 tahun untuk duduk belajar membaca untuk capai target umur 3 tahun dah pandai menulis dan membaca.
Secara jujurnya, saya terkejut dan sedih sebab anak umur 2 tahun dah “dipaksa”. Saya tak pernah nak kecam mak ayah yang ajar anak 3M awal kalau anak dah betul-betul bersedia dan menunjukkan kebolehan awal.

Cuma, pendapat saya tak patut mak ayah dan guru pukul rata semua anak tanpa melihat dari sudut pandang perkembangan penting yang lain juga. Jangan disebabkan 10 anak yang dilihat “boleh buat”, kita nak jangkakan semua anak boleh buat sebab setiap anak berbeza.
Ada yang ada kelebihan lebih pada skil tangan, ada yang lebih pada skil mendengar, skil melukis, berimaginasi dan sebagainya.
Untuk memberi “diagnosis” tahap perkembangan menulis anak “tak cantik dan kemas” seperti anak-anak lain, pendapat saya terlalu berat untuk si anak.
Tapi ini mungkin sesetengah tempat sahaja, kini banyak dah tadika yang mengamalkan konsep belajar sambil bermain dan mementingkan kesediaan menulis dan membaca sebelum mengajar.

Saya pasti ada juga sesetengah tempat yang terpaksa ajar anak cepat bagi memenuhi permintaan mak ayah yang mahukan,
“Anak cepat baca, kira dan ngaji”
Apabila anak tak capai target mak ayah, guru pula dipersalahkan tetapi yang menjadi mangsa adalah anak itu sendiri.
Kadang-kadang kita lihat anak kawan-kawan lain umur 3-4 tahun dah pandai membaca dan menulis memanglah terbit di hati “anak aku lambat ke” tapi saya mohon mak ayah berpeganglah pada perkembangan dan kesediaan anak. Anak pandai awal tak menjanjikan keberjayaan anak di masa akan datang.
The post Tak Penting Pun Tulisan Tak Cantik Di Usia 5 Tahun, Janji Anak Capai Perkembangan Sepatutnya, Memadai! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-penting-pun-tulisan-tak-cantik-di-usia-5-tahun-janji-anak-capai-perkembangan-sepatutnya-memadai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sepatutnya Usia Anak 1 Tahun 6 Bulan Mesti Dah Ada Perkataan Pertama Keluar Dari Mulut

Sepatutnya Usia Anak 1 Tahun 6 Bulan Mesti Dah Ada Perkataan Pertama Keluar Dari Mulut

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 339 hits
Petahnya anak dia cakap Kenapa anak kita satu patah pun belum lagi Nak apa apa anak tunjuk je Ni antara dialog ibu ibu bila risau tengok anak orang lain dah boleh cakap Tambah lagi bila orang mula membanding bandingkan ibu bapa dah mula ras...
Ada Anak Usia 2 Bulan 2 Tahun Tengok Perkembangan Ni Kalau Lambat Jangan Tangguh

Ada Anak Usia 2 Bulan 2 Tahun Tengok Perkembangan Ni Kalau Lambat Jangan Tangguh

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 365 hits
Dikurniakan cahaya mata satu anugerah yang cukup bernilai buat pasangan suami isteri Tapi selepas itu mulalah tanggungjawab membesar dan mendidik Perkembangan yang paling penting ialah selepas kelahiran sehinggalah umur bayi menjangkau seta...
Cikgu Ini Pesan Anak Darjah 1 Fokusnya Belajar Jangan Paksa Nak Tulisan Warna Cantik

Cikgu Ini Pesan Anak Darjah 1 Fokusnya Belajar Jangan Paksa Nak Tulisan Warna Cantik

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 416 hits
Bagi ibu bapa yang ada anak di tahun satu dan tahun dua mungkin agak terasa cabarannya dalam keadaan sekarang ini Bukan apa persekitaran untuk anak yang seusia ini belajar di sekolah tak dapat dilaksanakan dengan sempurna seperti anak lain ...
Usia 0 7 Tahun Bermainlah Dengan Anak Umur 8 14 Disiplinkanlah Mereka Baru Sempurna

Usia 0 7 Tahun Bermainlah Dengan Anak Umur 8 14 Disiplinkanlah Mereka Baru Sempurna

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 275 hits
Waktu kecil anak hanya sekali saja Terlepas momen ini dah tak boleh diulang semula Sebab itulah antara usia 0 7 tahun bermainlah dengan anak Umur 8 14 tahun disiplinkanlah anak Jika ibu bapa rajin meluangkan masa bermain dengan anak ketika ...
Masuk Usia 2 Tahun Anak Tunjuk Bakat Menconteng Bukan Hanya Dinding Sofa Peti Ais Pun Diconteng

Masuk Usia 2 Tahun Anak Tunjuk Bakat Menconteng Bukan Hanya Dinding Sofa Peti Ais Pun Diconteng

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 287 hits
Ibu anda pasti pernah alami situasi anak conteng dinding di rumah walaupun dilarang berulang kali kan Itu semuanya ada kaitan dengan proses perkembangan mereka Mari ikuti penjelasan ini Mengapa anak gemar conteng dinding Tabiat conteng dind...
Tulisan Anak Jadi Lagi Cantik Tip Mudah Latih Anak Pegang Pensil Dengan Betul Cikgu Ni Kongsikan Caranya

Tulisan Anak Jadi Lagi Cantik Tip Mudah Latih Anak Pegang Pensil Dengan Betul Cikgu Ni Kongsikan Caranya

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 399 hits
Biarpun sesi persekolahan 2021 sudah bermula pastinya pengalaman yang dialami oleh kanak kanak yang berada di tadika masih sama seperti berada di rumah Mereka tidak dapat menikmati persekolahan pertama mereka bersama kawan kawan Pun begitu ...
Ditinggal Suami Seawal Usia 17 Tahun Wanita Pasrah Jadi Ibu Tunggal Anak Dua

Ditinggal Suami Seawal Usia 17 Tahun Wanita Pasrah Jadi Ibu Tunggal Anak Dua

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 301 hits
Tidak dinafikan alam perkahwinan merupakan antara yang diingini oleh setiap insan tetapi tidak seperti yang digambarkan Momen gembira dan sedih itu pasti wujud dalam menjalani rumah tangga Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita bernam...
Pegang Status Ibu Tunggal Usia 17 Tahun Anak Anak Harta Ibu Dunia Akhirat

Pegang Status Ibu Tunggal Usia 17 Tahun Anak Anak Harta Ibu Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 369 hits
Tiada siapa pun yang minta ikatan perkahwinan yang dibina terlerai kasih sayangnya Lagi sedih bila pasangan meninggalkan diri dan anak anak tanpa khabar berita Mungkin orang sekeliling akan bagi tanggapan negatif namun hanya yang melalui sa...
Kelindan Lori Didakwa Aniaya Anak Tiri Perempuan Berumur Enam Tahun

Kelindan Lori Didakwa Aniaya Anak Tiri Perempuan Berumur Enam Tahun

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 216 hits
73 total views 73 views today KUALA LUMPUR 8 Feb Seorang kelindan lori didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh anak tiri perempuannya yang berumur en...
Dugaan Pagi Khamis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Sambal Bendi Goreng


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Stres Bayi Tertekan Ramai Tak Tahu Kesan Emosi Waktu Mengandung

Makan Sedap Sampai Luka Bernanah Waktu Pantang Makanan Ni Mungkin Puncanya

Apa Beza Term Deposit I Dengan Saving Pot Aeon Bank

Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam