Masuk Usia 2 Tahun Anak Tunjuk Bakat Menconteng Bukan Hanya Dinding Sofa Peti Ais Pun Diconteng


Ibu, anda pasti pernah alami situasi anak conteng dinding di rumah walaupun dilarang berulang kali, kan? Itu semuanya ada kaitan dengan proses perkembangan mereka.

Mari ikuti penjelasan ini.
Mengapa anak gemar conteng dinding? Tabiat conteng dinding adalah disebabkan koordinasi motor anak yang masih dalam proses perkembangan.
Ini sekali gus menyebabkan mereka tidak selesa untuk melukis pada sehelai kertas sambil duduk di atas meja.
Namun, pastinya perlakuan mereka menconteng pada dinding menimbulkan kemarahan anda sebagai ibu bapa, kan?
Ya, tidak salah memarahi anak untuk mengajar mereka.
Walau bagaimanapun, jika kita lebih memfokuskan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik, pastinya anak akan dapat memahami apa yang cuma anda sampaikan.
Dalam perkongsian artikel ini, anda akan memahami mengapa anak suka conteng dinding dan cara terbaik untuk mengatasi tabiat tersebut.
Proses perkembangan kreativiti Apabila anak semakin membesar, mereka akan mengembangkan minat yang tinggi terhadap seni dan kreativiti.
Dalam masa yang sama, wujud rasa ingin tahu dalam diri anak.
Ini sekali gus mendorong mereka berusaha untuk mengekspresikan diri dan berkomunikasi dengan individu lain dengan cara yang berbeza.
Seiring dengan proses perkembangan kawalan motor, anak juga akan mempunyai keinginan untuk menunjukkan kemampuan dalam menggerakkan jari dan tangan secara terkoordinasi.

Hasilnya, mereka melihat dinding (dan mungkin juga perabut) sebagai tempat sesuai untuk mempamerkan kreativiti dan kawalan motor yang baik.
Jadi, usah pelik jika anda terlihat anak conteng dinding dengan pelbagai bentuk atau imej.
Conteng dinding untuk perhatian Seperti seorang individu dewasa, anak kecil juga sensitif terhadap reaksi mereka yang berada di sekelilingnya.
Sekiranya anak menyedari bahawa anda akan bertindak secara dramatik terhadap hasil ‘lukisan’ pada dinding, mereka mungkin melakukannya secara berkala untuk mendapatkan lebih banyak perhatian dan reaksi daripada ibu bapanya.
Jadi tanpa anda sedar, tindak balas anda mungkin menjadi salah satu sebab utama mengapa anak suka conteng dinding walaupun telah dimarahi berulang kali.
Fasa pertumbuhan normal Mencecah usia 2 tahun, si manja akan mula melalui fasa artistik yang dicirikan dengan melukis di dinding.
Semasa fasa ini, dinding menjadi pilihan kanvas yang sesuai kerana anak dapat menyokong tangan dan hujung mata krayon (atau sebarang alat tulis) dengan mudah, ketika melukis.
Sebagai ibu bapa yang memahami proses perkembangan ini, pasti hasil conteng dinding tersebut dapat membuat anda berasa teruja melihat usaha si manja dalam menjadi ‘seniman’.

5 tip elak anak menconteng pada dinding Walau bagaimanapun, pastinya agak memenatkan untuk perlu mengecat semula dinding secara berkala untuk menutup hasil contengan tersebut, kan?
Jadi berikut beberapa tip untuk anda cuba:
1. Lembaran dinding seperti papan hitam Lembaran dinding ini boleh dibeli dalam pelbagai saiz di kedai alatan persekolahan. Malah, untuk ibu bapa yang sibuk, ia juga boleh didapati dalam talian.
Ia adalah permukaan licin dengan fungsi seperti papan hitam. Sebarang alat tulis, terutamanya pen marker amat mudah digunakan pada lembaran ini.
Lembaran dinding ini boleh ditampal pada sebarang permukaan rata. Sudah tentu ia merupakan pilihan ideal untuk mencegah anak daripada conteng dinding.
2. Papan hitam Papan hitam merupakan antara pilihan biasa yang sering digunakan bagi mengatasi masalah anak yang suka melukis di dinding.
Walau bagaimanapun, jika anak mempunyai alahan atau menhidap asma, papan hitam pilihan yang perlu dielakkan.
Ini kerana debu yang dihasilkan oleh kapur boleh membahayakan kesihatan mereka.
Tetapi, sekiranya si manja tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, penggunaan papan hitam sangat sesuai.
Ia juga boleh digunakan semula secara berterusan tanpa memerlukan penyelenggaraan yang banyak.
3. Cat atau krayon yang mudah dibersihkan Terdapat pilihan cat yang mudah dibersihkan tanpa meninggalkan kesan. Jadi pastinya anda boleh memadamkan segala hasil contengan anak pada dinding.
Selain itu, anda juga boleh memberikan anak krayon khas yang boleh dibersihkan dengan mudah menggunakan kain kering atau separa basah.
Ya, cara ini tidak mencegah anak daripada conteng dinding. Pun begitu, ia merupakan langkah penyelesaian mudah tanpa perlu mengecat dinding semula.
4. Kreativiti dan tanggungjawab Ada sesetengah anak, walaupun telah diberikan ruang khas untuk melukis, tetap memilih untuk menconteng pada dinding.
Usah terus memarahi mereka.
Sebaliknya, apa kata anda berikan tanggungjawab kepada anak untuk membersihkan segala hasil contengan dinding.
Ini merupakan antara langkah terbaik untuk memupuk rasa tanggungjawab pada diri anak.

5. Kertas besar Pilihan lain yang boleh mencegah anak daripada conteng dinding adalah dengan melekatkan kertas putih bersaiz besar pada dinding menggunakan pita pelekat.
Ia memberikan anak ruang khas untuk menconteng dan boleh terus ditanggalkan apabila sudah dipenuhi dengan hasil lukisan.
Kesimpulan Seiring peredaran masa, proses perkembangan anak akan berlaku meliputi kemahiran motor mereka.
Jadi, untuk mengelakkan anak conteng dinding, sediakan ruang khas untuk mereka mengekspresikan kreativiti tersebut.
Krayon, kapur serta pensil warna adalah pilihan terbaik untuk digunakan anak.
Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Masuk Usia 2 Tahun Anak Tunjuk Bakat Menconteng. Bukan Hanya Dinding, Sofa, Peti Ais Pun Diconteng! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masuk-usia-2-tahun-anak-tunjuk-bakat-menconteng-bukan-hanya-dinding-sofa-peti-ais-pun-diconteng/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegang Status Ibu Tunggal Usia 17 Tahun Anak Anak Harta Ibu Dunia Akhirat

Pegang Status Ibu Tunggal Usia 17 Tahun Anak Anak Harta Ibu Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 331 hits
Tiada siapa pun yang minta ikatan perkahwinan yang dibina terlerai kasih sayangnya Lagi sedih bila pasangan meninggalkan diri dan anak anak tanpa khabar berita Mungkin orang sekeliling akan bagi tanggapan negatif namun hanya yang melalui sa...
Ditinggal Suami Seawal Usia 17 Tahun Wanita Pasrah Jadi Ibu Tunggal Anak Dua

Ditinggal Suami Seawal Usia 17 Tahun Wanita Pasrah Jadi Ibu Tunggal Anak Dua

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 283 hits
Tidak dinafikan alam perkahwinan merupakan antara yang diingini oleh setiap insan tetapi tidak seperti yang digambarkan Momen gembira dan sedih itu pasti wujud dalam menjalani rumah tangga Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita bernam...
Tak Penting Pun Tulisan Tak Cantik Di Usia 5 Tahun Janji Anak Capai Perkembangan Sepatutnya Memadai

Tak Penting Pun Tulisan Tak Cantik Di Usia 5 Tahun Janji Anak Capai Perkembangan Sepatutnya Memadai

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 373 hits
Baru mencecah usia lima tahun namun anak sudah dipaksa untuk menulis dengan baik malah cantik dan kemas Hal ini sepatutnya tidak perlu berlaku kerana setiap anak anak punya perkembangannya sendiri Menurut Pediatric Occupational Therapist di...
Sepatutnya Usia Anak 1 Tahun 6 Bulan Mesti Dah Ada Perkataan Pertama Keluar Dari Mulut

Sepatutnya Usia Anak 1 Tahun 6 Bulan Mesti Dah Ada Perkataan Pertama Keluar Dari Mulut

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 317 hits
Petahnya anak dia cakap Kenapa anak kita satu patah pun belum lagi Nak apa apa anak tunjuk je Ni antara dialog ibu ibu bila risau tengok anak orang lain dah boleh cakap Tambah lagi bila orang mula membanding bandingkan ibu bapa dah mula ras...
Ada Anak Usia 2 Bulan 2 Tahun Tengok Perkembangan Ni Kalau Lambat Jangan Tangguh

Ada Anak Usia 2 Bulan 2 Tahun Tengok Perkembangan Ni Kalau Lambat Jangan Tangguh

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 335 hits
Dikurniakan cahaya mata satu anugerah yang cukup bernilai buat pasangan suami isteri Tapi selepas itu mulalah tanggungjawab membesar dan mendidik Perkembangan yang paling penting ialah selepas kelahiran sehinggalah umur bayi menjangkau seta...
Kesian Usia 3 Tahun Tapi 13 Perkataan Je Boleh Sebut Doktor Kongsi Aktiviti Rangsang Perkembangan Anak

Kesian Usia 3 Tahun Tapi 13 Perkataan Je Boleh Sebut Doktor Kongsi Aktiviti Rangsang Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 394 hits
Ramai ibu bapa yang tertanya tanya apakah cara untuk mengukur kelewatan bahasa bagi anak anak mereka terutama anak yang berusia 3 tahun Menurut perkongsian daripada pada usia 3 tahun sepatutnya kanak kanak boleh menyambung 3 4 patah perkata...
Hanya Air Mata Doa Ibu Iringi Pengebumian Anak 2 Tahun Meninggal Kerana Covid

Hanya Air Mata Doa Ibu Iringi Pengebumian Anak 2 Tahun Meninggal Kerana Covid

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 357 hits
Susah sekalipun seorang ibu kasih sayangnya pada anak anak tidak pernah pudar Betullah orang kata demi anak ibu sanggup korbankan apa saja Melihat anak membesar dengan sihat dan sempurna impian semua ibu bapa Andai takdir yang Allah tetapka...
Usia 0 7 Tahun Bermainlah Dengan Anak Umur 8 14 Disiplinkanlah Mereka Baru Sempurna

Usia 0 7 Tahun Bermainlah Dengan Anak Umur 8 14 Disiplinkanlah Mereka Baru Sempurna

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 241 hits
Waktu kecil anak hanya sekali saja Terlepas momen ini dah tak boleh diulang semula Sebab itulah antara usia 0 7 tahun bermainlah dengan anak Umur 8 14 tahun disiplinkanlah anak Jika ibu bapa rajin meluangkan masa bermain dengan anak ketika ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches

Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki