Suami Kongsi Pesan Ibu Pasal 2 Benda Penting Bila Pilih Rumah


Suami Kongsi Pesan Ibu Pasal 2 Benda Penting Bila Pilih Rumah
Bila dah melangkah ke alam rumah tangga, hidup seorang lelaki berubah sepenuhnya. Tanggungjawab bukan lagi tentang diri sendiri semata-mata.
Sebaliknya, ia melibatkan isteri yang dicintai dan anak-anak yang bakal membesar di bawah lindungan kita. Soal makan pakai, emosi, keselamatan dan masa depan semuanya perlu difikirkan dengan lebih matang.
Salah satu keputusan besar yang sering jadi titik mula kehidupan berkeluarga ialah soal rumah.
Namun realitinya, nak miliki rumah pada zaman sekarang bukan perkara mudah. Dengan harga makin tinggi dan komitmen yang bertambah, pilihan perlu dibuat dengan sangat berhati-hati.
“Dulu mak saya pesan…” – Suami Baru-baru ini, tular satu perkongsian daripada seorang suami di Threads, berkongsi pesanan ibunya yang dijadikan panduan ketika memilih rumah untuk didiami bersama isteri.
“Dulu mak saya pesan, kalau dah kahwin nanti, nak cari rumah (sewa atau beli) untuk duduk dengan isteri, carilah yang dekat dengan masjid dan dekat dengan tempat kerja isteri.
“Saya jadikan ini panduan waktu pilih rumah haritu, dan terlalu banyak kebaikan yang berlaku daripada pilihan ni, yang saya pun tak sangka-sangka,” tulisnya. 
1. Dekat dengan masjid Pada awal berpindah ke taman perumahan baharu, si suami mengakui dirinya berasa kekok dan janggal.
Namun semuanya berubah apabila dia mula menjejakkan kaki ke masjid berhampiran. Dari situlah hubungan dengan jiran-jiran mula terjalin.
Malah, ketika isterinya bakal melahirkan anak dan masih belum keluar hospital, jemaah masjid sudah lebih awal datang membantu.
“Teringat waktu isteri saya nak bersalin, belum keluar hospital lagi orang masjid dah siap-siap bagi cangkul, tunjuk tanah yang sesuai untuk tanam uri,” katanya.
Selain itu, laungan azan yang kedengaran jelas dari tingkap rumah memberi satu rasa yang sukar digambarkan.
“Tak tahu kenapa, tapi sangat senang tau rasa bila azan masjid sampai ke rumah. Kita rasa tenang. Rasa selamat. Macam berada dalam radius yang di bawah payungan berkat masjid. Nak tinggal isteri dan anak kat rumah pun tak terasa risau sangat,” tambahnya.
2. Dekat dengan tempat kerja isteri Menurut si suami, ramai orang menasihatkan supaya rumah dipilih berhampiran tempat kerja isteri, namun hikmahnya hanya benar-benar terasa apabila dilalui sendiri.
“Walaupun suami ketua rumah tangga, isteri ni rabbatul bait, pengurus rumah tangga. Kadang-kadang isteri nak bantu masakkan sarapan, siapkan anak, prepare makan pakai suami, basuh baju…
“Tapi sebab tempat kerjanya dekat, isteri tak rasa terlalu berat. Balik kerja dah penat. Tak perlu nak tambahkan lagi penat hadap jem dalam kereta. Tak rushing, lebih selamat. Suami pun tak risau sangat,” tambahnya lagi. 
BACA: Ibu Kritikal, Anak Kongsi Keadaan Ayah Runtun Hati Ramai
Sumber: Threads @darwisyroslan
The post Suami Kongsi Pesan Ibu Pasal 2 Benda Penting Bila Pilih Rumah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/15/suami-kongsi-pesan-ibu-pasal-2-benda-penting-bila-pilih-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Saya Boleh Halang Itu Ayah Mereka Rebecca Nur Al Islam Kongsi Keadaan Selepas Bergelar Ibu Tunggal

Mana Saya Boleh Halang Itu Ayah Mereka Rebecca Nur Al Islam Kongsi Keadaan Selepas Bergelar Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 159 hits
Pelakon Rebecca Nur Al Islam 39 mengakui sedang membiasakan diri dengan kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tujuh anak selepas melalui fasa perceraian baru baru ini Menurut Rebecca keutamaan utamanya kini adalah memastikan anak anak stabil...
Suami Uruskan 95 Hal Kahwin Erra Fazira Kongsi Momen Indah Terkejut Terima 24 Keping Dinar Emas Di Hari Majlis

Suami Uruskan 95 Hal Kahwin Erra Fazira Kongsi Momen Indah Terkejut Terima 24 Keping Dinar Emas Di Hari Majlis

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 180 hits
Primadona negara Erra Fazira hari ini selamat bergelar isteri kepada usahawan Ezwan Zain di majlis tertutup yang diadakan di Rinjani Majestic sekitar jam 9 30 pagi tadi Ezwan yang ditemui selepas majlis turut berkongsi mengenai bunga emas s...
Ahmad Maslan Kongsi Rahsia Kekal Bahagia Dalam Rumah Tangga

Ahmad Maslan Kongsi Rahsia Kekal Bahagia Dalam Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 107 hits
Ahmad Maslan Kongsi Rahsia Kekal Bahagia Dalam Rumah Tangga Setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pastinnya mengimpikan hubungan yang kekal bahagia seperti dalam drama atau filem Realitinya bukan mudah untuk memastikan sebuah ma...
Ibu Kritikal Anak Kongsi Keadaan Ayah Runtun Hati Ramai

Ibu Kritikal Anak Kongsi Keadaan Ayah Runtun Hati Ramai

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 95 hits
Ibu Kritikal Anak Kongsi Keadaan Ayah Runtun Hati Ramai Orang kata untuk mengetahui setulus mana kasih dan sebesar mana cinta pasangan kita jangan hanya melihat saat semuanya indah dan sempurna Sebaliknya pandanglah bagaimana mereka melayan...
Nubhan Nafi Dakwaan Bekas Isteri Pembantu Rumah Tak Cium Bibir Anak Lelaki

Nubhan Nafi Dakwaan Bekas Isteri Pembantu Rumah Tak Cium Bibir Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 81 hits
Penyanyi Nubhan tampil membuka suara menafikan dakwaan bekas isterinya Dr Afifah berhubung tindakan pembantu rumah mencium bibir anak lelakinya di hospital Memetik laporan Kosmo pemilik nama Ahmad Nubhan Ahamad 39 menjelaskan tiada sebarang...
Terengganu Remaja 16 Tahun Lahirkan Anak Hasil Sumbang Mahram Buang Bayi Di Belakang Rumah

Terengganu Remaja 16 Tahun Lahirkan Anak Hasil Sumbang Mahram Buang Bayi Di Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 118 hits
Nurul Fatihah Sulainiam hmetro com myBAYI lelaki yang masih hidup ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Raja Besut di sini petang semalam FOTO tularBesut Bayi lelaki yang masih hidup ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Raj...
3 Cara Tingkatkan Signal Wifi Rumah Anda

3 Cara Tingkatkan Signal Wifi Rumah Anda

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 129 hits
3 Cara Tingkatkan Signal WiFi Rumah Anda Anda pernah alami WiFi perlahan walaupun langgan pelan internet laju Jangan risau ramai pengguna hadapi masalah yang sama Kadang kadang puncanya bukan pada internet provider tapi pada cara kita letak...
30 Rumah Di Perkampungan Atas Air Tawau Hangus

30 Rumah Di Perkampungan Atas Air Tawau Hangus

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 90 hits
Tiada mangsa dilaporkan terbabit atau cedera dalam kebakaran itu Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah di Kampung Sri Aman yang marak dengan cepat dan merebak ke kawasan sekitar akibat struktur kediaman rapat diperbuat daripada pap...
Kereta Baru Keluar Kedai Terbakar Sebelum Tiba Di Rumah

Kereta Baru Keluar Kedai Terbakar Sebelum Tiba Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 115 hits
KOSMO SEBUAH kenderaan terbakar di Jambatan Kanchanaphisek Samut Prakan Foto KhaosodBANGKOK Sebuah kenderaan yang baru dibeli sepasang suami isteri di Thailand hangus terbakar sebelum mereka sempat tiba di rumah lapor laman berita Thaiger h...
Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

My Hometown Tanah Merah

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu