Pelajar Maahad Tahfiz Al Fateh Tamat Syahadah Ula Pengiktirafan Tertinggi Hafazan Al Quran


Pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh Tamat Syahadah Ula, Pengiktirafan Tertinggi Hafazan Al-Quran
Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh, Haryz Irfan Wan Azrizul Azad, berjaya menamatkan Syahadah Ula, pengiktirafan tertinggi dalam hafazan al-Quran di institusi tahfiz berkenaan.
Menerusi hantaran rasmi di akaun TikTok Maahad Tahfiz Al-Fateh, saudara Haryz dilihat tidak dapat menahan emosi dan bersyukur atas kejayaan berkenaan.
Lebih-lebih dia menjadi pelajar ke-12 yang menamatkan hafazan itu sekali gus menutup lembaran manis 2025, ditemani ibu bapa dan keluarga di sisi.
Gambar: TikTok Maahad Tahfiz Al-Fateh Menurut Maahad Tahfiz Al-Fateh, saudara Hafyz memperoleh keputusan penuh Jayyid Jiddan dengan markah 93.28 peratus.
“Alhamdulillah penantian dan usaha sejak jam 4.30 pagi telah berakhir pada jam 10.20 malam tadi!
“Saudara Haryz Irfan bin Wan Azrizul Azad kini berjaya menamatkan Syahadah Ula, kejayaan baru buat diri & hadiah buat ibu bapa serta gurunya,” kongsi hantaran itu.
Difahamkan, pelajar Tingkatan Empat itu telah melalui proses hafazan secara berperingkat dan berdisiplin sejak peringkat awal pengajian.
Meskipun sedang mengikuti Program Fast Track SPM, cintanya terhadap kalam Allah itu tidak berpenghujung, dengan tetap menghadiri kelas hafazan.
Peringkat Syahadah Ula Gambar: TikTok Maahad Tahfiz Al-Fateh Menurut perkongsian Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid di Facebook, Syahadah memiliki tiga peringkat. 
Peringkat tertinggi merupakan Syahadah Ula atau juga boleh dikenali dengan Syahadah Ulya.
Untuk mencapai peringkat ini, pelajar perlu melalui dua peringkat terdahulu, iaitu Syahadah Thaniah dan Syahadah Thalisa.
Pada peringkat Syahadah Thaniah, pelajar perlu menghafaz sebanyak 15 juzuk al-Quran dalam tempoh satu hari.
Sementara itu, pelajar perlu khatam al-Quran dalam tempoh tiga hari, dengan sasaran 10 juzuk sehari bagi Syahadah Thalisa, yang merupakan peringkat terendah.
Jika pelajar berjaya melepasi salah satu daripada tiga tahap ini, barulah mereka layak dianugerahkan Syahadah Hafazan al-Quran.
Tidak mudah bergelar Syahadah Namun begitu, untuk melengkapkan ketiga-tiga peringkat ini bukanlah satu tugas yang mudah.
Hal ini kerana disiplin tinggi serta bimbingan rapi daripada guru al-Quran penting bagi memastikan hafazan yang dipelajari boleh meresap ke dalam jiwa pelajar.
BACA: Niat Cari Rezeki, Penghantar Makanan Ni Terkejut Terima Tip Hampir RM1,000 Dari Pelanggan BACA: Kajian Dedah ‘Marah’ ChatGPT Tingkatkan Ketepatan, Tapi Ada Risiko Menanti Sumber: Maahad Tahfiz Al-Fateh via TikTok
The post Pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh Tamat Syahadah Ula, Pengiktirafan Tertinggi Hafazan Al-Quran appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/23/pelajar-maahad-tahfiz-al-fateh-tamat-syahadah-ula-pengiktirafan-tertinggi-hafazan-al-quran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kematian Pelajar Tahfiz Agc Masih Tunggu Siasatan Polis Lepas 12 Tahun

Kematian Pelajar Tahfiz Agc Masih Tunggu Siasatan Polis Lepas 12 Tahun

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 140 hits
Kematian pelajar tahfiz AGC masih tunggu siasatan polis lepas 12 tahun Diterbitkan Dec 9 2025 11 37 AM Dikemaskini 11 37 AM Jabatan Peguam Negara masih belum menerima laporan siasatan polis mengenai kematian pelajar tahfiz Wan Ahmad Faris W...
Pelajar Maahad Tarbiah Mardhiah Berjaya Tamatkan Hafalan 30 Juzuk Dalam Masa 18 Jam

Pelajar Maahad Tarbiah Mardhiah Berjaya Tamatkan Hafalan 30 Juzuk Dalam Masa 18 Jam

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 49 hits
Pelajar Maahad Tarbiah Mardhiah Berjaya Tamatkan Hafalan 30 Juzuk Dalam Masa 18 Jam Pelajar Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor di Kota Bharu berjaya menamatkan Syahadah Hafazan al Quran kategori 30 juzuk dalam tempoh masa 18 jam Menerusi perko...
Pelajar Tahfiz Maut Kereta Bertembung Lori Sawit

Pelajar Tahfiz Maut Kereta Bertembung Lori Sawit

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 141 hits
Pelajar Tahfiz Maut Kereta Bertembung Lori Sawit KUANTAN 14 Dis Seorang pelajar tahfiz maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan sawit di KM60 Jalan Pekan Rompin dekat Kampung Merchong semalam Ketua Polis Daerah...
Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia Dilaksana Bermula Tahun Hadapan Tpm Ahmad Zahid

Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia Dilaksana Bermula Tahun Hadapan Tpm Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 105 hits
Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia Dilaksana Bermula Tahun Hadapan TPM Ahmad Zahid BAGAN DATUK 21 Dis Kerajaan hari ini melancarkan Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun hadapan ka...
Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 163 hits
Original Content Saluran muzik ikonik dunia Music Television yang pernah menjadi nadi budaya pop global kini secara rasmi menghampiri noktah penamatnya Selepas lebih empat dekad bersiaran syarikat induknya Paramount Global mengesahkan bahaw...
Isu Pengiktirafan Sijil Uec Keadilan Pahang Sokong Perdana Menteri Pertahankan Perlembagaan Utamakan Bahasa Melayu

Isu Pengiktirafan Sijil Uec Keadilan Pahang Sokong Perdana Menteri Pertahankan Perlembagaan Utamakan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 147 hits
KUANTAN Isu pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate tidak wajar dijadikan tuntutan utama untuk diiktiraf dalam negara majmuk seperti Malaysia Sehubungan itu Biro Pendidikan dan Latihan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang menz...
Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 160 hits
KUANTAN Parti Keadilan Rakyat Temerloh membantah tuntutan dikemukakan Penasihat DAP Lim Guan Eng kepada kerajaan berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu Ketua Penerangannya Abdullah Hakim Ahmad berkata tuntutan tersebut bukan sa...
Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 168 hits
Kemaskini Isu Helikopter Black Hawk Kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perjanjian pajakan bagi empat helikopter UH 60A yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat pada 31 Oktober 2024 Keputusan ini diambil berikutan kegagalan syarikat Aer...
Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Ph Sokong Pas Perintah Perlis Sampai Tamat Penggal

Si Kecil Diserang Asthma

Menantu Datuk Nikah Kahwin


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2025

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding