Tak Masak Punya Pasal Beras Sampai Berkutu
Assalamualaikum..
MASIH ingat tak lagi kisah Pak Inche yang diberi peluang berbelanja sebanyak RM300 dalam masa dua minit di Giant Plentong? Boleh baca ceritanya DI SINI
Antara barang yang sempat Pak Inche sambar dalam cabaran itu ialah dua botol minyak masak dan sekampit beras 10 kilogram. Masa tu pulak kami baru aje beli barang dapur termasuk minyak dan beras. Jadi, fikirkan tak payahlah beli beras bulan depannya, kita pun seronok sajalah tambahan beras yang dibeli adalah beras berjenama yang jarang sangat berkutu dan biasanya beras sepuluh kilo akan habis dalam jangkamasa sebulan lebih
Tapi.. ewah.. ewah.. dari sejak beberapa bulan lepas, bukan sahaja dah jarang memasak tetapi kuantiti beras yang dimasak pun dikurangkan sebab asyik tak habis. Nak kata diet, macam gems aje, hahahaha. Nak kata makan di luar selalu pun, boleh jadi jugak. Beras yang sedia ada tak luak, beras yang ni pulak dah mula berkutu. Dari luar beg plastik lutsinar mulanya Sk nampak seekor dua aje, lama-lama eh dia makin membiak pulak. Ish ish ish.. ni kalau dibiar mau semua tinggal beras kosong aje, marilah kita bertindak!
Geli sebenarnya tapi kalau dibiar makin menjadi. Semua beras tu Sk tuang dalam tong beras selepas mengeluarkan baki beras lama yang tinggal untuk lapan kali masak agaknya, hahahaha
Lepas tu, Sk ambil tuala bersih dan letakkan di permukaan beras. Macam mana datang idea tu, spontan jer. Sk fikir kutu tu akan naik ramai-ramai atas tuala, senanglah kita nak buang dia. Jadi, Sk terus serkup jerlah permukaan beras dengan tuala untuk beberapa hari dan.. tu diaaa.. meremang oi bulu roma. Nasiblah kutu beras, kalau kutu manusia………. eiiiiiiiii. Sambil taip ni pun gatal tengkuk oi.. hahaha
Geram punya pasal, SK curah dengan air panas. Mampus kau!! Hahahaha
Adeii.. yang peliknya beras berkarung-karung kat pasaraya tu tak berkutu pulak ek??
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2019/08/tak-masak-punya-pasal-beras-sampai.html