Kebanyakan isteri bekerja untuk membantu kewangan suami
Hari ini, ramai isteri yang bekerja untuk mencari duit sendiri, tetapi kebanyakannya lebih kepada mahu membantu si suami. Persoalannya, bolehkah suami mengambil duit isteri?
Isteri dibenarkan untuk membelanjakan harta atau wang yang dia ada mengikut kehendaknya
Boleh Belanja, Tapi Bukan Boros
Dengan syarat, perbelanjaan itu tidak membawa kepada dosa-dosa seperti pembaziran, maksiat dan sebagainya. Jika si suami melihat kemungkinan isteri berbelanja secara boros atau membawa kepada kemurkaan Allah SWT, maka dia boleh menghalang si isteri.
Alamak, poket ‘kering’ betul ni!
Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat kasar, keras dan tidak menderhakai Allah SWT terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang diperintah.” (surah at-tahrim:6)
Tidak salah si suami mahu menggunakan harta isteri, tetapi hanya dengan keizinan dan kerelaan si isteri
Tidak salah si suami mahu menggunakan harta isteri, tetapi hanya dengan keizinan dan kerelaan si isteri. Daripada Anas bin Malik, bahawa Rasullullah SAW bersabda, “Tidak halal harta Muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya.” (Riwayat Imam ad-Daruqutni)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |