Suami Curang Lukakan Hati Isteri Biar Sembuh Bekasnya Tetap Ada
Seorang suami mungkin merasa bosan jika isteri yang dinikahinya dahulu, tidak sama lagi. Jika dulu orangnya lemah lembut, bercakap pun tidak kasar, tetapi tidak hari ini. Dek kerana kebosanan dengan sikap si isteri begitu, suami mengambil inisiatif lain dengan ‘pasang’ lain.
Artikel Menarik: [Isteri Jangan ‘Kedekut’ Doakan Suami. Itulah Sumber Utama Rezeki Meriah, Hidup Bahagia]
Hati wanita mana yang tidak koyak jika dibuat begitu? Biar bagaimana sekalipun dia berubah kelakuan, di dalam hati tetap menyayangi suaminya. Perubahan itu mungkin kerana letih, mungkin kerana kudratnya tidak sekuat mana untuk buat semuanya sendiri. Perkongsian Ustaz Ebit Lew tentang seorang suami yang menduakan isterinya ketika dia sedang hamil mungkin dapat memberi sedikit pengajaran kepada kita.
SUAMI BUAT HAL WAKTU ISTERI MENGANDUNG
Sedih memang banyak kes orang sakitkan isteri masa mengandung. Kasihan isteri. Ya Allah sedih..
Saya berlari nak ke tandas. Tiba-tiba seorang abang peluk saya depan tandas menangis. Ustaz tolong saya. Saya sayang abang. Sekejap yer saya ke tandas tunggu sekejap yer.
Ustaz,isteri saya dah nak minta cerai. Dia marah saya. Terkantoi ada perempuan lain dalam hidup saya. Dia tengah mengandung. Dia lari rumah mak dia.
Artikel Menarik: [Tak Payah Banyak. Suami ‘Ringan Mulut’ Ucap Terima Kasih, Hilang Semua Penat Isteri!]
Pegang Sikit, Isteri Marah
Ustaz saya sebenarnya dah lama bersabar. Perangai isteri saya. Dia kasar ustaz. Dia dah lama tak bersama saya. Dia selalu marah saya juga. Dia balik kerja hadap anak jer. Dia tak pandang saya pun. Saya pegang sikit kadang dia marah. Dia dah kasar tak mesra lah ustaz.
Kenal Yang ‘Lain’, Lembut Orangnya
Saya tiba-tiba mula kenal seorang wanita ini. Dia lain ustaz. Lembut sangat. Dia buat saya rasa mulia hebat. Mak saya dulu elok layan ayah saya. Nak rumahtangga begitu. Kenapa mak dulu kuat-kuat. Saya dah sangat sayang dia. Isteri saya,saya sayang juga.
Abang sayang mana lebih lagi. Entahlah ustaz.
Tengok Betapa Baik Ayah Layan Ibu
Saya pegang tangan dia. Saya cakap begini abang saya takde banyak masa nak terangkan. Begini, saya hari-hari jumpa orang masalah begini. Saya kena cakap memang abang salah. Abang lalai. Penat dia lahirkan anak abang. Kita dapat nikmat. Isteri macam nak mati mengandung sakit. Nanti bersalin. Dia balik kerja tengok anak lagi. Cuba tengok ayah abang sampai sekarang setia jaga isteri baik-baik. Ada dekat rumah sentiasa tolong mak abang. Betul tak saya cakap?
Luka Hati, Hilang Kepercayaan. Suami Kena Tawan Semula
Yer ustaz. Sebab tu dia dapat isteri begitu. Abang tolong pun tidak. Asal cari nafkah lelaki. Isteri dah tolong kita banyak hal. Wajib atas lelaki. Dari dulu begitu. Jadi jika mereka dah tolong. Kita kena saling faham bantu membantu dalam keluarga. Dah lah abang. Istighfar taubat. Abang mimpi ni. Cepat sedar abang sebelum semuanya musnah.
Kita paku dekat dinding. Kita boleh cabut paku. Tapi dekat dinding tinggal lubang kesan. Begitulah isteri kita lukakan hati dan kepercayaan. Kena tawan semula. Memang luka dah ada. Fikir banyak abang. Isteri abang dah korban semua untuk keluarga.
Meh sini abang. Dia peluk saya menangis. Saya doakan abang tadi. Ya Allah ampunkanlah dosa saya. Doakan saya ustaz. Saya sayang isteri saya. Saya berdosa ustaz.
Artikel Menarik: [Kentut Depan Isteri, Suami Macam Ni Cukup Sayangkan Keluarganya!]
Semoga dengan perkongsian dari Ustaz Ebit ini dapat memberi sedikit kesedaran kepada suami tentang kepentingan berkasih sayang dengan isteri. Semoga perkahwinan kita semua dilindungi dan diberkati. Sentiasa belajar untuk terus menyayangi dan sama-sama selalu tidak ego untuk mengakui kesilapan.
The post Suami Curang, Lukakan Hati Isteri. Biar Sembuh, Bekasnya Tetap Ada appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/suami-curang-lukakan-hati-isteri-biar-sembuh-bekasnya-tetap-ada/