Suami Tanggung Dosa Isteri




SOALAN:
Adakah sahih suami akan menanggung segala dosa isterinya?

JAWAPAN:
Di dalam al-Quran banyak ayat yang memerintahkan agar setiap daripada manusia itu menjaga diri mereka dan juga orang-orang yang berada di sekitar mereka daripada melakukan maksiat atau dosa. Antara firman Allah SWT yang menceritakan perkara tersebut adalah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka.” (al-Tahrim: 6)

Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi dalam tafsirnya menyatakan makna ayat ini ditujukan kepada setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah SWT agar mereka menjauhi diri mereka daripada api neraka dengan melakukan perkara kebaikan serta menjauhi diri daripada melakukan perkara maksiat dan ahli keluarga mereka dengan cara menasihati mereka, menunjukkan jalan yang benar kepada mereka dan menyuruh mereka melakukan perkara yang ma’ruf serta mencegah diri daripada melakukan perkara mungkar.

Di samping itu, Imam al-Qurthubi menukilkan daripada pendapat Qatadah dan Mujahid bahawa maksud memelihara diri adalah memelihara diri dengan menjaga tingkahlaku dan memelihara ahli keluarga pula adalah dengan menasihati mereka. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 476/14]

Berdasarkan soalan di atas, secara asalnya di dalam syara’ setiap insan itu tidak akan menanggung dosa orang lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا
“Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggung dosanya.” (al-An’am: 164)

Imam al-Hafiz Ibn Kathir mengatakan ketika menafsirkan ayat ini bahawa ayat ini menceritakan perihal hari Kiamat ketika berlakunya pembalasan, hukuman dan pengadilan daripada Allah SWT. Selain itu, setiap jiwa itu akan diberi ganjaran berdasarkan setiap amalannya.

Jika baik amalannya, maka baiklah pembalasannya. Dan jika buruk amalannya, maka buruklah pembalasannya. Ini kerana, setiap jiwa (manusia) itu tidak akan memikul kesalahan (dosa) orang lain. Hal ini membuktikan akan keadilan Allah SWT sepertimana firman Allah SWT:

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ وَإِن تَدْعُ مُثْقَلَةٌ إِلَىٰ حِمْلِهَا لَا يُحْمَلْ مِنْهُ شَيْءٌ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰ
“Dan (ketahuilah) bahawa seorang pemikul itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa), lalu memanggil (orang lain) untuk menolong agar dipikul sama bebanan tersebut, maka tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya walaupun orang yang meminta pertolongannya itu daripada kaum kerabatnya sendiri.” (Fatir: 18)

[Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 383-384/3]

Melihat kepada ayat dan kenyataan daripada Imam Ibn Kathir di atas, jelas menunjukkan di dalam syarak bahawa setiap insan yang sempurna akal fikirannya dan telah baligh (mukallaf), dosanya itu akan ditanggung oleh dirinya sendiri tidak kira apa statusnya sama ada dia seorang suami, isteri, ayah, ibu, anak atau selain daripadanya.

Adapun, suami itu atau sesiapa sahaja akan berdosa bila mana dia tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya seperti menasihati isteri dalam perkara yang ma’ruf dan menghalangnya daripada melakukan perkara yang mungkar. Perkara ini ada dinyatakan di dalam sebuah hadith iaitu daripada Abdullah bin Umar R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ، وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ
“Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya berkaitan orang dibawahnya. Seorang imam (ketua atau pemimpin) ke atas manusia adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Dan seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan dia akan ditanya berkaitan perihal mereka (ahli keluarganya).” [Riwayat Muslim (1829)]

Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan pemimpin di dalam hadith ini sebagaimana yang dikatakan oleh ulama’ adalah seorang penjaga yang telah diamanahkan dan beriltizam dalam memperbaikkan setiap perkara yang dilakukan terutama orang yang berada dibawah penjagaannya.

Jika terdapat kekurangan terhadap orang berada dibawah penjagaannya, maka dia dipertanggungjawabkan untuk mengadilinya (jika berlaku kezaliman) serta menguruskan keperluan yang diperlukannya (orang yang berada di bawah) sama ada perkara itu melibatkan agama, dunia atau mana-mana perkara yang berkaitannya. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 213/12]

Selain itu juga, di dalam al-Quran terdapat firman Allah SWT yang menunjukkan bahawa lelaki merupakan pemimpin buat wanita. Antaranya firman Allah SWT:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” (al-Nisa’: 34)

Kata Syeikh al-Sa’di, maksud lelaki adalah pemimpin di dalam ayat ini adalah kaum lelaki wajib menyuruh wanita (isteri) menunaikan hak-hak Allah seperti menjaga perkara-perkara yang fardhu dan mengahalang mereka daripada melakukan perkara maksiat. Ayat ini menunjukkan tanggungjawab kaum lelaki (suami) terhadap wanita (isteri) dalam memastikan mereka menjalankannya hak-hak tersebut. [Lihat: Taysir al-Karim, 177]

Bagi menjawab persoalan di atas, kami katakan bahawa si suami sama sekali tidak akan menanggung dosa isterinya jika si suami itu telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Adapun, jika si isteri masih melakukan perkara maksiat setelah ditegur (dinasihati) atau si isteri melakukan maksiat di belakang suami (tanpa pengetahuan suami) maka si isteri itu tetap berdosa dan suami tidak akan sama sekali menanggung dosa-dosa tersebut.

Ini kerana, tanggungjawab adalah untuk menasihati isteri kerana ia merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan dan perkara itulah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di Akhirat kelak jika si suami cuai dalam mendirikan hal tersebut. Untuk itu, kami tegaskan bahawa kenyataan bahawa suami akan menanggung segala dosa isteri adalah tidak benar kerana ia bertentangan dengan dalil-dalil yang telah kami sebutkan di atas.

Kesimpulan

Setiap insan (mukallaf) akan menanggung dosanya sendiri di hadapan Allah SWT apabila tiba hari pengadilan dan setiap insan itu sama sekali tidak akan membawa atau menanggung dosa orang lain apabila dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita isteri-isteri yang solehah dan menjadikan keluarga yang terbina itu penuh dengan sakinah (ketenangan), rahmah (rahmat) dan mawaddah (kasih sayang). Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/suami-tanggung-dosa-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Kepentingan Untuk Memfitnah Isteri Da I Hijrah Nafi Sengaja Dedah Kes Video Panas Suami

Tiada Kepentingan Untuk Memfitnah Isteri Da I Hijrah Nafi Sengaja Dedah Kes Video Panas Suami

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 486 hits
Minggu lalu hangat lagi dengan kontroversi seorang pendakwah bebas dimana isterinya telah tampil membuat pendedahan mengejutkan tentang sikap suaminya yang kerap menghantar mesej tidak senonoh dan juga video mengghairahkan kepada wanita lai...
Bukan Hanya Beri Duit Untuk Hargai Isteri Anak Hadiah Ini Pun Patut Suami Fikirkan

Bukan Hanya Beri Duit Untuk Hargai Isteri Anak Hadiah Ini Pun Patut Suami Fikirkan

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 314 hits
Berkahwin dan memiliki anak Ini antara impian bagi setiap individu apabila mereka rasa mampu untuk menjalankan tanggungjawab setelah mempunyai kewangan yang kukuh dan pekerjaan yang menjamin masa depan Bagi pasangan yang dah mendirikan ruma...
Jangan Biar Isteri Uruskan Semua Hal Suami Pun Kena Take Part

Jangan Biar Isteri Uruskan Semua Hal Suami Pun Kena Take Part

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 568 hits
Suami isteri ditakdirkan untuk menjadi pelengkap antara satu sama lain Sesuatu hubungan yang bahagia tidak perlu dinilai dengan kemewahan material semata mata tetapi jumlah perhatian yang diberikan kepada pasangan kita Sebagai suami contohn...
Inilah Balasan Suami Curang Terhadap Isteri

Inilah Balasan Suami Curang Terhadap Isteri

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 362 hits
Inilah Balasan Suami Curang Terhadap IsteriSeorang lelaki di China telah melakukan sesuatu yang diluar jangkaan oleh kerana rasa bersalah setelah berlaku curang kepada isterinya Lelaki ini telah beristeri namun berlaku curang dengan mempuny...
Bayi Dalam Perut Isteri Ghaib Selepas Suami Terlanggar Musang

Bayi Dalam Perut Isteri Ghaib Selepas Suami Terlanggar Musang

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 575 hits
Antara saat yang paling menggembirakan bagi pasangan suami isteri ialah apabila mengetahui mereka bakal menimang cahaya mata Ini kerana kehadiran anak kecil bakal melengkapkan kehidupan sebagai sebuah keluarga Loading Sebagai bakal ibu bapa...
Isteri Rela Pergi Ketika Bersalin Kecewa Suami Abai Tanggungjawab

Isteri Rela Pergi Ketika Bersalin Kecewa Suami Abai Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 528 hits
Bagi wanita yang mengandung perhatian daripada suami merupakan sesuatu yang paling dimahukan Apa tidaknya pelbagai aktiviti dan kerja harian yang tidak dapat dilakukan ekoran keterbatasan pergerakan Pun begitu ada juga segelintir suami yang...
Isteri Suka Picit Tengah Suami Pula Suka Picit Dari Belakang Punca Cerai

Isteri Suka Picit Tengah Suami Pula Suka Picit Dari Belakang Punca Cerai

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 502 hits
Kes perceraian pada setiap tahun di laporkan di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan Kadang kadang punca remeh dan tidak masuk akal menjadi penyebab perpisahan antara pasangan berkahwin Zaman sekarang kes cerai semakin aneh dan pelik...
Suami Ikat Ketat Tak Lepas Kalau 13 Perkara Ni Isteri Buat Untuknya

Suami Ikat Ketat Tak Lepas Kalau 13 Perkara Ni Isteri Buat Untuknya

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 518 hits
Untuk seorang isteri memenangi hati suami sebenarnya tidaklah susah Kadang kadang suami tidak kisah pun bentuk fizikal isteri yang dia inginkan hanya seorang isteri yang menyayangi serta memanjakannya Suami ni kalau diikutkan kalau manja le...
Belajar Rasa Beban Seorang Isteri Baru Suami Tahu Besarnya Pengorbanan Seorang Ibu

Belajar Rasa Beban Seorang Isteri Baru Suami Tahu Besarnya Pengorbanan Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 461 hits
Pengorbanan seorang isteri dan ibu itu memang tidak boleh disangkal lagi Pertarungan dalam melahirkan seorang bayi sudah cukup menggambarkan betapa kuatnya seorang ibu tambah pula perlu menguruskan rumah tangga dengan pelbagai tugas Ternyat...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba