Tak Larat Makan Di Restoran Lapan Kati


 Assalamualaikum WBT 


HAMPIR ke waktu tengahari semalam, Sk dikejutkan dengan berita pemergian suami Kak Rosmah ke rahmatullah. Orangnya sihat-sihat sahaja, baru menyambut ulangtahun kelahiran ke 50 pada 1 Mei lepas. Sehari sebelumnya, arwah masih lagi bekerja tapi balik kerja tu arwah mengadu sakit dada hingga belakang badan. Dalam jam 2 pagi, arwah sakit mengerang kuat sehingga Kak Rosmah terpaksa meminta pertolongan jiran. Arwah dilaporkan meninggal dunia dalam ambulan semasa dalam perjalanan ke hospital.


Kak Rosmah merupakan sahabat baik Angah sejak di Tingkatan 3. Sk masih ingat lagi, ikut Angah ke rumah Kak Rosmah di Kampung Pengkalan Rinting. Dalam perjalanan tu, Kak Rosmah singgah ke kedai runcit beli air gas perisa oren. Masa tu belum wujud lagi kot minuman gas dalam tin, semua dalam botol. Nanti, pekedai akan buka tutup botol (kita panggil ceper) dan tuang airnya dalam plastik dan letak straw. Sk tak ingat berapa harga sebotol tapi ada beza harga jika kita beli dengan botol sekali atau tuang dalam plastik. Bayangkan, dah berjalan jauh tengah panas pulak tu, kecur betul tengok air oren Kak Rosmah tapi dia langsung tak pelawa kami minum, Kak Rosmah pun tak minum juga. Sampai rumah, Kak Rosmah ambil jag dan tuang air oren tu ke dalam jag, kemudian tambahkan air masak sehingga jadi banyak. Lepas tu baru dituang ke dalam beberapa cawan, minum sama-sama. Kenangan betul!


Semoga Kak Rosmah sekeluarga bertabah dengan kehilangan ini. 


إنا لله وإنا إليه راجعون


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وارْحمْها وعافِها واعْفُ عنْها ،
وَأَكرِمْ نزُلَها ، وَوسِّعْ مُدْخَلَها واغْسِلْها بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ ، ونقلها منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس ، وَأَبْدِلْها دارا خيراً مِنْ دَارِها ، وَأَهْلاً خَيراً منْ أهْلها ، وزَوْجاً خَيْراً منْ زَوْجِهِا ، وأدْخِلْها الجنَّةَ ، وَأَعِذْها منْ عَذَابِ القَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ النَّار   


Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampungnya dengan kampung yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.


Amiiinnn Ya Robbal Alamiinnn.




Malam tadi, Pak Inche ajak makan di Restoran Lapan Kati.  Lama giler kami tak makan kat sini. Pak Inche nak makan Mee Hailam tapi PI pesan sayur Chap Chai jugak




Tu takpa, pesan jugak Szechuan  Sweet & Sour Soup, lupa nama sebenar. Ni saiz seorang makan pun dah saiz mangkuk hidang nasi yang besar tu. Yang nak makannya PI jer pun. Bungkuslah yang tak habis tu




Sk pesan Cantonese Kuey Teow untuk seorang makan. Padahal tahu porsi seorang makan kat sini banyak, tapi manalah tahu, semenjak barang naik harga ni porsinya dah mengecil, kan. Staf yang ambil pesanan pun tak cakap apa, contohnya mencadangkan agar kami berkongsi ke.. kan. Sekali datang, hamek kauuu.. huhuhu. Terus minta pinggan kosong, ceduk secukupnya nak makan, yang lain bungkus
Iman pulak makan nasi dengan Chicken Lemon, nasi okeylah, memang porsi seorang makan




Mee Hailam PI, kata kakak tu macam tak biasa pulak, hahaha. Macam Sk cakap tadi, la, bukan tak biasa tapi sebab lama dah tak datang sini, manalah tahu dah berubah porsinya.  Mee Hailam pun ceduk masuk pinggan, lebih bungkus




Pagi ni, Sk bawa pergi kerja, pinjam sekali multicooker Iman. Kalau panaskan kat rumah nanti nak makan kat pejabat dah sejuk dan sejuk tak sedap ya Cantonese Kuey Teow ni. Kalau mihun goreng ke, tak apa




Lepas Majlis Membudayakan Al-Quran dan ada mesyuarat sikit pagi ni, baru panaskan kuey teow, hahaha




Cili padi potong pun bawa. Makan dengan cili padi potong baru ngam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/08/tak-larat-makan-di-restoran-lapan-kati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Restoran Makan Yang Lazat Dan Menjadi Pilihan Ramai Di Hotel Royal Chulan Seremban

Restoran Makan Yang Lazat Dan Menjadi Pilihan Ramai Di Hotel Royal Chulan Seremban

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 245 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakana rakan yang dikasihi sekalian Sebelum ni Maha ada kongsikan tentang bilik penginapan yang di dan juga beberapa lokasi menari berhampiran yang boleh dik...
Makan Di Restoran Piring Puteh Giant Tampoi

Makan Di Restoran Piring Puteh Giant Tampoi

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum WBT PANAS lit lit cuaca hari ni Boleh rasa perjalanan balik kerja nanti pasti mencabar sebab cahaya matahari datang dari arah depan Jangan jammed sudahlah dahlah balik nanti dah janji dengan Pak Inche nak masak ketam hehehe ...
Makan Di Restoran Kesum Selasih

Makan Di Restoran Kesum Selasih

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 180 hits
Assalamualaikum WBT MALAM kedua kena tinggal Pak Inche kali ini kami ke Restoran Kesum Selasih yang baru sahaja dibuka di Taman Pulai Makmur bersebelahan dengan Cantik restorannya dari luar sampai dalam staf pun sopan Menunya agak istimewa ...
Makan Mee Celup Di Restoran Ainoni

Makan Mee Celup Di Restoran Ainoni

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum WBT MINGGU lepas tiga hari Pak Inche keluar daerah menghadiri latihan di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur Tinggallah berdua dengan Iman bersama anabul 7 ekor Tinggal berdua tu memang tak masaklah makan kat kedai aje senang Mal...
Makan Di Restoran Singgah Maju Tomyam

Makan Di Restoran Singgah Maju Tomyam

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 137 hits
Assalamualaikum WBT BEBERAPA kali pergi satu hari tu terkejut tiba tiba wujud satu Restoran Tomyam yang sungguh meriah Pada mulanya ingatkan restoran tu baru dibuka tapi menurut adik pekerja RNAHS restoran tu bercuti panjang tu la yang sebe...
Makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang Di Restoran Jasmin

Makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang Di Restoran Jasmin

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum WBT BANYAK sungguh gambar makanan dalam galeri handphone Sk ni ha Apa ke tidaknya asal makan jer nak kena ambil gambar dulu Cuba juga tak nak ambil gambar tapi tak boleh janggal jadinya hahahaha Ikut tarikh pada gambar 11 Ju...
Tak Susah Rupanya Buat Pulut Sekaya Yang Tak Makan Tepung Boleh Cuba

Tak Susah Rupanya Buat Pulut Sekaya Yang Tak Makan Tepung Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 196 hits
Pulut sekaya merupakan salah satu jenis pencuci mulut tradisonal dipercayai berasal dari Pantai Timur yang masih digemari oleh segenap masyarakat Melayu Namun tahukah anda kuih pulut sekaya versi asli juga sesuai buat mereka yang mengamalka...
Pai Pai Brown Bergaduh Time Makan

Pai Pai Brown Bergaduh Time Makan

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 146 hits
Assalamualaikum Dua ekor ni adik beradik sama ibubtapi x tau la bapaknya sama ke tak sebab si brown tu kucing siam si PaiPai plak kucing tempatan biasa yang ekor gebu sangat macam ekor tukar sebab tu SA panggil dia PaiPai Semalam SA bagi du...
Prk Nenggiri Senjata Makan Diri

Prk Nenggiri Senjata Makan Diri

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 111 hits
Hishamuddin AunLangkah PN ulangi strategi PRK Sungai Bakap dengan menyerang kerajaan perpaduan dan tunggang isu kenaikan harga barang ditolak pengundi Nenggiri Satu video di Tik Tok mempersendakan pengarah operasi Perikatan Nasional bagi PR...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian