Makan Di Restoran Piring Puteh Giant Tampoi


 Assalamualaikum WBT 


PANAS lit-lit cuaca hari ni. Boleh rasa perjalanan balik kerja nanti pasti mencabar sebab cahaya matahari datang dari arah depan. Jangan jammed sudahlah, dahlah balik nanti dah janji dengan Pak Inche nak masak ketam, hehehe. Gigih dua beranak tu pergi Pasar Tani pagi tadi, takkan tak jadi pulak nak masak. Sk dah pesan dengan Iman pukul 6 nanti masak nasi. Pak Inche pun dah siap siang dan bersihkan ketam, Sk tinggal kisar cili dengan kunyit hidup, campak dalam kuali. Cadangnya, nak masak lemak la, apa lagi. Takkan nak masak sambal lagi? Hihi.




Kisah minggu lepas, Iman datang pejabat Sk ajak pergi lunch di Restoran Piring Puteh yang membuka cawangan di Giant Tampoi. Dia kata, lama tak makan tengahari dengan bonda, dah ada kereta sendiri ni bolehlah datang, kalau tak, kena la tunggu hari Jumaat atau Sabtu baru dapat makan tengahari sama-sama. Cantik buku menu RPP cawangan Giant Tampoi ni. Sebelum ni Sk pernah bawa pembaca ke Restoran Piring Puteh, Pontian.. boleh baca DI SINI




Terasa nak menyirap pulak, Iman minum Teh O Ais Limau. Sebenarnya nak minum ais kosong tapi ada mineral water aje yang lagi mahal dari air sirap, baiklah minum sirap, hahahah




Setelah puas menepuk dada (tanya selera), pilihan kami, Asam Pedas Ikan Siakap dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api serta Taugeh Goreng. Hampir 25 minit jugak menunggu lauk-pauk dihidang ke meja. 



Aduh, lupa nak request tak nak bahagian kepala. Mujurlah banyak juga bahagian isinya ni. Ada dua batang bendi dan eloklah bendinya, tak tua macam masa Sk makan kat RPP Pontian. Kuah asam pedas tu sama rasa macam kat Pontian yang mana seakan-akan rasa Asam Pedas Tumis Darat Ibu Sk. Sedap tapi dia lain sikit tau dari asam pedas yang biasa, mungkin resepinya lebih bawang atau ada tambahan cili hidup kot. Kalau ibu Sk dulu, lepas ikan masak, ibu akan tumis bawang dimayang dan kemudian curahkan dalam gulai, dikacau sebentar sebelum dimatikan api. Gulai Tumis Darat agak cair tapi yang ni tak cair, sedaplah, Iman suka




Secara peribadi Sk lebih suka masakan Daging Salai Lemak Cili Api ni. Tapi, tulah, dagingnya nipis betul macam guna slicer, hahaha. Memanglah tak boleh lawan Daging Salai di Lomak Salai Tampin tapi tetap sedap, pedas betul sampai menangis kita dibuatnya, hehehe




Mula ingat asam keping ke yang nipis sangat tu, rupanya daging. Daging lembut la bila dah hiris nipis macam tu, kan




Lambat taugeh ni sampai




Ambil tiga lauk pun cukup. Ni kalau ada Pak Inche, memang kena ada telur dadar dan sambal belacan serta ulam. Dengan Iman ni, cukup gulai asam pedas dan taugeh jer tapi Sk pulak suka masak lemak cili api




Harga berpatutan la bila kau dilayan macam raja. Restoran pun cantik, takkanlah dia nak letak harga awangan, kan




Senang jer nak datang sini sebab restorannya terletak betul-betul di laluan pagar masuk utama Giant Tampoi. Pintunya pulak betul-betul sebelah kedai eco, sambil tunggu makanan siap bolehlah shopping dulu, hahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/09/makan-di-restoran-piring-puteh-giant.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Larat Makan Di Restoran Lapan Kati

Tak Larat Makan Di Restoran Lapan Kati

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum WBT HAMPIR ke waktu tengahari semalam Sk dikejutkan dengan berita pemergian suami Kak Rosmah ke rahmatullah Orangnya sihat sihat sahaja baru menyambut ulangtahun kelahiran ke 50 pada 1 Mei lepas Sehari sebelumnya arwah masih...
Restoran Makan Yang Lazat Dan Menjadi Pilihan Ramai Di Hotel Royal Chulan Seremban

Restoran Makan Yang Lazat Dan Menjadi Pilihan Ramai Di Hotel Royal Chulan Seremban

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 365 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakana rakan yang dikasihi sekalian Sebelum ni Maha ada kongsikan tentang bilik penginapan yang di dan juga beberapa lokasi menari berhampiran yang boleh dik...
Makan Di Restoran Singgah Maju Tomyam

Makan Di Restoran Singgah Maju Tomyam

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum WBT BEBERAPA kali pergi satu hari tu terkejut tiba tiba wujud satu Restoran Tomyam yang sungguh meriah Pada mulanya ingatkan restoran tu baru dibuka tapi menurut adik pekerja RNAHS restoran tu bercuti panjang tu la yang sebe...
Makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang Di Restoran Jasmin

Makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang Di Restoran Jasmin

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum WBT BANYAK sungguh gambar makanan dalam galeri handphone Sk ni ha Apa ke tidaknya asal makan jer nak kena ambil gambar dulu Cuba juga tak nak ambil gambar tapi tak boleh janggal jadinya hahahaha Ikut tarikh pada gambar 11 Ju...
Hasil Survei Di Bogor 69 Persen Responden Sangat Perlu Makan Bergizi Gratis

Hasil Survei Di Bogor 69 Persen Responden Sangat Perlu Makan Bergizi Gratis

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 188 hits
Deputi Kementerian PMK menilai 69 persen responden merupakan angka yang tinggi
Port Lepak Santai Makan Repeat Tgi Fridays I City Central

Port Lepak Santai Makan Repeat Tgi Fridays I City Central

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 138 hits
18 Aug 2024 Throwback Selepas menghabiskan masa seharian di rumah makcik cik yuyi ajak makcik dengan Daus pergi I City Central Cik yuyi tanya makcik nak makan mana Makcik cakap ikut dekat mana anak2 dia suka makan Dia cakap TGi lah apa lagi...
Port Best Kedai Makan Bidadari Turun Malam Bangi

Port Best Kedai Makan Bidadari Turun Malam Bangi

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 222 hits
Kali kedua datang sini Sebelum ni datang masa pembukaan kedai jd servis mmg lambat Kali kedua dtg servis mmg laju Belum sempat sembang panjang lagi makanan dah sampai laju tak laju kan Masa datang time tu pkul 6ptg Kalau malam comfirm ramai...
Prk Nenggiri Senjata Makan Diri

Prk Nenggiri Senjata Makan Diri

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 137 hits
Hishamuddin AunLangkah PN ulangi strategi PRK Sungai Bakap dengan menyerang kerajaan perpaduan dan tunggang isu kenaikan harga barang ditolak pengundi Nenggiri Satu video di Tik Tok mempersendakan pengarah operasi Perikatan Nasional bagi PR...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus

Jam Tangan Pintar Beteknologi Kesihatan Dan Kecergasan Amazfit Active 2