Restoran Makan Yang Lazat Dan Menjadi Pilihan Ramai Di Hotel Royal Chulan Seremban


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakana-rakan yang dikasihi sekalian. Sebelum ni Maha ada kongsikan tentang bilik penginapan yang di Hotel Royal Chulan Seremban dan juga beberapa lokasi menari berhampiran yang boleh dikunjungi kalau menginap di hotel ni. So seperti yang Maha janjikan kali nak kongsikan restoran atau tempat makan yang ada di Hotel Royal Chulan Seremban



Dalam hotel ni ada dua restoran iaitu satu restoran masakan china iaitu Restoran Han Pi Yuen. Manakala satu lagi restoran kat bahagian lobi hotel iaitu Restoran Asiatique yang menyajikan bufet makanan masakan melayu, timur dan juga barat. Jom kita terjah satu-satu restoran yang ada dalam hotel ni. Lepas ni korang tak perlu keluar lagi untuk cari makan boleh jer pergi restoran mereka dijamin sedap

Restoran Han Pi Yuen Memperkenalkan Hidangan Cina Asli Citarasa Tempatan
Jangan risau restoran cini yang ada dalam Royal Chulan Seremban ni dijamin halal. Sebab tu Maha berani makan kat sini. Restoran Han Pin Yuen ini terletak di aras mezanin hotel dan restoran ini dibuka setiap hari (kecuali pada hari Isnin) untuk makan tengah hari dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang. Manakala makan malam dari 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari





Hari tu masa Maha sampai petang Jumaat lepas sahaja check-in dah penat jadi malas nak keluar jadi pilih untuk makan malam di sini dengan kawan-kawan. Kami pilih set hidangan yang ada  Ayam Kung Pao dengan Kacang Gajus, Makanan Laut Claypot dengan Dadih Kacang, Telur Scramble Gaya Cina, Sayur Tumis, Nasi Putih, buah-buahan tempatan dan Teh Cina





Set ini sangat sedap yer memang kena dengan tekak Melayu walaupun masakan chinese style. Rempah ratus dan juga bahan masakan semua segar cukup rasa. Makan pulak panas-panas memang mengancam giler. Memang rekemen sebenarnya untuk korang yang menginap sini cuba makan kat restoran ini. Layan daripada mereka punya pelayan pun bagus kita tanya sahaja semua mereka jawab dengan lemah lembut. Memang kenyang makan malam hari tu tak perlu nak drive keluar hotel dah penatkan.






Selain itu juga kat restoran ini ada juga set lain yang menjadi menu seperti Set Bento. Set ini ada harga yang berbeza dan juga hidangan berlainan untuk banyakkan pilihan kepada tetamu yang datang. Juga kalau tak nak ambil set boleh sahaja pilih A La Carte. Lauk pauk dari senarai menu yang mereka ada untuk selera berlainan. Dalam menu tu ada Chicken Chop dengan Mango Sauce. Itik Asap Cili Kering dan Bawang Merah, Daging Tumis Halia dan Bawang Besar, Asparagus Sambal, Kailan Goreng Ikan Bilis Perak, Udang Telur Masin dan Nestum, Ikan Tongkol Kari Nyoya, Sotong Goreng Kacang Sauda dan macam-macam lagi




Dekorasi dalam restoran ni pun menarik dan sangat selesa. Dalam tu boleh muat lebih kurang 50-80 orang tetamu dalam satu-satu masa. Kalau datang rombongan beramai-ramai boleh booking satu retoran. Menarik dan keluar dari restoran tu perut kenyang dan rasa mengantuk sebab dah malam. Jadi masuk bilik terus terbaring tidur sahaja lah. Sambung untuk esok lak nak makan kat mana

Restoran Asiatique Saji Juadah Lokal Hingga Antarabangsa
Menginap kat hotel ni akan dapat sekali pakej untuk sarapan pagi bagi dua orang. Jadi sarapan pagi tu bufet style yang di adakan di Restoran Asiatique. Restoran ni berada kat aras lobi hotel sahaja dan juga besar sangat. Kalau sarapan pagi sini memang ada menu yang menjadi pilihan masakan tempatan seperti Nasi Lemak, Bihun Goreng, Nasi Bubur, Roti Jala, Nasi Goreng dan macam-macam lagi





Juga ada hidangan pastri seperti roti bakar, muffin kek, croissant bread, sosej dan nugget untuk kanak-kanak kena ada. Style sini bufet makan berapa banyak selagi mampu tapi jangan membazir. Sarapan pagi hotel bermula dari 7.30pagi hingga ke 10.00pagi. Kalau makanan habis mereka akan tambah untuk memastikan semua tetamu dapat. Setiap hari sarapan pagi mereka akan rotate dengan menu-menu lain untuk bagi kepelbagaian.





Hujung minggu pun kat restoran ini ada sediakan bufet makan tengah hari. Lagi banyak pilihan makanan untuk makan tengah hari kat sini. Makanan Asia seperti Gado-Gado, Mee Kuah, juga pilihan nasi dan lauk pauk dari masakan daging dan juga makanan laut. Kalau nak makanan barat mereka sediakan pasta dan speghati. Menarik masakan barat ni chef akan masak depan mata kita untuk pilihan kuah Cabonara atau juga Bolognese bersama cheese yang banyak. Kena makan panas-panas baru sedap cheese boleh tarik. 




Pilihan makanan salad dan juga side dish lain pun ada baru lah variati dan sihat. Buah-buahan segar juga ada. Minuman nak yang panas mahupun yang sejuk disediakan. Mesin automatik bancuh kopi ada juga untuk pilihan kopi Cappuccino, Latte, Americano dan banyak lagi. Air cordial buah pun ada kat situ. Makan bufet tengah hari pula bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang. 




Menarik Restoran Asiatique ia ada pemandangan kolam renang. Lepas makan nak berenang pun boleh hehehe. Nampak orang mandi manda dan juga air kolam yang bersih dan juga kehijauan pokok-pokok. Bagi Maha hotel ni menarik untuk bermalam tanpa perlu keluar pun kalau datang atas urusan kerja. Tapi kalau bawa famili jalan-jalan boleh perti tempat menarik yang Maha dah kongsikan pada posting sebelum ini






So itu sahaja posting Maha untuk staycation singkat dan dekat di Hotel Royal Chulan Seremban ni. Kalau korang ada pengalaman menarik kat hotel ni boleh kongsikan di ruangan komen di bawah ni. Kalau nak tanya sebarang persoalan boleh hubungi mereka terus kat no yang Maha kongsikan di bawah ini ok. Bagi Maha hotel ni dalam list untuk stay dan pengalaman menarik berada di Seremban. Jumpa lagi dan selamat bercuti semua

Sebarang pertanyaan dan juga tempahan hubungi :
Royale Chulan SerembanJalan Dato’ A.S. Dawood, 70100 Seremban,Negeri Sembilan, MalaysiaLaman web : https://www.royalechulan.com/SerembanTel : 606 766 6666Fax: 606 766 6000Email: [email protected]           [email protected]









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/08/restoran-makan-yang-lazat-dan-menjadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Menarik Dan Lokasi Pelancongan Sekitar Hotel Royal Chulan Seremban

Aktiviti Menarik Dan Lokasi Pelancongan Sekitar Hotel Royal Chulan Seremban

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 146 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kalau nak keluar dari kesibukan kota Kuala Lumpur tapi tidak mahu travel jauh jauh mana lokasi yang korang akan pilih Kalau bagi...
Makan Di Restoran Singgah Maju Tomyam

Makan Di Restoran Singgah Maju Tomyam

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 135 hits
Assalamualaikum WBT BEBERAPA kali pergi satu hari tu terkejut tiba tiba wujud satu Restoran Tomyam yang sungguh meriah Pada mulanya ingatkan restoran tu baru dibuka tapi menurut adik pekerja RNAHS restoran tu bercuti panjang tu la yang sebe...
Makan Di Restoran Kesum Selasih

Makan Di Restoran Kesum Selasih

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 178 hits
Assalamualaikum WBT MALAM kedua kena tinggal Pak Inche kali ini kami ke Restoran Kesum Selasih yang baru sahaja dibuka di Taman Pulai Makmur bersebelahan dengan Cantik restorannya dari luar sampai dalam staf pun sopan Menunya agak istimewa ...
Makan Mee Celup Di Restoran Ainoni

Makan Mee Celup Di Restoran Ainoni

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 195 hits
Assalamualaikum WBT MINGGU lepas tiga hari Pak Inche keluar daerah menghadiri latihan di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur Tinggallah berdua dengan Iman bersama anabul 7 ekor Tinggal berdua tu memang tak masaklah makan kat kedai aje senang Mal...
Kemampuan Calon Menjadi Pilihan Pengundi

Kemampuan Calon Menjadi Pilihan Pengundi

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 214 hits
Calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan secara rasmi menang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri selepas menewaskan calon Pas mewakili Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail sekali gus menawan semula keru...
Tak Larat Makan Di Restoran Lapan Kati

Tak Larat Makan Di Restoran Lapan Kati

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 143 hits
Assalamualaikum WBT HAMPIR ke waktu tengahari semalam Sk dikejutkan dengan berita pemergian suami Kak Rosmah ke rahmatullah Orangnya sihat sihat sahaja baru menyambut ulangtahun kelahiran ke 50 pada 1 Mei lepas Sehari sebelumnya arwah masih...
Makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang Di Restoran Jasmin

Makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang Di Restoran Jasmin

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 133 hits
Assalamualaikum WBT BANYAK sungguh gambar makanan dalam galeri handphone Sk ni ha Apa ke tidaknya asal makan jer nak kena ambil gambar dulu Cuba juga tak nak ambil gambar tapi tak boleh janggal jadinya hahahaha Ikut tarikh pada gambar 11 Ju...
Dinner Anniversary Di Royale Chulan Seremban

Dinner Anniversary Di Royale Chulan Seremban

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 185 hits
Assalamualaikum Jom citer part Dinner Anniversary kami Sabtu malam Ahad lepas di Royale Chulan Seremban Kalau korang nak tau SA memang x expect pun ada dinner ni ntah bila ntah Dania dan Uncle dia plan suami just suruh siap siap nak belanja...
Makan Di Restoran Piring Puteh Giant Tampoi

Makan Di Restoran Piring Puteh Giant Tampoi

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 136 hits
Assalamualaikum WBT PANAS lit lit cuaca hari ni Boleh rasa perjalanan balik kerja nanti pasti mencabar sebab cahaya matahari datang dari arah depan Jangan jammed sudahlah dahlah balik nanti dah janji dengan Pak Inche nak masak ketam hehehe ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord