Tak Lalu Makan Nasi Isteri Buatkan Burger Ayam Itulah Hidangan Terakhir Untuk Suami


Ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Siapa yang menyangka, hari ini si dia yang kita sayangi masih sihat dan elok sahaja bersama kita tiba-tiba esoknya ‘pergi’ meninggalkan kita. Jika ini yang berlaku, sudah tentu ia sesuatu yang mengejutkan dan sukar untuk diterima. Sama seperti isteri ini, Ecah Ayra, yang telah berkongsi dua keping foto makanan dengan kapsyen yang menyedihkan di sebuah grup masakan di Facebook.
Menurutnya, suami tidak ada selera mahu makan nasi. Jadi dia sediakan makanan tersebut untuk memancing selera suaminya. Siapa sangka, itulah hidangan terakhir yang Ecah sediakan untuk suaminya. Pemergian suaminya secara mengejut tahun lalu masih memberi kesan kepadanya sehingga sekarang.
Foto kenangan Ecah sekeluarga Mohd Feroh Abdul Razak mendapat serangan jantung ketika sedang bersukan dan Ecah hanya mendapat tahu tentang hal itu apabila rakan-rakan suaminya datang ke rumah untuk memaklumkan hal tersebut kepadanya.
Arwah Suami Seorang Yang Sempurna Menurut Ecah, suaminya seorang yang bertolak ansur dan banyak membantunya menguruskan hal rumah tangga. Bahkan, arwah seorang yang penyayang dan rajin melayan karenah anak-anak. Arwah Feroh juga rapat dengan anak perempuan mereka.
Boleh dikatakan sepanjang tujuh tahun perkahwinan mereka, Ecah memberitahu jarang sekali dia yang mengemas rumah. Semuanya dibuat oleh arwah suaminya yang sangat rajin membantu.
Keguguran Anak Ketiga Ecah menceritakan yang dia baharu sahaja keguguran anak ketiganya pada bulan Januari yang lalu. Usia kandungan baharu 13 minggu pada waktu itu. Sebenarnya, arwah suami tidak tahu tentang dirinya yang hamil. Kini, Echa sedang mengumpul kekuatan dengan dua orang anaknya yang berumur enam dan empat tahun.
Sejenis Yang Tidak Cerewet Arwah suami Ecah bukanlah jenis yang cerewet dan memilih makanan. Semuanya yang disediakan oleh isterinya akan dinikmati dengan berselera. Pada arwah, memadai jika ada makanan untuk dimakan. Seminggu sebelum pemergiannya, arwah suami Ecah tiba-tiba hilang selera makan. Dia tidak mahu makan nasi.
Antara hidangan terakhir yang disediakan Ecah buat arwah Feroh Untuk memancing selera makan suaminya, Ecah sediakan burger ayam dan mi segera goreng untuk arwah. Selain itu, ada dua lagi jenis makanan lain yang dibuat Echa.
Simpan Semua Kasut & Selalu Sebut Tentang Kematian Seminggu sebelum meninggal dunia, arwah Feroh berubah sikap. Dia tidak banyak bercakap tetapi selalu memberi pesan supaya Ecah belajar untuk berdikari. Selain itu, Ecah juga pelik apabila suami selalu menyebut tentang kematian. Setiap hari arwah akan mengatakan yang mati itu pasti dan kita akan kembali kepada Allah SWT.
Ecah semakin pelik apabila tiga hari sebelum ‘pergi’, arwah Feroh mengemas dan menyimpan semua kasut termasuk selipar hariannya di dalam stor.
Suami Kena Serangan Jantung Semasa Berfutsal Pada hari kejadian, arwah suami Ecah menjemput selepas waktu bekerja dan memberitahu yang dia akan bermain futsal malam itu. Sempat juga arwah suaminya mengadu yang badannya terasa hangat seperti mahu demam. Ecah menegah arwah Feroh untuk pergi kerana khuatir suaminya tidak sihat. Walaupun begitu, arwah suaminya tetap berdegil untuk bermain futsal untuk mengeluarkan peluh.
Memori terindah percutian keluarga Ecah di Pulau Langkawi, Kedah Malam itu, arwah Feroh Ecah keluar tanpa memberitahunya. Biasanya jika mahu keluar, arwah suaminya akan berpesan untuk mengunci pintu rumah. Tiba-tiba pada tengah malam itu, rakan-rakan suaminya ke rumah untuk memberitahu yang suaminya rebah di gelanggang futsal sedangkan baharu sahaja bermain tidak sampai lima minit.
Ketika sampai di hospital, pada jam 1.30 pagi doktor memaklumkan bahawa suaminya sudah meninggal dunia pada jam 11.44 malam. Apabila post mortem dilakukan pada keesokkan harinya, doktor mendapati arwah Feroh meninggal dunia akibat serangan jantung.
Pemergiannya sangat mengejutkan kerana arwah seorang yang sihat dan aktif bersukan. Tarikh pemergian suaminya adalah pada 11 Disember 2019 yang lalu.
Selagi Masih Ada, Layanlah Sebaiknya Ecah sempat menitipkan pesanan buat semua isteri agar hargailah suami selagi masih ada. Kita tidak tahu bila suami akan meninggalkan kita, tidak semestinya suami akan meninggal dunia ketika sudah tua. Kini Ecah sedang berehat dan bercuti sementara dari bekerja di rumah ibunya di Tumpat, Kelantan. Katanya, dia mahu kumpul kekuatan semula sebelum mula bekerja.
Sesungguhnya kisah Ecah ini sangat memberi kesan dan menyedihkan. Seorang isteri yang kehilangan suami secara mengejut dan anak-anak pula masih kecil. Didoakan agar Ecah kuat untuk menempuh ujian ini dan terus semangat untuk meneruskan hidup demi anak-anak. Buat para isteri, hargailah suamimu selagi dia masih ada.
 
 
The post Tak Lalu Makan Nasi, Isteri Buatkan Burger Ayam. Itulah Hidangan Terakhir Untuk Suami appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-lalu-makan-nasi-isteri-buatkan-burger-ayam-itulah-hidangan-terakhir-untuk-suami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Terbantut Pasangan Suami Isteri Tiba Dari China Dih4lau Pemilik Restoran Gara Gara Covid 19

Makan Malam Terbantut Pasangan Suami Isteri Tiba Dari China Dih4lau Pemilik Restoran Gara Gara Covid 19

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 313 hits
Matthew dan isterinya kecewa kerana layanan biadab seorang pemilik restoran makanan Cina di Britain Foto Matthew Moore SWNSMakan malam terbantut pasangan suami isteri tiba dari China dih4lau pemilik restoran gara gara Covid 19
Resepi Nasi G Nja Untuk Hidangan 6 Orang Makan

Resepi Nasi G Nja Untuk Hidangan 6 Orang Makan

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 374 hits
1 Resepi NASI G NJA Untuk Hidangan 6 Orang Makan4 cawan beras
Jika Suami Tak Mahu Mendengar Isteri Pun Susah Nak Luah Akhirnya Makan Hati

Jika Suami Tak Mahu Mendengar Isteri Pun Susah Nak Luah Akhirnya Makan Hati

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 496 hits
Kadang kadang isteri sukar meluahkan keinginannya Mungkin kerana lebih mementingkan keperluan suami dan anak anak Juga tidak mahu menyusahkan suami untuk memenuhi apa yang dia mahukan Sudahnya isteri lebih selesa memendam sendiri Sebagai su...
Adakah Suami Layak Menerima Harta Pusaka Rumah Isteri Yang Dibeli Sebelum Berkahwin

Adakah Suami Layak Menerima Harta Pusaka Rumah Isteri Yang Dibeli Sebelum Berkahwin

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 828 hits
SOALAN Sekiranya isteri ada membeli rumah sebelum berkahwin adakah selepas kematian isteri suami berhak ke atas rumah tersebut melalui faraid walaupun suami tidak penah bayar duit installment rumah bulan bulan bahkan tak tahu pun kewujudan ...
Kalau Nampak Isteri Tengah Marah Kepit Dia Bawah Ketiak Suami Hilang Angin

Kalau Nampak Isteri Tengah Marah Kepit Dia Bawah Ketiak Suami Hilang Angin

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 571 hits
Mungkin sesetengah isteri akan menolak apabila suami nak peluk cium selepas pulang dari kerja atau selepas dia keluar berjoging di luar Yalah siapa yang tahan bau ketiak suami bila dah dibasahi peluh kan Menciumnya saja boleh buat hidung hi...
Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami Siapa Lagi Jangan Fikir Ego Ini Kebahagiaan Bersama

Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami Siapa Lagi Jangan Fikir Ego Ini Kebahagiaan Bersama

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 273 hits
Jika isteri tak boleh tegur suami maka siapa lagi yang boleh Orang tua kita Adik beradik kita Mereka tidak tinggal sekali dengan kita Jika mereka tinggal sekali dengan kita pun mereka tidak tahu perangai sebenar kita sebab kita tak tunjuk a...
Hukum Isteri Melawat Ibu Bapa Tanpa Izin Suami

Hukum Isteri Melawat Ibu Bapa Tanpa Izin Suami

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 379 hits
Salah satu bentuk taat kepada suami adalah perlu meminta izin ke atas setiap perkara yang ingin dilakukan Jika ingin keluar rumah ingin melakukan puasa sunat dan juga untuk keluar negeri disebabkan urusan kerja maka wajib ke atas seseorang ...
Suami Pukul Isteri Sampai Mati Kerana Bengang Anak Perempuannya Berseluar Pendek

Suami Pukul Isteri Sampai Mati Kerana Bengang Anak Perempuannya Berseluar Pendek

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 509 hits
Suami pukul isteri sampai mati kerana bengang anak perempuannya berseluar pendekSeorang lelaki di Banjarasin Timur Indonesia tergamak menganiaya isterinya sampai meninggal dunia Dalam kejadian yang berlaku pada malam Sabtu 7 Mac 2020 lalu s...
Kesan Suami Peluk Isteri

Kesan Suami Peluk Isteri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1651 hits
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun Pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan a...
4 Ways Android Has Made Switching Even Better

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Bertolak Ansurlah

Loyalty

Lava789

The King And U

Benefits Of Learning Management System For Every Organisation