Adakah Suami Layak Menerima Harta Pusaka Rumah Isteri Yang Dibeli Sebelum Berkahwin



SOALAN:
Sekiranya isteri ada membeli rumah sebelum berkahwin, adakah selepas kematian isteri, suami berhak ke atas rumah tersebut melalui faraid walaupun suami tidak penah bayar duit installment rumah bulan-bulan, bahkan tak tahu pun kewujudan rumah tersebut?

JAWAPAN:
Apabila seseorang meninggal dunia, segala hartanya akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka. Harta pusaka atau harta peninggalan ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayatnya serta berterusan sehingga kematiannya.

Berdasarkan penetapan daripada pihak Baitulmal MAIWP, harta-harta itu termasuklah:

Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati.Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.
(Rujuk: https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/2015-11-20-07-49-26/faraid-pusaka)

Berdasarkan pembahagian kategori harta di atas, rumah yang dibeli isteri sebelum berkahwin dan berterusan menjadi hak milik isteri selepas berkahwin merupakan harta yang dikategorikan sebagai harta pusaka yang wajib dibahagikan kepada ahli waris yang mempunyai perkaitan atau disebut sebab perwarisan.

Antara ahli waris utama yang mempunyai bahagian harta pusaka ialah suami, anak-anak (lelaki dan perempuan) dan ibu bapa. Jika kesemua ahli waris ini ada dan masih hidup, maka harta si mati akan dibahagikan keseluruhannya kepada mereka selepas ditolak kos pengurusan jenazah si mati, hutang-piutang dan wasiat yang ditinggalkan. (Lihat: al-Mughni al-Muḥtaj, 4/7)

Sementelahan itu, rumah yang dibeli isteri di atas tidaklah menjadi hak milik penuh si suami. Sebaliknya akan dibahagikan berdasarkan ketetapan Syarak. Sebagai contoh, jika kita mengandaikan kesemua ahli waris seperti suami, seorang anak lelaki, dua orang anak perempuan dan ibu bapa si mati masih ada.

Suami, ibu dan bapa si mati akan dapat bahagian masing-masing terlebih dahulu. Kemudian, keseluruhan baki harta (BH) akan diberikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah anak lelaki dua kali ganda anak perempuan.

Pembahagiannya seperti berikut:


Jika si mati hanya mempunyai aset sebuah rumah sahaja dan nilai harga semasa rumah tersebut ialah RM700,000 contohnya. Maka, suami hanya dapat 9/36 bahagian rumah sahaja, berjumlah kira-kira RM175,000. Selebihnya diberikan kepada ahli waris seperti yang tertera pada jadual di atas.

Situasi akan berbeza jika sebelum isteri meninggal dunia, isteri sudah menjual atau menukar hak pemilikan rumah kepada orang lain. Kesannya, rumah tersebut tidak tergolong di bawah harta pusaka lagi dan ahli waris tidak layak menuntut harta tersebut.

Kesimpulannya, suami mempunyai hak terhadap aset rumah si mati sebanyak 1/4 bahagian sahaja. Pembelian rumah sebelum berkahwin ataupun selepas berkahwin tidak memberi kesan terhadap kelayakan suami mendapat bahagian harta pusaka rumah tersebut melainkan rumah tersebut sudah dipindah milik kepada orang lain.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/adakah-suami-layak-menerima-harta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Sama Sama Kat Rumah Suami Jangan Malu Suap Isteri Ustaz Syamsul Debat

Makan Sama Sama Kat Rumah Suami Jangan Malu Suap Isteri Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 485 hits
Makan Sama Sama Kat Rumah Suami Jangan Malu Suap Isteri Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
12 Perkara Isteri Wajib Tahu Berkaitan Harta Jika Suami Meninggal Dunia

12 Perkara Isteri Wajib Tahu Berkaitan Harta Jika Suami Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 479 hits
Urusan keluarga selepas seseorang meninggal dunia tidak terhenti di perkuburan Waris perlu mengetahui tindakan seterusnya bagi menunaikan hak si mati seperti membayar hutang memenuhi hak anak yatim serta menguruskan harta dengan cara terbai...
Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Raji Un Baru 3 Hari Berkahwin Isteri Kehilangan Suami Buat Selamanya

Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Raji Un Baru 3 Hari Berkahwin Isteri Kehilangan Suami Buat Selamanya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 309 hits
Baru tiga hari mendirikan rumah tangga namun wanita berusia 24 tahun ini menerima hakikat bahawa suaminya telah pergi buat selama lamanya Fikri Ghazali 33 meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lalu di mana m...
Isteri Mengaku Suami Ambil Barang Terlarang 6 Beranak Pernah Tinggal Di Masjid Sebelum Sewa Bilik Sempit

Isteri Mengaku Suami Ambil Barang Terlarang 6 Beranak Pernah Tinggal Di Masjid Sebelum Sewa Bilik Sempit

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 440 hits
Kesusahan hidup kadang kala menyebabkan setiap individu tidak mempunyai pilihan lain Mereka terpaksa meneruskan hidup walau dalam keadaan daif dan tidak tergambar dek akal sekalipun Seperti perkongsian oleh seorang aktivis Natipah Abu menge...
Suami Tak Mampu Biaya Bil Hospital Isteri Dan Bayi Terkorban Ketika Bersalin Di Rumah

Suami Tak Mampu Biaya Bil Hospital Isteri Dan Bayi Terkorban Ketika Bersalin Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 431 hits
small Cover image via Kuan Chee Heng Facebook small Tak semua orang dikurniakan hidup serba cukup serba mewah Pada zaman sekarang ini ramai di antara kita yang benar benar bergelut dengan isu kewangan baik yang bujang mahupun yang sudah ber...
Suami Yang Gercep Lakukan Pekerjaan Rumah Tangga Itu Layak Dapat Oscar Kayak Suami Akoeh

Suami Yang Gercep Lakukan Pekerjaan Rumah Tangga Itu Layak Dapat Oscar Kayak Suami Akoeh

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 186 hits
Kalau kata Bang Hotman Paris If you want wife to be an angel you have to create HEAVEN for her
Biarlah Dalam Rumah Sentiasa Bising Dengar Suara Isteri Anak Baru Suami Lebih Bahagia

Biarlah Dalam Rumah Sentiasa Bising Dengar Suara Isteri Anak Baru Suami Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 403 hits
Rumah tangga yang hilang seri Zaman sekarang adalah zaman di mana suami dan isteri lebih banyak buat hal sendiri berbanding berkomunikasi sesama sendiri memahami isi hati bergurau senda bantu membantu tolong menolong bercerita dan sebagainy...
Harta Yang Tidak Ternilai Ialah Isteri Yang Menerima Kita Apa Adanya

Harta Yang Tidak Ternilai Ialah Isteri Yang Menerima Kita Apa Adanya

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 172 hits
Ikatan cinta yang dibina bertahun tahun sebelum disimpul dengan ikatan perkahwinan bukan jaminan kepada keutuhan rumah tangga Malah banyak perkahwinan yang cuma bertahan beberapa bulan mahupun hari biarpun pasangan sudah saling mengenali da...
Isteri Da I Farhan Ke Mahkamah Suami Suspek Juga Kelihatan Bagi Jadi Penjamin

Isteri Da I Farhan Ke Mahkamah Suami Suspek Juga Kelihatan Bagi Jadi Penjamin

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 438 hits
Semalam Ohmedia baru je menceritakan tentang seorang isteri juara program Da i telah ditahan oleh pihak polis di pejabatnya yang terletak di Desa Melawati Kuala Lumpur kerana dipercayai menipu seorang pelanggan tentang menguruskan sijil hal...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game