Tak Jatuh Ego Suami Kalau Masuk Dapur Tolong Isteri Lagi Macho Sebenarnya


Dalam kehidupan berumah tangga perulah saling melengkapi. Hargai pasangan dan buatkan diri mereka terasa disayangi. Untuk keharmonian rumah tangga, perlu ada kebersamaan antara pasangan.
Seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Yusof di dalam penulisannya, resipi bahagia dalam perkahwinan mudah. Kata kuncinya ialah 'bersama'. Macam mana tu?
Ikuti perkongsian menarik ini, semoga memberi manfaat kepada kita semua.
Saya follow semua media sosial Ustaz Ebit Lew. Begitu juga dengan pasangan Youtuber, Sugu Pavithra. Punyalah sweet mereka ni suami isteri. Masak bersama, makan bersama, rasa masakan sama-sama. Banyak yang kita boleh belajar daripada 2 pasangan romantis ni.
Resepi bahagia dalam perkahwinan ni simple je sebenarnya. Kata kuncinya ialah 'bersama'. Bukan nafsi-nafsi. Bukan sorang-sorang. Bukan..
Istilah suami isteri 'bersama' ni macamana ye? Kalau ikut dia mudah je sebenarnya. Isteri ada dalam hidup suami, suami ada dalam hidup isteri.
Contohnya bila habis solat ataupun time suami nak pergi kerja, isteri salamlah tangan suami, then suami balaslah kiss kat dahi isteri. Bahagia oo suami rasa. Yang isteri akan rasa dihargai. Kan nampak kebersamaan kan, kat situ?
Bila isteri keletang kelentung kat dapur, suami datanglah menyapa tanya isteri buat apa tu walaupun dah tahu mestilah isteri tengah masak(takkan tukar minyak hitam motor kot). Bila suami cuba bantu kupas bawang holland sebijik dua pun isteri dah senyum lebar dah rasanya. Kan, nampak kebersamaan kan kat situ?
Bila isteri dah penat basuh baju, suami tolong lah sidai. Biarlah tebal telinga kena perli dengan jiran sebelah 'sidai baju ye bang?', tapi kat dalam rumah berbunga-bunga hati isteri bila suami dia tolong sidai baju. Tapi bab lipat baju tak payah suruh suami, nanti jadi roti kirai pulak jadinya. Nak mudah suami isteri main kutu, beli je mesin lipat baju. Setel masalah.
Time isteri tengah berehat main henset, sekali sekala suami buatlah air kopi dalgona ke, air teh o ke, maggi cup ke, bagi kat isteri. Lepas tu picit la manja sikit. Mesti senyum lebar isteri kalau laki dia buat gini. Yelah, dah tiap masa suami order je teh o aislah, kopi o lah kat bini. Sekali sekala suamilah pulak buat kat bini. Awal-awal memang pelik. 'Suami aku ni buang tabiat ke apa?' tapi kan ni kebersamaan yang kita nak cari antara pasangan kita kan? Takkan isteri je hari-hari yang kena bancuh air suami, ye tak?
Masa bercinta bukan main, kalau boleh makan nak satu pinggan, satu cawan kongsi straw. Bila dah kahwin suami geli pulak nak kongsi cawan dengan bini. Patutnya kita cuba throwback amalan-amalan romantik yang kita dah practise masa bercinta tu, kan? Ini tak bila kahwin terus lupa ingatan
Mula-mula kahwin bila keluar baju mesti sama. Baju, kain tudung mesti matching dengan baju suami. Pantang keluar je pegang tangan bukan main. Dah 5, 6 tahun kawin, suami biar isteri jalan sorang-sorang, dia lepak dalam kereta main henset. Ya, konsep baju matching suami isteri dan pegang tangan ni sepatutnya amalan sepanjang zaman sebab ni antara 'kebersamaan' yang paling mudah untuk suami isteri amalkan.
Contoh-contoh mudah inilah yang buat pasangan suami isteri itu bahagia. Tak caya cuba tengok apa yang pasangan Ustaz Ebit dan pasangan Sugu Pavithra ini buat dalam video mereka. Mana yang baik/positif tu kita ambillah sebagai pengajaran hidup, betul tak?
Satu lagi last sebelum habis, dalam sebuah ikatan perkahwinan, suami isteri memang kena berkerjasama.
Diingatkan suami-suami supaya jangan sesekali cuba buat isteri anda stress dan tertekan. Sekali lagi, suami tolong jangan buat isteri anda stress dan tertekan. Tolong ya suami-suami..
Suami please kalau boleh janganlah letakkan semua kerja rumah di atas bahu isteri semata. Cuba buat sama-sama, barulah isteri tak terbeban dan stress sebab dia sorang kena buat semua kerja dalam rumah meanwhile si suami just goyang kaki tengok TV. Mana istilah kebersamaan tu kalau dah semua kerja rumah isteri yang kena buat, kan?
Sebab tu pada semua parent yang ada anak lelaki, ajar mereka biasakan buat kerja rumah dari awal agar takde nanti dalam kepala mereka bila dah besar isteri ni 'hamba abdi' yang kena buat semua kerja dalam rumah. Didikan ini sangat penting kerana ia menentukan macamana pola pemikiran anak-anak lelaki 20 tahun akan datang. Ajar juga mereka supaya menghormati kaum wanita.
Ok, buat semua suami, sentiasalah bersama-masa isteri ya? Serius saya cakap ni. Sebenarnya jauh dilubuk hati, isteri anda sangat memerlukan masa bersama anda. Kalau boleh 24 jam dia nak berkepit dengan awak wahai suami. Lepas kahwin isteri hilang dah semua kawan rapat dia sebab isteri sentiasa merasakan yang 'suami adalah rakan paling rapat dunia akhirat yang mereka ada'.
Bila salah sorang dah takde, kenangan bersama pasangan inilah yang akan jadi kenangan yang paling indah buat suami atau buat isteri. Hadam sampai lumat apa yang cuba saya sampaikan ni wahai suami, wahai isteri
The post Tak Jatuh Ego Suami Kalau Masuk Dapur Tolong Isteri, Lagi Macho Sebenarnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-jatuh-ego-suami-kalau-masuk-dapur-tolong-isteri-lagi-macho-sebenarnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nafkah Untuk Isteri Tak Termasuk Keperluan Barang Dapur Para Suami Kena Ingat Dan Wajib Tahu

Nafkah Untuk Isteri Tak Termasuk Keperluan Barang Dapur Para Suami Kena Ingat Dan Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 1077 hits
Para suami kena ingat Wajib tahu Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur Nafkah untuk isteri kena declared betul betul clear Abang bagi RM100 ni untuk nafkah sayang Ni lagi RM200 untuk sayang beli barang dapur ya Full stop N...
Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami Siapa Lagi Jangan Fikir Ego Ini Kebahagiaan Bersama

Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami Siapa Lagi Jangan Fikir Ego Ini Kebahagiaan Bersama

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 347 hits
Jika isteri tak boleh tegur suami maka siapa lagi yang boleh Orang tua kita Adik beradik kita Mereka tidak tinggal sekali dengan kita Jika mereka tinggal sekali dengan kita pun mereka tidak tahu perangai sebenar kita sebab kita tak tunjuk a...
Setitik Air Mata Isteri Jatuh Sebab Suami Sakitkan Hatinya Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

Setitik Air Mata Isteri Jatuh Sebab Suami Sakitkan Hatinya Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 618 hits
Isteri adalah amanah Allah kepada suami begitu juga sebaliknya Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak Mengikut Imam al Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah Sakitkan...
Sepenat Mana Kerja Suami Takkan Dapat Lawan Penat Isteri Di Rumah

Sepenat Mana Kerja Suami Takkan Dapat Lawan Penat Isteri Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 357 hits
Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasaraya Saya kata wasap sahaja list nanti saya keluar belikan Lagi senang Dia tak letih Tapi tidak lama kemudian saya fikir balik Saya izinkan dia keluar pergi beli barang se...
Isteri Trauma Melihat Suami Anak Ditetak Depan Mata

Isteri Trauma Melihat Suami Anak Ditetak Depan Mata

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 461 hits
Desakan dan tekanan hidup membuatkan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup Memetik laporan harian metro Seorang wanita trauma apabila melihat suami dan anak lelakinya ditetak berkali kali oleh sekumpulan penyamun sema...
Sampai Lari Dari Rumah Suami Imbas Kenangan Lucu Pilih Nama Anak Dengan Isteri

Sampai Lari Dari Rumah Suami Imbas Kenangan Lucu Pilih Nama Anak Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 523 hits
Biasanya soal memilih nama anak yang bakal dilahirkan ibu yang lebih teruja Semasa awal kehamilan lagi si ibu dah mula mencari nama nama yang elok didengar dan mempunyai maksud yang baik untuk diberikan pada anaknya Sesetengah pasangan berb...
Ini Suami Isteri Kena Belajar 17 Tips Memasak Yang Mungkin Korang Tak Pernah Tahu

Ini Suami Isteri Kena Belajar 17 Tips Memasak Yang Mungkin Korang Tak Pernah Tahu

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 513 hits
Bagi kaum wanita semestinya selalu memasak untuk keluarga tambah tambah lagi bila sudah berumah tangga Pasti pelbagai tips dan petua dijadikan rujukan untuk memudahkan urusan memasak mereka Petua dapur ini sangat penting untuk sang isteri k...
Isteri Suami Buat Air Sendiri Lelaki Jelaskan Pentingnya Sikap Toleransi Semasa Berkahwin

Isteri Suami Buat Air Sendiri Lelaki Jelaskan Pentingnya Sikap Toleransi Semasa Berkahwin

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 365 hits
Sifat bertolak ansur atau toleransi yang baik dalam sesuatu perkahwinan itu amatlah penting dalam memastikan kesejahteraan serta kebahagiaan rumah tangga itu akan kekal lama Perkara ini perlu dititik beratkan lebih lebih lagi bagi pasangan ...
Isteri Pergi Berlanggar Dengan Kereta Peronda Suami Terduduk Menangis Hiba Tepi Jenazah

Isteri Pergi Berlanggar Dengan Kereta Peronda Suami Terduduk Menangis Hiba Tepi Jenazah

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 484 hits
May 3 2020 Seorang wanita disahkan maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh pacuan empat roda polis Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Syed Alwi berhampiran Jabatan Veterinar Perlis tengah hari semalam Mangs...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je