Tak Jamin Harga Tidak Naik Menjelang Deepavali


TAK JAMIN HARGA TIDAK NAIK MENJELANG DEEPAVALI
JOHOR BAHRU 091120 – Bekalan keperluan semasa di negeri ini mencukupi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini.
Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Chong Fat Full menegaskan tiada jaminan bahawa tidak berlaku kenaikan harga menjelang sambutan Deepavali.
“Walaupun Deepavali pada 14 November ini disambut dalam tempoh PKPB, perlaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2020 wajar dibuat memandangkan permintaan terhadap barang keperluan dijangka meningkat berbanding bukan pada hari perayaan.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengenal pasti 20 jenis barangan untuk ditentukan harga maksimum bagi perlaksanaan SHMMP, antaranya ayam, telur ayam, daging kambing, kelapa, kelapa parut, timun dan kacang panjang.
“Kesemua barangan ini mendapat permintaan tinggi oleh masyrakat yang menyambut perayaan. Oleh itu, kawalan harga dibuat ke atas barangan ini bagi menstabilkan harga dan bekalan di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, penentuan harga maksimum pengeluar, pemborong dan peruncit dibuat mengikut kewajaran serta kesesuaian bagi penguatkuasaan kawalan harga yang lebih berkesan.
“Bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah, tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan secara mendadak dan ketara,” katanya.
Fat Full berkata, pegawai penguat kuasa KPDNHEP negeri akan meningkatkan pemeriksaan serta pemantauan di lokasi tumpuan pembeli seperti di pasar awam, pasar tani dan pasar raya bagi memastikan bekalan barangan adalah mencukupi dan harga berpatutan.
“Pengguna juga digalakkan untuk membeli barangan keperluan secara dalam talian menerusi Program Jualan Makmur Johor (JMJ), program kerjasama antara kerajaan negeri dengan syarikat Shopee.
“JMJ ini memberi peluang kepada rakyat untuk membeli barang keperluan asas dan harian pada harga yang lebih rendah dan berpatutan. Dengan setiap pembelian minimum RM60, pengguna akan menerima rebat sebanyak RM20 dan penghantaran adalah percuma,” katanya.
Katanya, perlaksanaan SHMMP Deepavali 2020 mulai hari ini hingga 17 November ini bertujuan memastikan harga barangan terpilih adalah terkawal dengan penetapan harga siling melibatkan penjualan di pasar basah dan penjaja kecil yang menjadi tumpuan pengguna berbelanja pada musim perayaan.
Pengguna di negeri ini juga boleh mengemukakan aduan berkaitan isu harga sepanjang PKPB dan SHMMP Deepavali 2020 menerusi talian 03- 8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC), talian 1800 886 800, aduan WhatsApp KPDNHEP di talian 019-279 4317, emel [email protected], aplikasi telefon pintar Ez ADU atau hadir ke mana-mana pejabat cawangan KPDNHEP di seluruh negeri. – VOICE
https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/3494940183955382/
https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/414484186390723/
https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/2618275885102103/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/11/tak-jamin-harga-tidak-naik-menjelang-deepavali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawang Naik Harga Sekilo Rm25

Bawang Naik Harga Sekilo Rm25

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 385 hits
BAWANG NAIK HARGA SEKILO RM25 Macam tak percaya je dengan harga bawang sekarang ni Harga bawang naik berganda ganda Semalam pesan kat suami belikan bawang Sekali dia balik beli 10 biji je dalam plastikPelik juga ni Selalunya dia beli satu k...
Harga Roti Berperisa Gardenia Naik Antara 5 Sen Ke 20 Sen

Harga Roti Berperisa Gardenia Naik Antara 5 Sen Ke 20 Sen

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 400 hits
KUALA LUMPUR Harga beberapa produk roti berperisa jenama Gardenia akan mengalami kenaikan antara 5 sen hingga 20 sen mulai 1 Dis ini berikutan kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran serbuk koko dan susu serta kos pembungkusan Gar...
Gbp Usd Mengukuh Menjelang Penembusan Harga

Gbp Usd Mengukuh Menjelang Penembusan Harga

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 195 hits
GBP USD melonjak tinggi setelah menguji semula tahap psikologi 1 33 Tahap tinggi baru yang lebih tinggi harus mengesahkan lebih banyak keuntungan Harga mengukuh dalam jangka pendek prospeknya bullish sehingga diharapkan untuk meneruskan ken...
Hanya Bawang India Naik Harga

Hanya Bawang India Naik Harga

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 486 hits
Batu Pahat Kenaikan harga bawang India dalam pasaran tempatan berpunca kekurangan bekalan akibat negara pembekal dilanda banjir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata ia susulan kebanyakan...
Roti Gardenia Naik Harga Bermula Esok Ini Penjelasan Syarikat Gardenia

Roti Gardenia Naik Harga Bermula Esok Ini Penjelasan Syarikat Gardenia

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 1723 hits
Sejak Perintak Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan Mac lalu roti Gardenia menjadi antara barang panas dan mendapat permintaan sanggat tinggi Sehingga ada yang dilaporkan roti tak sempat turun lori lagi dah habis kena borong Fuh dasyat Mana...
Gardenia Naik Harga Beberapa Produk Mulai Esok

Gardenia Naik Harga Beberapa Produk Mulai Esok

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 286 hits
MALAYSIAKINI Gardenia Bakeries Sdn Bhd akan menaikkan harga beberapa produknya bermula esok Dalam satu kenyataan hari ini Gardenia berkata langkah itu demi menampung kenaikan kos bahan dan pengilangan Syarikat itu berkata pihaknya telah men...
Kini Sudah 32 Minggu Zahirah Macwilson Naik 10kg Sejak Hamil Kongsi Gambar Di Perth

Kini Sudah 32 Minggu Zahirah Macwilson Naik 10kg Sejak Hamil Kongsi Gambar Di Perth

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 369 hits
Pelakon Zahirah Macwilson memaklumkan usia kandungannya kini sudah pun memasuki 32 minggu Zahirah yang kini berada di Perth Australia ditemani suami Aiman Hakim Redza dan keluarga kelihatan gembira sebelum tempoh melahirkan yang tinggi lagi...
Hiburan Kandungan Cecah 32 Minggu Zahirah Macwilson Gembira Berat Badan Naik 10kg

Hiburan Kandungan Cecah 32 Minggu Zahirah Macwilson Gembira Berat Badan Naik 10kg

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 294 hits
Mendedahkan berat badannya kini naik 10 kilogram pelakon jelita Zahirah Macwilson akui gembira dengan perkhabaran itu Menurutnya beliau kini sedang berbahagia di Perth Australia sambil ditemani suaminya Aiman Hakim ketika sedang sarat hamil...
Hiburan Naik Pentas Sambil Gantung Pod Vape Di Leher Shaheizy Sam Dikecam Tak Sensitif

Hiburan Naik Pentas Sambil Gantung Pod Vape Di Leher Shaheizy Sam Dikecam Tak Sensitif

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 437 hits
Tindakan pelakon Shaheizy Sam menggantung beberapa rokok elektronik atapun lebih dikenali sebagai pod di kalangan penghisap Vape ketika naik pentas bagi menyampaikan anugerah bagi majlis ABPBH ke 33 malam tadi telah mengundang kontroversi d...
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Filipino Casino Game Favorites Explained From Roulette Spins To Poker Wins

Rm140 000 Lesap Ditipu Bomoh Halau Hantu

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam

Stacy Buat Konsert Solo Netizen Seloroh Jemput Bella Astillah Sebagai Artis Pembukaan

Samsung Galaxy A16 5g Kini Di Malaysia Dengan Harga Rm899