Tak Elok Bertangguh Cepat Uruskan Uri Sebaik Diserahkan Pada Si Ayah
Uri adalah selaput dan saluran yang berkembang mengikut perkembangan bayi. Ia adalah merupakan sokongan kepada bayi. Bagi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, uri dianggap sebagai sisa klinikal dan akan dilupuskan oleh pihak hospital. Di negara kita, uri akan diserahkan kepada ibu bapa selepas proses bersalin selesai sebelum pesakit discaj dari wad bersalin untuk diuruskan.
Artikel Menarik: [Anak Suka Berdiri Depan TV Tengok Dekat-Dekat Secara Psikologinya Normal]
Ambil tahu langkah pengurusan uri perlu diketahui dan persediaan dilakukan sebelum kelahiran terutama sekali bagi ibu dan bapa kali pertama. Ikuti langkah demi langkah berikut;
Artikel Menarik: [Atas Meja Kena Selalu Ada Stok Makanan. Barulah Bayi Dalam Perut Happy Selalu]
Uri akan dicuci dengan air bagi menghilangkan darah sebelum diserahkan kepada ayah bayi.
Uri perlu diuruskan secepat mungkin setelah dibawa pulang ke rumah supaya ia tidak berbau.
Cuci uri dengan dimulakan dengan Bismillah.
Cuci bersih dengan menggunakan air bagi menghilangkan darah yang masih tertinggal. Elakkan daripada menggunakan sabun atau syampu.
Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa supaya uri tersebut bersih.
Lumurkan garam dan cuci bersih.
Kemudian lumurkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir darah.
Bau hanyir darah perlu dihilangkan kerana ia boleh menyebabkan binatang seperti kucing, tikus atau anjing menggali dan memakan uri tersebut.
Perahkan limau ke atas uri untuk mengharumkan uri.
Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
Baluti uri menggunakan pembalut yang mudah reput seperti beg plastik mudah reput, kotak bagi mengelakkan air basuhan yang mungkin masih mempunyai kesan darah menitik.
Kemudian balutinya menggunakan kain.
Kain tersebut tidak semestinya kain berwarna putih.
Balutkan bungkusan uri membentuk seperti bunjut bagi memudahkan ia dibawa ke tempat yang hendak ditanam.
Sediakan lubang untuk menanam uri dengan menggali tanah sedalam mungkin supaya uri tidak dapat dikesan atau dikorek binatang.
Baca Bismillah dan selawat. Berdoalah agar dilindungi uri anak anda semasa meletakkan uri dalam lubang dan menimbusnya.
Artikel Menarik: [Pergi Berurut Nak Betulkan Posisi Bayi Songsang. Rupanya Penyebab Uri Tercabut!]
Semoga dengan tip yang Pa&Ma kongsikan ini dapat membantu para bapa untuk membersihkan uri anak. Membersihkan uri merupakan salah satu tertib yang perlu anda laksanakan ketika menyambut kedatangan ahli baru dalam keuarga.
The post Tak Elok Bertangguh, Cepat ‘Uruskan’ Uri Sebaik Diserahkan Pada Si Ayah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tak-elok-bertangguh-cepat-uruskan-uri-sebaik-diserahkan-pada-si-ayah/