Papa Tak Pernah Beritahu Dia Sayang Kami Mengalir Air Mata Si Ayah Garang Nikahkan Puteri Sulung
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih sayang ayah sepanjang masa. Itulah ungkapan yang mengambarkan keakraban seorang anak perempuan dengan ayahnya semasa dalam satu majlis akad nikah baru-baru ini.
Video ijab kabul tersebut meraih lebih daripada 4,ooo ulang kicau dan 4,300 tanda suka sekaligus menjentik hati kecil netizen mula tular di Twitter milik Yasmin Sofea. Seorang ayah tidak dapat menahan rasa sebak sejurus menjadi wali kepada anak perempuannya.
“Hanya Allah yang tahu betapa Along sayangkan papa, saya sentiasa akan jadi anak perempuan kecil papa”
Only God knows how much along love you Papa. I will always be ur first little baby daughter. halalkan segalanya untuk along pa. I love u and your the best papa I could ever have. Along sayang papa sangat.
only God knows how much along love you papa. i will always be ur first little baby daughter. halalkan segalanya untuk along pa. i love u & ur the best papa i could ever have. along sayang papa sangat 😢♥️ pic.twitter.com/8oQM9jw7c3
— ياسمين (@YasminSofea) November 5, 2019
Menurut Yasmin semasa dihubunginya, dia sememangnya sangat rapat dengan ayahnya sejak kecik. Ayahnya terlalu sebak sehingga mengalirkan air mata semasa majlis akad nikad sedang berlangsung.
Kalau sesiapa yang kenal Papa, korang akan tahu Papa tidak akan menangis walau apapun terjadi. Dia sangat kuat, tegas, pendiam, garang dan tidak pernah beritahu kitaorang yang dia sayang kami.
Tapi ‘his action speaks louder’. Terima kasih untuk saemua apa yang kamu lakukan untuk tahun ini Papa.
Masa Papa jumpa husband first time before merisik. Dia ada bagitau Firdaus (andai kata semua ni berjalan lancar, Uncle nak bagitau satu perkara. “If lepas kahwin ada yang tak suka dengan anak Uncle, macam mana Uncle bagi dia dekat awak, pulang kan dia balik secara baik” that part buat I cried a bit. Sebab dia betul-betul nak kan yang terbaik untuk anak dia.
Tambahnya ketika dihubungi, wanita ini tidak berjumpa dengan ibu bapanya sehinggalah ketika datang ke masjid baru berjumpa dan dia sudah tahu bahawa ayahnya akan menjadi wali untuk pernikahannya. Lagi pula, dia sudah bersedia dan semua akan berjalan dengan lancar.
Bila saja Papa mula dengan lafaz, saya masih dalam keadaan keadaan tetapi dalam minit dia berenti tu, saya tahu sesuatu terjadi, dan tak sangka papa akan menangis.
Kepada yang menonton video ini, sewaktu Papa menangis, saya sudah tidak boleh menahan emosi seperti biasa sebab Papa sangat susah menangis.
Malah, video pendek yang dimuat naik olehnya itu mendapat sambutan daripada netizen, ada di antara mereka yang berkongsi detik yang sama.
“Setiap bapa mahukan yg terbaik utk anaknya sebagai mana yg dilakukan dengan tangannya sendiri.“
“supaya abah sempat menjadi wali untuk sy. Sebaknya la“
“Abah tade peneman disisi untuk halalkan anak perempuan dia, Alfatihah”
“Saya pun sebak tengok”
“Masa kakak aku nikah, aku usap belakang ayah, aku yang takleh control sedih dia”
Sumber: Yasmin Sofea
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/11/06/video-papa-tak-pernah-beritahu-dia-sayang-kami-mengalir-air-mata-si-ayah-garang-nikahkan-puteri-sulung/