Tak Ego Mengaku Tumpang Tuah Anak Patutlah Rezeki Ajak Makin Meriah


Ketika ditemui semasa mereka sedang menjalani penggambaran untuk rancangan TV Pa&Ma, pasangan suami isteri Ajak Shiro dan isterinya, Afifah Amin banyak berkongsi cerita tentang keluarga mereka. Tidak malu mengakui kehidupan mereka pernah susah dahulu, bahkan hari ini Ajak memberitahu segala kesenangan yang ada ini adalah rezeki anak-anak. Dia dan isteri hanya menumpang tuah anak-anak. Ikuti kisah mereka yang pernah suatu ketika dulu tidak mampu untuk belikan alat mainan buat anak pertama mereka, Mohd Jad Thaqif yang kini sudah berumur sembilan tahun.
Ditanyakan tentang hubungan jarak jauh mereka, Afifah memberitahu dua kali dia memohon untuk ditukarkan. Pada waktu itu, Ajak baharu sahaja memulakan tugasannya sebagai penyampai radio dan cuti mereka tidak sama. Memandangkan Afifah mengajar di Johor, dia cuma bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Dimurahkan rezeki mereka sekelurga, akhirnya permohonan Afifah berjaya dan mereka dapat tinggal bersama.

Afifah Keluar Awal Pagi, Ajak Siapkan Anak
Seperti mana penyayangnya Ajak terhadap Afifah, begitulah juga dia sebagai seorang bapa. Amat menyayangi anak-anak mereka dan sentiasa berusaha untuk mencari masa agar mereka sekeluarga dapat meluangkan masa bersama. Bapa kepada tiga orang anak, Mohd Jad Thaqif, 9, Mohd Had Thaqif, 6, dan Nada Soffea, 4, ini bertanggung jawab untuk menyiapkan anak-anak ke sekolah setiap hari jika dia ada di rumah.
Memandangkan mereka sekeluarga tinggal di Nilai dan Afifah pula mengajar di Kota Damansara, dia sudah keluar seawal jam enam pagi. Jadi Ajaklah yang akan menguruskan anak-anak. Bukan sahaja memandikan anak, tetapi Ajak tidak kekok untuk mendandan anak bongsu mereka, Nada. “Saya tocangkan yang biasa-biasa saja. Janji anak saya kemas dan selesa,” kata Ajak mengiyakan cerita isterinya itu.
Tak Mampu Beli Mainan Jad
Mengimbau kembali kenangan sewaktu hidup mereka tidak sesenang hari ini, Ajak mengatakan dia banyak diuji sehingga pernah merasa diri gagal sebagai seorang bapa. Selepas tamat tingkatan enam, Afifah melanjutkan pelajarannya ke universiti manakala Ajak memohon untuk menyertai Tentera Laut. Waktu itu Ajak direkrut dari Johor dan dihantar ke kem di Lumut, Perak.

Ketika Afifah di semester enam, mereka berdua memutuskan untuk berkahwin. Tidak lama selepas itu, ketika Afifah di semester tujuh, anak sulung mereka dilahirkan. Tidak dinafikan kehidupan mereka agak sukar pada waktu itu. Bergantung hanya pada gaji Ajak, ternyata tidak mencukupi. “Pernah satu masa tu, Jad minta belikan mainan. Tapi Ajak tak mampu nak belikan. Dia rasa gagal sangat waktu itu,” cerita Afifah. Bukan itu saja, pernah juga mereka tidak ada duit untuk membelikan nestum untuk Jad. Dek kerana itulah, Ajak bersemangat untuk mengubah nasib keluarga mereka.
Menyertai pertandingan Raja Lawak dan memenanginya, mereka dapat satu lagi berita gembira. Afifah pula mendapat tawaran sebagai seorang guru. Ketika itu Ajak ambil keputusan untuk berhenti dari kerjanya dan fokus pada bidang seni. Sebagai pendukung suami, Afifah menyokog keputusan suaminya itu.
Tak Ada Masa Dengan Anak, Berhenti Jadi Penyampai Radio
Bekerja sebagai penyampai radio memang sesuatu yang menyeronokkan. Selama tiga tahun, banyak yang dapat Ajak pelajari. Namun dia membuat keputusan untuk meletakkan jawatan kerana kekangan masa. “Waktu saya jadi DJ dulu, memang tak ada masa dengan anak-anak. Sebab saya kerja awal pagi, jadi saya keluar dahulu dari orang lain. Selama tiga tahun, sekalipun saya tidak pernah berkesempatan nak hantar Jad ke sekolah,” kata Ajak. Oleh itu, Ajak mengambil keputusan untuk berhenti agar dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya.

“Saya tidak nampak di mana lawaknya saya. Kalau orang kata saya lawak, mungkin itulah pinjaman Allah SWT pada saya. Ini sebenarnya rezeki anak-anak. Semakin besar rezeki apabila anak kami bertiga ni. Saya dan Afifah hanya menumpang rezeki mereka,” sambung Ajak. Menurutnya lagi, tujuan asal dia menyertai program Raja Lawak sebenarnya lebih kepada untuk memberi kemudahan kepada Jad. Tak sangka rezeki tak henti-henti selepas kelahiran dua orang anaknya yang lain.

Tidak hairanlah mengapa Ajak sangat disenangi peminat, orangnya sederhana dan mudah didekati. Benarlah tagline yang selalu dia ungkapkan, “Saya Ajak dan saya tidak sombong.” Pa&Ma doakan agar keluarga Ajak dan Afifah terus dilimpahi rezeki berlipat ganda. Semoga mereka sekeluarga sentiasa berbahagia dan terus berkasih sayang antara satu sama lain.
Sumber Foto: Ajak Shiro & Afifah Amin
Saksikan pasangan Ajak Shiro & Afifah Amin dalam Pa&Ma Musim Kelima dengan kupasan topik episod ke-5 ‘Cabaran Expose Anak Di Media Sosial’ pada 31 Julai 2019, Rabu jam 9 malam disaluran Astro Prima (ch 105) , Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps).

https://kk-pama-asset.s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/2019/07/whatsapp-video-2019-07-23-at-10.37.33-am-29_27_035811.mp4 The post Tak Ego Mengaku Tumpang Tuah Anak, Patutlah Rezeki Ajak Makin ‘Meriah’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-ego-mengaku-tumpang-tuah-anak-patutlah-rezeki-ajak-makin-meriah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fizo Omar Mengaku Sebagai Anak Emak Sebelum Kahwin Lagi

Fizo Omar Mengaku Sebagai Anak Emak Sebelum Kahwin Lagi

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 794 hits
Tanggungjawab seorang anak lelaki itu besar Tidak akan terlepas peranan sebagai seorang anak lelaki kepada ibu dan bapanya meski sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri Beberapa hari ini masyarakat sibuk memperkatakan p...
Dia Dididik Tanpa Kemewahan Anak Ajak Shiro Menangis Terharu Dapat Basikal Idaman

Dia Dididik Tanpa Kemewahan Anak Ajak Shiro Menangis Terharu Dapat Basikal Idaman

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 348 hits
Hiburan Isteri kepada pelawak Ajak Shiro Nur Afifah Amin mendedahkan anak sulungnya Mohd Jad Thaqif 9 dibesarkan dalam kehidupan yang serba sederhana Menurut Afifah ketika Jad dilahirkan mereka hanya memakai kereta jenama Kelisa yang tiada ...
Rayakan Hari Anak Pemkot Bekasi Ajak Anak Difabel Main Salju

Rayakan Hari Anak Pemkot Bekasi Ajak Anak Difabel Main Salju

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 216 hits
Kota Bekasi baru saja mendapatkan penghargaan kota layak anak kategori Nindya ini menjadi sebuah prestasi ujar Wakil Wali Kota Bekasi Tri Adhianto
Nafas Dia Makin Laju Oksigen Rendah Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Alami Bronchiolitis

Nafas Dia Makin Laju Oksigen Rendah Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Alami Bronchiolitis

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 797 hits
Jika anak tiba tiba sesak nafas atau bernafas laju dan cepat serta ada lekukan yang dalam pada bawah rusuk dada jangan berlengah lagi sebaliknya segeralah bawa ke hospital Perkongsian mengenai masalah anaknya yang mengalami Bronchiolitis in...
Suami Tak Rugi Pun Bagi Isteri Duit Belanja Rezeki Makin Dekat Mencurah Curah

Suami Tak Rugi Pun Bagi Isteri Duit Belanja Rezeki Makin Dekat Mencurah Curah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 462 hits
Memberikan isteri duit belanja seumpama memberikan upah atas khidmatnya kepada suami Walau pun tidak sebanding dengan kudrat dan keringat yang dicurahkan sekurang kurangnya suami tahu menghargai isteri Suami yang selalu memberikan duit bela...
Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak 10 Tahun Menanti Zuriat Anugerah Paling Bernilai

Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak 10 Tahun Menanti Zuriat Anugerah Paling Bernilai

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 369 hits
Menanti saat kelahiran anak adalah momen terindah dalam hidup pasangan bergelar suami isteri Apa lagi kelahiran zuriat yang dinantikan sejak sekian lamanya Bagi Nor Murni Jusoh 37 tahun dan suaminya Mohd Khairul Azman Hashim 38 tahun menant...
Sebab Cikgu Lelaki Dan Tiada Anak Wanita Mengaku Ibu Pelajar Prasekolah Dakwa Guru Ini Tak Layak Ajar Anaknya

Sebab Cikgu Lelaki Dan Tiada Anak Wanita Mengaku Ibu Pelajar Prasekolah Dakwa Guru Ini Tak Layak Ajar Anaknya

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 446 hits
Seperti yang diketahui pendidikan prasekolah merupakan satu program yang menggalakkan pengalaman pembelajaran kanak kanak yang berusia sekitar empat sehingga enam tahun Menggunakan model pendidikan seperti diasaskan oleh Maria Montessori ya...
Hari Anak Nasional Polres Tangsel Ajak Siswa Tertib Berlalu Lintas

Hari Anak Nasional Polres Tangsel Ajak Siswa Tertib Berlalu Lintas

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 232 hits
Kasat Lantas Polres Kota Tangsel AKP Lalu Hedwin Anggara menjelaskan game edukasi ini diberikan kepada siswa Taman Kanak kanak dan Sekolah Dasar di Tangsel sebagai permainan edukatif sekaligus mengakrabkan Kepolisian dengan anak anak
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025