Tak Cukup Duit Untuk Majlis Kahwin Lelaki Buat Laporan Polis Palsu Dakwa Disamun Rm 10k


BUKIT MERTAJAM, 24 Jun (Bernama) — Seorang juruteknik yang terdesak dengan keluarga pengantin perempuan meminta wang untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka bertindak membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya disamun RM10,000 oleh dua lelaki dalam kejadian di Perai Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid hari ini berkata lelaki berumur 45 tahun itu membuat laporan polis mendakwa dia disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 10.30 malam ketika melalui sebuah kilang percetakan.
“Juruteknik itu berkata semasa kejadian dia sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah sebelum dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ menyamunnya dan melarikan beg silang miliknya yang mengandungi wang tunai RM10,000 serta pelbagai dokumen peribadi,” katanya di sini.
Katanya berdasarkan keterangan lelaki itu, polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian namun pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan itu mendapati tidak berlaku sebarang kejadian samun di situ.
Beliau berkata keterangan yang diberikan lelaki itu juga mencurigakan dan polis kemudian menahan mangsa selepas dia mengaku membuat laporan palsu berikutan kesempitan wang dan mahu menangguhkan majlis perkahwinannya.
“Menurut juruteknik itu, keluarga pihak perempuan telah meminta wang untuk persiapan majlis perkahwinan yang berlangsung 25 Ogos ini menyebabkan dia berasa tertekan dan bertindak membuat laporan polis palsu mengatakan wang untuk majlis perkahwinan telah disamun. Dia telah bernikah dengan isterinya pada 15 Jun lepas,” katanya.
Nik Ros Azhan berkata siasatan lanjut mendapati juruteknik itu pernah membuat laporan palsu pada 2010 dan dia kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan seorang lelaki berumur 31 tahun kerana memecah masuk sebuah kilang sebelum mencuri kabel elektrik yang terdapat di dalam premis berkenaan di kawasan Perindustrian Perai, di sini awal pagi semalam.
“Polis menerima maklumat daripada pengawal keselamatan kilang itu yang seorang lelaki telah memecah masuk premis berkenaan dan masih berada di dalam kilang tersebut namun pihak mereka gagal mencari suspek berkenaan,” katanya.
Beliau berkata sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan melakukan penggeledahan dan pencarian sebelum berjaya menahan lelaki itu bersama tiga gulung kabel elektrik yang dicurinya di dalam kilang tersebut serta tiga pemotong besi.
Katanya siasatan mendapati lelaki yang tidak bekerja itu memang terlibat dalam beberapa kes pecah kilang serta curi kabel elektrik yang terdapat di dalam premis berkenaan sejak awal tahun ini dan dia kini direman lima hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/25/tak-cukup-duit-untuk-majlis-kahwin-lelaki-buat-laporan-polis-palsu-dakwa-disamun-rm-10k/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukitmertajam Buat Laporan Polis Palsu Sebab Duit Majlis Sanding Tak Cukup

Bukitmertajam Buat Laporan Polis Palsu Sebab Duit Majlis Sanding Tak Cukup

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 268 hits
Tertekan dengan permintaan keluarga isterinya seorang juruteknik sanggup membuat laporan palsu kononnya disamun dua lelaki dengan menaiki motosikal Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berka...
Dituduh Mencuri Duit Aliff Aziz Cabar Yunika Buat Laporan Polis

Dituduh Mencuri Duit Aliff Aziz Cabar Yunika Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 870 hits
Sebelum ini industri hiburan kita dikejutkan apabila Aliff Aziz didakwa mencuri duit seorang artis wanita Indonesia yang dikenali sebagai Raja Yunika Putri semasa di salah sebuah kelab malam di Singapura BACA Aliff Aziz Dituduh Curi Duit Ar...
Ayah Haziq Buat Laporan Polis Dakwa Rumah Diceroboh

Ayah Haziq Buat Laporan Polis Dakwa Rumah Diceroboh

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 554 hits
Ayah kepada Muhammad Haziq Abdul Aziz membuat laporan polis bahawa rumahnya diceroboh oleh lima individu yang mendakwa sebagai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching kira kira jam ...
Budak Lelaki Buat Laporan Palsu Berdepan Tindakan Polis

Budak Lelaki Buat Laporan Palsu Berdepan Tindakan Polis

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 356 hits
KUALA TERENGGANU Gara gara takut dimarahi emak kerana bermain futsal sehingga lewat petang seorang kanak kanak mereka cerita tentang dirinya cuba diculik Bukan itu sahaja kanak kanak berusia 12 tahun dari Merchang Marang itu turut membuat l...
Tindakan Itu Tidak Wajar Lelaki Dakwa Ditembak Polis Kerana Enggan Berhentikan Motor

Tindakan Itu Tidak Wajar Lelaki Dakwa Ditembak Polis Kerana Enggan Berhentikan Motor

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 429 hits
Tindakan itu tidak wajar Lelaki Dakwa Ditembak Polis Kerana Enggan Berhentikan Motor Disebabkan tidak berhenti apabila dikejar polis setelah melanggar lampu isyarat seorang penumpang motosikal cedera ditembak seorang anggota polis trafik Me...
Tular Remaja Dakwa Ditembak Polis Ibu Nafi Anaknya Terlibat Aktiviti Jenayah

Tular Remaja Dakwa Ditembak Polis Ibu Nafi Anaknya Terlibat Aktiviti Jenayah

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 483 hits
Alor Setar Seorang pembonceng motosikal cedera parah di lengan didakwa ditembak oleh polis trafik hanya kerana melanggar lampu isyarat merah Muhd Aliff Anuar 21 yang merupakan tukang paip ketika itu dalam perjalanan bersama rakannya dari Ku...
Ikut Bajet Masing Masing Majlis Kahwin Ringkas Tapi Style Wanita Ini Tarik Perhatian Warga Maya

Ikut Bajet Masing Masing Majlis Kahwin Ringkas Tapi Style Wanita Ini Tarik Perhatian Warga Maya

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 891 hits
Perkahwinan adalah antara momen terindah dalam hidup setiap insan yang sudah mendirikan rumah tangga Disaat akad selesai dilafazkan bersatulah hati dua insan yang saling menyayangi antara satu sama lain Walaubagaimanapun kadangkala ada di a...
Ngo Buat Laporan Polis Isu Kenyataan Wajib Jatuhkan Ph

Ngo Buat Laporan Polis Isu Kenyataan Wajib Jatuhkan Ph

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 479 hits
KUALA LUMPUR Sepuluh badan bukan kerajaan hari ini bertindak membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke 65 di Kuan...
Tak Tahan Isteri Selalu Suruh Kemas Rumah Suami Sado Buat Laporan Polis

Tak Tahan Isteri Selalu Suruh Kemas Rumah Suami Sado Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 487 hits
Apa guna badan sado tapi tak boleh bantu isteri di rumah Itulah perkara terawal yang melintas di pemikiran ramai apabila membaca kisah seorang suami yang membuat laporan polis terhadap isterinya yang didakwa suka mengarahkannya Laporan ters...
Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut

Openai Dedah Meta Cuba Pikat Kakitangannya Dengan Bonus Rm470 Juta

Huawei Freebuds 6

Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ibu Gadis Veil Beri Penjelasan Majlis Anak Disamakan Dengan Agama Lain Itu Hanyalah Resepsi Bertemakan Garden Wedding

Nak Aura Cantik Kena Hindari Keramaian

Unit Trust Patuh Syariah Panduan Memulakan Pelaburan Dari Rm100


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pas Sudah Melupakan Shahidan Kassim Annuar Musa

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Friday Notes From The Quran Declaring This Halal And Declaring That Haram

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Petua Didik Anak Bijak Dan Soleh Solehah