Ikut Bajet Masing Masing Majlis Kahwin Ringkas Tapi Style Wanita Ini Tarik Perhatian Warga Maya


Perkahwinan adalah antara momen terindah dalam hidup setiap insan yang sudah mendirikan rumah tangga. Disaat akad selesai dilafazkan, bersatulah hati dua insan yang saling menyayangi antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, kadangkala ada di antara kita yang terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana risau tidak mampu untuk menanggung kos belanja untuk berkahwin terutamanya majlis perkahwinan.
Tidak dinafikan, kos menguruskan majlis perkahwinan agak tinggi hari ini termasuklah bagi membayar pakaian bersanding, pelamin dan sebagainya.
Namun, sekiranya kita pandai menguruskan sumber yang sedia ada, tidak mustahil banyak wang yang dapat dijimatkan dan majlis kita juga kekal menarik.
Itulah yang cuba dikongsikan oleh Nor Syahidah dalam satu kiriman yang dibuat beliau di laman Facebook-nya baru-baru ini.
Assalamualikum, harini Sya(Syahidah) rasa nak share sikit bajet yang habis untuk majlis perkahwinan Sya haritu. Memang Sya bajet semua, tak minat over. Simple but nice je .
Sharing is caring untuk bakal pengantin, tak perlu takut untuk kahwin ya . Semua takut sebab punca utama adalah duit, tapi kalau kita pandai pilih okay je. Tak perlu habiskan duit hingga puluhan ribu. Ikut bajet masing masing.
Okay tak bawah ni Sya nyatakan semua kos :
1. Mas kahwin
Foto: FB Nor Syahidah Di negeri Kelantan, hanya wang hantaran sebab mas kahwin tidak ditetapkan kecuali negeri lain. Wang hantaran ni untuk pengantin perempuan sepenuhnya. Melainkan pihak perempuan setuju untuk membelanjakan wang tersebut untuk belanja kenduri.
2. Hantaran
Yang ni Sya okay je, tak nak membazir. Beli barang yang kita guna je, tak mahal pun takpe. Bergantung pada individu . Sya buat 7 dulang berbalas 7 je.
Foto: FB Nor Syahidah Ini contoh belanja barang hantaran (par):
* Kain pasang – Sponsor
* Handbeg – Beli IG Charles keith RM150
* Set Mandian – SASA RM55
* Telekung & Sejadah – MIL Sponsor
* Coklat duty free – RM80
* Pulut kuning – Nenek buat
* Sireh junjung – Sebab merisik sekali tunang haritu tak bawa, so kita ikut adat
Total : RM 285
3. Cincin
Sebagai hadiah untuk pengantin perempuan, bajet maksimum 500-800 . Tapi yang ni Sya berkenan cincin italian, so Sya tambah RM300 je . Yang lain husband Sya bagi. Sya tempah dekat Wan Hussin Wan Zaki (Kedai dkt restoren Wau kb)
Total: RM300
4. Bridal – Warna Warni Bridal
Pelamin ni Sya booking dengan WWB, memang servis tiptop. Harga dengan kualiti setanding. Bajet ikut kemampuan customer, boleh bagi gambar contoh mcm mana nak. Kalau yang latest dari bridal lain pun takpe. Kalau dapat buat dia buat. Bagus sangat.
RM2500 pakej Sya ambil termasuk :
* Pelamin
* Full carpet
* Baju sepasang
* Makeup 1x
* Stage par
* Meja beradap
* Payung
* Pelapik nikah
* Bunga tangan
* Accessories
Berbaloi tak? Hahahaha
Berbaloi sangat. Cantik, theme gold white campir hijau daun je.
Total : RM2500
5. Meja beradap
Yang ni pun Sya tak perlu keluarkan duit sebab dah termasuk under pakej bridal tadi. Cantik sangat-sangat, tak perlu keluarkan duit
6. Baju akad nikah
Baju akad nikah ni Sya tempah jahit je, pastu beads tu jahit sendiri. Gigih sebab sebulan tak kerja puasa semua buat sendiri.
Belanja jahit baju :
* Kain duchess jakel (offwhite) – RM100 4M
* Veil – RM18 1M (Sya tak letak bead ke ape, nak simple. Buat bentuk je)
* Beads – Cintaku RM30
* Upah jahit – RM90 (Kalau jumpa tailor murah lagi jimat uols. Dengan harga ni baju Sya pun memang cantik terletak)
Total : RM238
7. Mekap
Mekap ni Sya tak perlu hire sebab under pakej bridal dah ada 1x makeup, so Sya guna untuk bersanding. Akad nikah make up sendiri je, lagipun majlis malam tak lama so simple2 pun dah cukup hahahaha kan?
Total : RM0
8. Photografi – Hazeem Ghazali
Foto: FB Nor Syahidah Yang ni Sya paling cerewet nak pilih sebab sya nak kualiti gambar yang cantik, tak sangka yang Sya dapat pun sangat cantik. Sangat berpuas hati, wowwwww gittew
RM1550 termasuk :
* Akad nikah
* Sanding
* Free outdoor
Total : RM1550
9. Khemah
Khemah ni kakak Sya yang sponsor terima kasih sponsor khemah dua biji kos untuk dua ni RM570. Sya dah jimat kat sini
Total : RM0
10. Doorgift
Buntu nak letak apa so Sya decide letak apa yang termampu je. Untuk 500pax undangan Sya buat ni 700pax, perlu lebihkan sebab tkut tak cukup.
Kos untuk doorgift RM800 macam tu. Ni bergantung pada bajet uols la yer
11. DJ
Yang ni Sya tak hire sebab anggaran RM300-RM450 untuk hire dj. Tak nak membazir, abang ipar tolong handle speaker dan download lagu je. Majlis pun tak sunyi.
12. Baju sanding
Foto: FB Nor Syahidah Dah termasuk dengan pakej, memang berbaloi sangat. Pelamin cantik + baju cantik 
13. Kad kahwin – @ajkadkahwin (Instagram)
AJ Kad Kahwin
Yang ni Sya ambil dengan aj kad, tuan senang berurusan. Sya pun orang senang, Sya lgi memudahkan kerja.
Sya buat 500pcs RM199 termasuk:
* Kad 500pcs
* Sampul 500pcs
* Banting 1
* Arrow 2 ( Kalau kecil bleh buat 4)
Total : RM199
14. Bunga telur
Bunga telur ni sya beli untuk pihak lelaki dan kawan kawan je 200pcs . Beli kat Rantau Panjang
Total : RM100
15. Jamuan makan
Yang ni buat gotong royong je, dekat kampung so ramai yang datang menolong. Lauk pun ada sampai ke malam, kalau catering pukul 6 je paling lama.
Anggaran daging ayam semua lepas bayar guna duit (ngele) dari tetamu & sanak saudara. So Ma(mama) Sya perlu tambah RM2000 untuk bahan mentah lain lain untuk dua hari majlis Jumaat malam (Akad nikah) & Sabtu (Sanding) . Lagipun selain gulai ada bubur, laksa, mee celup(lain pada lain skit) dan kuih muih
Total : RM0 (Ma sponsor)
Alhamdulillah semua selesai berjalan dengan lancar tambahan ramai yang support, sya pun biasa biasa je cuma ada keluarga yang tak lokek untuk menolong.
Terima kasih semua, suami (Hanif Lokman ) serta Ma, Abah, Adik beradik serta ahli keluarga yang support dari segi tenaga sebelum majlis hingga selesai.
Boleh share, kalau rasa membantu bakal pengantin. Goodluck uols, pilihan di tangan anda.
Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa ini bukanlah perkongsian mengenai perkahwinan bajet, akan tetapi ia lebih kepada pengurusan sumber sedia ada serta pemilihan pakej majlis perkahwinan yang tepat dapat membantu pasangan yang ingin berkahwin.
Bagi pasangan-pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga di luar sana, suka kami ingatkan agar sentiasa bijak dalam berbelanja dan berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan.
Sumber: FB Nor Syahidah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/18/ikut-bajet-masing-masing-majlis-kahwin-ringkas-tapi-style-wanita-ini-tarik-perhatian-warga-maya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantikan Latheefa Ikut Undang Undang Tapi Salah Dari Segi Politik

Lantikan Latheefa Ikut Undang Undang Tapi Salah Dari Segi Politik

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 335 hits
Lantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia turut dikritik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang Sementara pelantikan yang dibuat Dr Mahathir Mohamad itu tidak menyalahi undang undang Lim berkata ia ...
Tun M Tarik Perhatian Penonton Dengan Syarahan Yang Bersahaja

Tun M Tarik Perhatian Penonton Dengan Syarahan Yang Bersahaja

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 231 hits
CAMBRIDGE Isu yang disampaikan tidak banyak berbeza daripada apa yang disampaikan di Oxford Union pada Januari namun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menarik perhatian dewan dengan ketajaman percakapan dan selorohnya sewaktu ...
Warga Emas Curi Pakaian Dalam Wanita

Warga Emas Curi Pakaian Dalam Wanita

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 543 hits
Rasanya orang zaman sekarang sudah hilang rasa malu dan segan kalau bercakap tentang seks dan memenuhi keinginan pelik pelik mereka kepada umum Kalau kita kata orang muda saja yang selalu terbabit dalam isu seperti ini korang ternyata salah...
Acah Bagi Tips Kahwin Bajet Pengantin Dikecam Sebab Semua Dah Ditaja

Acah Bagi Tips Kahwin Bajet Pengantin Dikecam Sebab Semua Dah Ditaja

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 576 hits
Acah bagi tips kahwin bajet pengantin dikecam sebab semua dah ditaja Tidak dinafikan ramai pasangan pengantin berkongsi tips kahwin bajet setelah mengadakan majlis perkahwinan mereka supaya boleh dijadikan rujukan untuk bakal pengantin yang...
Tak Cukup Duit Untuk Majlis Kahwin Lelaki Buat Laporan Polis Palsu Dakwa Disamun Rm 10k

Tak Cukup Duit Untuk Majlis Kahwin Lelaki Buat Laporan Polis Palsu Dakwa Disamun Rm 10k

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 298 hits
BUKIT MERTAJAM 24 Jun Seorang juruteknik yang terdesak dengan keluarga pengantin perempuan meminta wang untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka bertindak membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya disamun RM10 000 oleh dua lelaki da...
Wanita Warga Thailand Ditemui Mati Tergantung

Wanita Warga Thailand Ditemui Mati Tergantung

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 347 hits
TANAH MERAH Mayat seorang wanita warganegara Thailand berusia 45 tahun ditemui di sebuah rumah di Kampung Taman Selaseh berdekatan Jalan Ismail Petra Tanah Merah pagi tadi Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamad berkata mayat itu...
Nazim Othman Akui Sunyi Tapi Tak Terdesak Kahwin

Nazim Othman Akui Sunyi Tapi Tak Terdesak Kahwin

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 324 hits
Masih bergelar duda selepas penceraian bersama bekas isteri Bella Dally Nazim Othman mengakui kadang kala berasa sunyi hidup bersendirian namun tidak mahu The post appeared first on
Kahwin Bulan 12 Ini Sekitar Majlis Pertunangan Ain Edruce Dan Amirul

Kahwin Bulan 12 Ini Sekitar Majlis Pertunangan Ain Edruce Dan Amirul

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 1098 hits
Baru baru ini pelakon dan pengacara popular Ain Edruce ada memaklumkan bahawa dia bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya Amirul Semalam telah berlangsungnya majlis pertunangan Ain dan Amirul yang diadakan di kediaman ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik