Tak Balik Kampung Hampir 27 Tahun Kisah Pekerja Bangladesh Ini Jadi Inspirasi Warga Facebook
Tak balik kampung hampir 27 tahun, kisah pekerja Bangladesh ini jadi inspirasi warga Facebook. Ramai warga asing dari negara dunia ketiga datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Hal ini kerana peluang pekerjaan di Malaysia lebih meluas berbanding di negara asal.Faktor tekanan daripda kemiskinan dan politik menyebabkan mereka nekad berhijrah untuk mencari rezeki.
Menerusi satu perkongsian di Laman Facebook milik Human of Kuala Lumpur, seorang warga Bangladesh yang berusia 70 tahun telah bekerja di Malaysia selama 27 tahun tanpa pulang ke kampung halaman di Bangladesh.
Bekerja setiap hari tanpa cuti!
Abu Bakar yang bekerja sebagai tukang cuci di Klang Parade mempunyai lima orang anak menceritakan bahawa dirinya telah datang ke Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Ketika itu anak bongsunya baru berusia enam bulan dan sejak dari hari tersebut dia belum pernah pulang.
Rutin hariannya adalah sama, bangun tidur, bersiap untuk ketempat kerja, bekerja, menelefon keluarga di kampung dan mengulanginya setiap hari. Abu Bakar tidak pernah mengambil cuti sakit dan bekerja tujuh hari seminggu selama 365 hari.
Hero sebenar untuk anak-anaknya
Tambahnya lagi, anak-anaknya kini ada yang menjadi hakim, jurutera dan doktor. Dia akan pulang ke negara asal pada Disember tahun ini dan akan terus menetap kembali disana.
Menjadi Inspirasi
Kisah inspirasi Abu Bakar ini diperoleh ketika sambutan untuk pekerja kebersihan kerana menjadikan Klang Parade sebagai pusat beli-belah yang mempunyai tandas terbersih oleh Majlis Perbandaran Klang. Rentetan daripada itu, ramai netizen telah meninggalkan komen di ruangan Facebook Human of Kuala Lumpur dengan memuji kecekalan Abu Bakar dalam bekerja.
Sumber : Facebook Human Of Kuala Lumpur
The post Tak balik kampung hampir 27 tahun, kisah pekerja Bangladesh ini jadi inspirasi warga Facebook appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/tak-balik-kampung-hampir-27-tahun-kisah-pekerja-bangladesh-ini-jadi-inspirasi-warga-facebook/