Tak Apa Jika Diteruskan Prk Si Selangor Team Nia Kan Ada Apa Mau Bimbang


 


ELOK ANWAR BATALKAN SAJA RANCANGAN ADAKAN PRK UNTUK TENGKU ZAFRUL


3 June 2025


Semua orang sebenarnya sedar, keputusan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar UMNO dan menyertai PKR tidak lain adalah bagi membolehkan beliau terus berada dalam kabinet selepas tamat tempoh Senatornya pada Disember nanti.


Ia adalah dengan cara menjadikan beliau sebagai Ahli Parlimen melalui pilihan raya kecil atau PRK yang sengaja diadakan, meski pada hakihathya tindakan itu  suatu perbuatan yang jelas membazirkan wang rakyat.


Terdapat juga ura-ura mahu menjadikan Tengku Zafrul sebagai Menteri Besar Selangor, tetapi dengan kenyataan Perdana Menteri dua hari lalu yang memuji beliau sebagai Menteri MITI yang berperanan sangat baik dalam menarik pelaburan dan khidmatnya dikatakan masih diperlukan untuk negara, nyata memperlihatkan Anwar Ibrahim lebih memerlukannya di peringkat pusat.


Dengan itu, kemungkinan paling tinggi sekarang ialah akan ada mana-mana Ahli Parlimen PKR yang diarah mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul bertanding.


Selepas menang dan bergelar Ahli Parlimen, beliau akan dilantik semula sebagai Menteri MITI dan dengar khabarnya, sebagai pertukaran dan untuk menjaga hati UMNO yang mungkin tersinggung dengan tindakannya keluar parti, jawatan Menteri Ekonomi yang sebelum ini milik PKR akan diserahkan kepada UMNO.


Namun demikian, persoalan paling besar dengan tindakan membawa Tengku Zafrul menyertai PKR dan kemudian mempertaruhkannya dalam suatu PRK, mampukah beliau beroleh kemenangan?


Dalam keadaan PKR ketika ini sedang bergolak selepas pertandingan jawatan Timbalan Presiden yang menyaksikan Rafizi Ramli disingkir daripada kepimpinan dan terdapat pula elemen marah dan sakit daripada UMNO atas tindakan Tengku Zafrul keluar parti, harus diakui potensi beliau kalah adalah lebih tinggi berbanding menang.


Tambahan lagi Rafizi ketika berkempen dalam Jelajah HIRUK amat menentang orang yang baru menyertai PKR, tetapi diberi keistimewaan untuk bertanding dan diberikan jawatan dalam kerajaan.


Hakikatnya, jika Tengku Zafrul  bertanding dalam PRK selepas ini, beliau lebih diberi keistimewaan berbanding R. Ramanan yang kerap dijadikan sasaran oleh Rafizi sebelum ini.


Sekurang-kurangnya Ramanan diberi peluang bertanding dalam PRU setelah dua tahun menyertai PKR, bukan masuk PKR terus bertanding dan tersedia jawatan menteri.


Selain itu, jika Tengku Zafrul bertanding di Gombak (Menteri Besar Selangor  diarah mengosongkan kerusi Parlimen itu) atau di Bandar Tun Razak di mana Dr Wan Azizah Wan Ismail akan diarah mengosongkan kerusi tersebut, risiko beliau kalah pastinya lebih tinggi kiranya PN meletakkan Azmin Ali sebagai calon gabungan itu untuk berlawan dengannya.


Bahkan jika di Port Dickson pun, satu lagi kerusi yang berpotensi untuk diadakakan PRK,  tidak mustahil PN juga akan tetap meletakkan Azmin untuk berlawan dengan Tengku Zafrul.


Dalam waktu yang sama, kemasukan Tengku Zafrul ke dalam PKR akan terus meretakkan hubungan PKR dengan UMNO sehingga PRU16 akan datang.


Wujud juga sentimen daripada pihak tertentu dalam UMNO yang mahu melihat Tengku Zafrul kalah dalam PRK yang bakal sengaja diadakan untuknya nanti.


Usul mengecam Tengku Zafrul dan memberi teguran kepada PKR  dengarnya akan banyak ditimbulkan dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian yang bermula pada 9 Jun hingga 27 Julai depan.


Semua ini akhirnya menjadikan hubungan PKR/PH dengan UMNO tidak lagi harmoni.


Risiko paling besar yang akan menanti kerajaan madani dan Anwar adalah sekiranya Tengku Zafrul tidak menang dalam PRK yang dirancang untuknya itu.


Ia bukan saja menyebabkan rancangan mengekalkan Tengku Zafrul sebagai Menteri MITI gagal, malah meletakkan Anwar dalam situasi penolakan rakyat yang lebih nyata.


Kekalahan Tengku Zaftul nanti akan menjadikan Anwar dan PH lebih sukar untuk beroleh kemenangan pada PRU16 akan datang.


Dengan demikian, pertimbangan paling munasabah ialah Anwar harus membatalkan saja rancangan untuk mengadakan PRK semata-mata untuk membolehkan Tengku Zafrul terus dilantik sebagai menteri selepas tempoh Senatornya berakhir.


Selepas Disember nanti, biarkan saja Tengku Zafrul tiada jawatan dalam kabinet  dan kalau Anwar masih mahukan khidmatnya, lantik saja beliau sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri berkaitan pelaburan.


Nak bagi sedap sikit, jadikan jawatan Penasihat Khas itu bertaraf menteri.


Lagi pula, Tengku Zafrul adalah satu-satunya menteri dalam kerajaan madani yang diberi keistimewaan untuk menerajui persatuan sukan iaitu Persatuan Badminton Malaysia setelah diberi kebenaran khas oleh Perdana Menteri.


Sebelum ini, dua menteri yang merupakan orang lama dalam PKR, Fahmi Fadzil dan Nik Nazmi Nik Ahmad terpaksa menarik diri untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak KL kerana dilarang oleh ketetapan kabinet yang tidak membenarkan mana-mana menteri menerajui persatuan sukan.


Makanya, lebih baik Tengku Zafrul berperanan sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri saja, di samping memberi tumpuan kepada badminton selepas tempoh Senatornya berakhir  pada Disember nanti.


Nak bertanding pilihan raya, tunggulah PRU16 nanti dan dengan tiada PRK, duit negara pun dapat dijimatkan!! – ShahbudinHusin 03Jun2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/elok-anwar-batalkan-saja-rancangan-adakan-prk-untuk-tengku-zafrul/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/tak-apa-jika-diteruskan-prk-si-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Dengar Team Nia Nak Cakap Bab Ini

Tak Dengar Team Nia Nak Cakap Bab Ini

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 89 hits
Corporate move vs Permainan Persepsi Politik 1 Belum 24jam habis President Town Hall buat warga kerja PETRONAS serata media masa dah cerita tentang 5 000 orang pekerja diberhentikan 2 Entah apa yang seronok sangat cerita hal dalam kain deka...
Lagi Dikecam Sokong Nia

Lagi Dikecam Sokong Nia

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 120 hits
KECAM W FAUDZIN ANTARA PENYOKONG kuat Fauziah Salleh Norshidah Md DaudDok up post byk2 mengata Rafizi 99 kena bedalJgn cakap nk mintak geng2 parti dlm cabang p bekap diri sendiri pun x berani nk pertahankan post sendiri 1 post bape sen dapa...
Pinda Peraturan Co2 Ngo Eu Bimbang Jualan Kenderaan Ice Meningkat Semula

Pinda Peraturan Co2 Ngo Eu Bimbang Jualan Kenderaan Ice Meningkat Semula

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 98 hits
Badan badan NGO yang memperjuangkan alam sekitar Kesatuan Eropah mengkritik tindakan Majlis Kesatuan Eropah selepas meluluskan pindaan terhadap peraturan pelepasan karbon dioksida untuk kereta baharu Tujuan pindaan itu adalah untuk memberik...
What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 231 hits
If there s one thing every teacher could benefit from is time There is always a lack of time to finish all the tasks of creating lessons managing the classroom or interacting with parents and staff In the midst of all the hustle and bustle ...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya

Beli Tudung Di Muaz Kl

Galakan Berpuasa Di Bulan Muharram

Lunch Bubur Nasi Segera

Kisah Hari Raya Aidilfitri 2025

Kl Convention Centre Turns 20 Here S How It S Shaping The Future


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pn Cadang Tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Pantau Proses Lantik Hakim

Eu S Hypocrisy Fuelling Suffering In Gaza

Stop Politicising Race Just Because Car Driver Is China National

Ikan Bawal Masak Tiga Rasa London

Surah Surah Yang Dibaca Ketika Solat Subuh

Gardens Ville Suburban Comfort In The Heart Of Sungai Ara