Tak Adil Dakwa Pesuruhjaya Spr Sengaja Mahu Gagalkan Tribunal


Kasthuri Jeevendran
Datuk K. Kumaraendran
KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan mendakwa peletakan jawatan enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai cubaan menggagalkan siasatan tribunal khas.

Peguam, Datuk K. Kumaraendran berkata, kenyataan seumpama itu tidak adil kerana faktor sebenar peletakan jawatan itu masih belum diketahui.

Ia tidak seharusnya diberi kesimpulan sebegitu rupa, katanya.

Menurut Kumaraendran, menuduh keenam-enam anggota SPR itu tidak akan membantu melicinkan proses siasatan sebaliknya membuatkan orang ramai semakin meragui kewibawaan badan perundangan negara sebenarnya.

“Kenyataan seperti ini sangat dikesali, tidak adil dan keluar pada waktu yang tidak sepatutnya. (Saya) sangat kesal dan terkilan dengan kenyataan seumpama ini apatah lagi dari mulut Peguam Negara,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Kumaraendran berkata demikian mengulas dakwaan Tommy yang peletakan jawatan enam pesuruhjaya SPR itu hanya cubaan menggagalkan siasatan tribunal khas yang ditubuhkan bagi menyiasat salah laku mereka sebelum dan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14.

Media semalam menyiarkan kenyataan Tommy yang mendakwa, peletakan jawatan keenam-enam individu berkenaan dibuat serta merta sebaik sahaja menerima laporan bahawa kerajaan telah menubuhkan satu tribunal khas.

Beliau berkata, tindakan berkenaan dibuat khusus untuk mengelakkan diri daripada dipecat jika terbukti mereka terbabit dalam salah laku sepanjang pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menerusi satu kenyataan semalam, Tommy menjelaskan yang dirinya bertanggungjawab untuk memperincikan pendirian Pejabat Peguam Negara yang prosiding tribunal khas itu bukan berbentuk akademik.

“Faktor utama penubuhan tribunal ini ialah untuk melihat jika wujud sebarang salah laku oleh keenam-enam individu berkenaan dan mencadangkan kepada Yan di-Pertuan Agong untuk tindakan sewajarnya sekiranya ia benar berlaku.

“Tribunal ini perlu melakukan siasatan terlebih dahulu berhubung 13 dakwaan yang dikenakan ke atas beliau untuk menentukan (jika wujud) sebarang salah laku,” katanya.

Keenam-enam individu terbabit adalah Tan Sri Othman Mahmood, Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K. Bala Singam Karupiah dan Datuk Leo Chong Cheong.

Isnin lalu, tribunal berkenaan dimaklumkan bahawa sebarang penemuan adalah hanya bersifat akademik kerana kesemua individu yang dinamakan itu sudah meletak jawatan.

Mengulas lanjut Kumaraendran berkata, pendirian tribunal berkenaan untuk mengambil tindakan ke atas mereka disifatkan agak ganjil kerana tiada pemecatan boleh dilakukan jika semua defendan sudah meletakkan jawatan masing-masing.

“Saya menyokong jika penemuan tribunal ini bersifat akademik seperti yang dikatakan sebelum ini tetapi apabila membaca kenyataan Peguam Negara, saya merasakan situasi ini agak ganjil.

Tribunal itu sudah bersidang tetapi masih belum membuat sebarang keputusan berhubung isu yang dibangkitkan bahawa ia bersifat akademik susulan peletakan jawatan kesemua individu berkenaan.

Sebelum ini, peguam yang membantu tribunal, M. Puravelan dari Majlis Peguam Malaysia, berkata tujuan penubuhan tribunal itu tidak lagi bermakna selepas peletakan jawatan enam ahli SPR itu.-MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/tak-adil-dakwa-pesuruhjaya-spr-sengaja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tribunal Bekas Pesuruhjaya Spr Bukan Akademik Tegas Tommy Thomas

Tribunal Bekas Pesuruhjaya Spr Bukan Akademik Tegas Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 234 hits
Tribunal bekas pesuruhjaya SPR bukan akademik tegas Tommy Thomas Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 30 Jan
Tribunal Siasat Spr Peguam Negara Perlu Jelaskan Adakah Pru14 Akan Dibatalkan

Tribunal Siasat Spr Peguam Negara Perlu Jelaskan Adakah Pru14 Akan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 380 hits
BENARKAH keputusan Pilihan Raya Umum Ke 14 berkemungkinan dibatalkan Ini persoalan popular setelah dibangkitkan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selepas prosiding Tribunal Berhubung Suruhanjaya Pilihan Raya semalam Rakaman video sidang a...
Isu Ecrl Dan Penubuhan Tribunal Spr Kerajaan Ph Setaraf Program Maharaja Lawak

Isu Ecrl Dan Penubuhan Tribunal Spr Kerajaan Ph Setaraf Program Maharaja Lawak

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 365 hits
Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menyifatkan isu pembatalan Landasan Keretapi Pantai Timur dan penubuhan Tribunal Pilihan Raya oleh kerajaan Pakatan Harapan menyerlahkan betapa kerajaan hari ini bukan sahaja caca ...
Peguam Negara Jawab Isu Tribunal Spr

Peguam Negara Jawab Isu Tribunal Spr

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 305 hits
Peguam Negara Tommy Thomas bercakap pada Program IDEAS LSEASM The status of institutional Reformasi selepas 100 hari di Ballroom Royal Selangor Club Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Tribunal mempunyai mandat untuk menyiasat sama s...
Ismail Sabri Sifatkan Manogaran Sengaja Cabar Akta Spr

Ismail Sabri Sifatkan Manogaran Sengaja Cabar Akta Spr

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 269 hits
Pemangku Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoal tindakan calon Pakatan Harapan M Manogaran memakai baju berlogo parti dalam perkarangan pusat pengundian yang disifatkannya sebagai sengaja mencabar Akta Suruhanjaya ...
Tribunal Siasat Dakwaan Salah Laku Enam Ahli Spr

Tribunal Siasat Dakwaan Salah Laku Enam Ahli Spr

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 247 hits
Diterbitkan Hari ini 3 51 petang Sebuah tribunal telah ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan salah laku yang dilakukan oleh enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung peranan mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke 14 Peguam Nega...
Komen Peguam Negara Terhadap Bekas Anggota Spr Tidak Hormat Tribunal Kata Peguam

Komen Peguam Negara Terhadap Bekas Anggota Spr Tidak Hormat Tribunal Kata Peguam

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 246 hits
V AnbalaganFMTFebruary 1 2019 Peguam Negara Tommy Thomas ditempelak berhubung kenyataannya nbsp terhadap 6 bekas pesuruhjaya SPR yang disiasat kerana dakwaan salah laku PETALING JAYA Seorang peguam mempersoalkan peguam negara berhubung keny...
Dah Terdesak Ph Perguna Spr Pengundi Hantu Dedak Dan Lain2

Dah Terdesak Ph Perguna Spr Pengundi Hantu Dedak Dan Lain2

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 316 hits
Cuba fahamkan betul2 apa yang cuba di sampaikan oleh DAP melalui kenyataan di atas Dah namanya PRK Cameron Highland kalau ikut logik dah tentulah pengundi tempatan yang akan jadi faktor kemenangan Kenapa pula DAP nak berharap PENGUNDI LUAR ...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan