Tribunal Siasat Dakwaan Salah Laku Enam Ahli Spr


Diterbitkan Hari ini 3:51 petang 

Sebuah tribunal telah ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan salah laku yang dilakukan oleh enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peranan mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14.

Peguam Negara Tommy Thomas, dalam satu kenyataan, mengumumkan bahawa tribunal itu akan terdiri daripada lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara.

Mereka adalah Steve Shim Lip Kiong yang dilantik sebagai pengerusi, Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha, dan Prasad Sandosham Abraham.

Katanya, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad telah membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa enam ahli SPR itu harus disiasat dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dipecat menurut Perkara 114(3) dan 125(3) Perlembagaan Persekutuan atas syor tribunal itu.

“Tribunal akan bersidang di Mahkamah Klang pada pukul 10 pagi 28 Januari ini untuk menimbang teliti hal perkara berhubung mandat daripada Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan enam anggota SPR.

"Mereka adalah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong," katanya.

Pada 17 Oktober tahun lalu, terdapat laporan bahawa kerajaan telah memulakan proses untuk menubuhkan tribunal berkenaan, namun pada hari berikutnya, lima anggota SPR itu telah mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Seorang lagi anggota yang kekal turut meletak jawatan pada 27 November tahun lalu. Semua peletakan jawatan ini berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

"Walaupun enam Ahli SPR telah meletakkan jawatan, tribunal mempunyai segala budi bicara berhubung semua perkara yang berkaitan dalam membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong," kata Tommy.

Beliau turut mengumumkan peguam yang membantu tribunal itu adalah M Puravalen dari Badan Peguam Malaysia serta M Kogilambigai dan Ann Khong Hui Li dari Jabatan Peguam Negara.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/tribunal-siasat-dakwaan-salah-laku-enam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tribunal Siasat Spr Peguam Negara Perlu Jelaskan Adakah Pru14 Akan Dibatalkan

Tribunal Siasat Spr Peguam Negara Perlu Jelaskan Adakah Pru14 Akan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 437 hits
BENARKAH keputusan Pilihan Raya Umum Ke 14 berkemungkinan dibatalkan Ini persoalan popular setelah dibangkitkan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selepas prosiding Tribunal Berhubung Suruhanjaya Pilihan Raya semalam Rakaman video sidang a...
Biar Spr Dan Sprm Siasat Dakwaan Syed Saddiq

Biar Spr Dan Sprm Siasat Dakwaan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 338 hits
Isu pemberian wang kepada sukarelawan Orang Asli sebagaimana tular di laman sosial baru baru ini sepatutnya diserahkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut
Sebuah Universiti Awam Tutup Salah Laku Seksual Pengajar

Sebuah Universiti Awam Tutup Salah Laku Seksual Pengajar

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 462 hits
AMNI JAGAT Sebuah universiti awam di Kuala Lumpur didapati menyembunyikan kes berkenaan salah laku seksual yang berlaku di institusi berkenaan Menurut dokumen awam yang diterima salah laku tersebut telah disebutkan di Mahkamah Tinggi Kuala ...
Salah Guna Kereta Jabatan Lapor Polis Bukan Spr Kj

Salah Guna Kereta Jabatan Lapor Polis Bukan Spr Kj

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 488 hits
Khairy Jamaluddin KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar minta pihak yang mempunyai bukti rakaman video berhubung penyalahgunaan kenderaan jabatan kerajaan untuk kempen Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands membuat lap...
Polis Ghana Soal Siasat Ahli Politik Berhubung Kematian Wartawan

Polis Ghana Soal Siasat Ahli Politik Berhubung Kematian Wartawan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 236 hits
Polis Ghana soal siasat ahli politik berhubung kematian wartawan Dikemas kini 32 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 22 J
Dark Web Polis Masih Siasat Dakwaan Penjualan Maklumat Pelajar Uitm

Dark Web Polis Masih Siasat Dakwaan Penjualan Maklumat Pelajar Uitm

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 424 hits
Bernama UiTM komited dan sentiasa telus dalam membekalkan sebarang maklumat diperlukan oleh semua pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar SHAH ALAM Polis masih menjalankan siasatan terhadap laporan dibuat piha...
Bn Lapor Polis Dakwaan Salah Guna Kenderaan 4wd Pahang

Bn Lapor Polis Dakwaan Salah Guna Kenderaan 4wd Pahang

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 577 hits
CAMERON HIGHLANDS Calon Barisan Nasional akan membuat laporan polis berhubung dakwaan salahguna kenderaan milik kerajaaan Pahang oleh Pakatan Harapan dalam kempen pilihan raya kecil Cameron Highlands kata seorang pegawai pengiring Pegawai t...
Kau Tau Abang Aku Sape Mana Lagi Rm20 000 Polis Siasat Dakwaan Anggota Polis Salahguna Kuasa Ugut Orang Awam

Kau Tau Abang Aku Sape Mana Lagi Rm20 000 Polis Siasat Dakwaan Anggota Polis Salahguna Kuasa Ugut Orang Awam

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 485 hits
Kau tau abang aku sape Mana lagi RM20 000 Polis siasat dakwaan anggota polis salahguna kuasa ugut orang awamViral di media sosial seorang lelaki yang dipercayai anggota polis mengugut dan menunjukkan pistolnya kepada seorang pemandu lori me...
Calon Bn Gesa Sprm Bersih Siasat Dakwaan Pakatan Sogok Wang

Calon Bn Gesa Sprm Bersih Siasat Dakwaan Pakatan Sogok Wang

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 302 hits
Calon BN gesa SPRM Bersih siasat dakwaan Pakatan sogok wang Dikemas kini 22 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 13 Jan 2
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Barca Gah Di Puncak Liga

Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Tular Konten Kreator Malaysia Bertahan 4 Jam Atas Pokok Elak Serangan Harimau