Tak Ada Susu Badan Tapi Suami Boleh Bantu Isteri Bf Urut Sikit Pun Dah Rasa Syok


Menyusukan anak bukanlah tugas mudah. Ibu akan mengalami letih badan serta gangguan emosi. Perlu sentiasa diberikan sokongan dan perhatian dari suami. Jika isteri mengalami kemurungan kerana tidak cukup rehat, ia memungkinkan kepada terjadinya masalah yang lebih serius.
Artikel Menarik: [Biasalah Lapar Selepas Menyusukan Anak. Tapi Ada Caranya Untuk Mama Kawal Berat Badan]
Sebagai suami yang prihatin dan bertanggung jawab, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meringankan beban isteri. Sudah tentu suami tidak dapat bertukar tempat dengan isteri untuk menyusukan anak, tetapi ada perkara lain yang boleh dibuat sebagai inisiatif bagi membantu si isteri yang keletihan.
Di dalam sesi live bersama Pa&Ma tempoh hari, Kaunselor Laktasi Bertauliah, Pn Nurdiana Mohd Rasid ada berkongsi antara perkara yang boleh suami bantu bagi menjayakan perjalanan penyusuan bayi secara ekslusif.
BELAJAR DAN CARI MAKLUMAT Tidak perlu tunggu isteri melahirkan, suami boleh mengikut isteri ke kelas penyusuan. Jika tidak sempat meluangkan masa untuk ke kelas, suami boleh mengikuti grup penyusuan di laman sosial. Banyakkan pembacaan dan usah segan untuk bertanya kepada rakan-rakan yang mempunyai pengalaman.

Dengan mengumpul maklumat dan pengetahuan tentang penyusuan, suami akan lebih berpengetahuan dan tidak kekok untuk membantu isteri apabila tiba waktu mereka menyusukan bayi.
BUATKAN MILK BOOSTER Buat sendiri untuk milk booster untuk isteri dari bahan-bahan semulajadi. Antaranya adalah susu kurma bercampur badam atau minuman herba longan kering dan kurma merah. Tidak susah pun untuk menyediakannya, anda boleh dapatkan resipinya dari internet sahaja.
BELIKAN ALATAN PENYUSUAN Selain membuat persediaan mental, anda harus mempunyai pengetahuan tentang proses penyusuan. Bukan sahaja ketika bayi menyusu dari badan bahkan proses mengepam susu. Untuk memudahkan isteri membuat bekalan susu untuk si kecil, anda perlu tahu jenis alatan yang diperlukan.
Bantu juga isteri anda untuk mengendalikan mesin pam. Bersihkan jika perlu dan sediakan beg sekiranya isteri perlu keluar bekerja.
Selain mesin pam, dapatkan juga maklumat tentang alatan lain seperti beg penyejuk, pek atau blok ais, botol susu, pek susu, dan banyak lagi.

Aksesori dan alatan untuk membuat stok susu tidak murah, jadi sebaiknya suami harus membuat tinjauan terlebih dahulu tentang jenis dan jenama mesin pam yang mahu anda belikan untuk si isteri. Ketahui fungsinya serta cara penggunaan agar anda tidak terkial-kial apabila isteri meminta pertolongan anda.
JAGA EMOSI DAN PERASAAN ISTERI Ini yang paling utama. Bagi menunjukkan sokongan anda terhadap mereka, pastikan kehadiran anda ketika isteri sedang menyusukan anak. Jika isteri bangun tengah malam untuk mengepam, sebaiknya anda berjagalah bersama dia. Sementara menunggu, anda boleh bersembang dengannya. Lebih baik lagi jika anda dapat menghulurkan bantuan untuk mengurut bahu dan belakang badan isteri ketika mereka sedang menyusukan atau mengepam susu.

Artikel Menarik: [Ibu Makan Pelbagai Makanan Sewaktu Susukan Anak Bantu Anak Menjadi Seorang ‘Pemakan’]
Buat para suami yang menemani isteri untuk anak sulung, anda harus sama-sama menyelami perasaannya. Inilah pengalama pertama payudara isteri membengkak, putingnya melecet ataupun masalah susu tidak mahu keluar. Jika anda tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya berusahalah untuk mencari pakar yang dapat menyelesaikan masalah ini. Sebagai contoh, isteri mengalami bengkak susu. Anda boleh dapatkan pandangan dari doktor atau cari tukang urut berpengalaman untuk membantu isteri.
BERIKAN BAYI SUSU PERAHAN Tugas utama suami adalah untuk memperkenalkan susu perahan kepada bayi. Kebanyakan bayi akan menolak jika ibunya sendiri yang menyuakan susu perahan dalam botol. Jika ayah yang memberi susu dalam botol, bayi akan lebih terbuka untuk meminumnya. Selain iu, suami juga boleh belajar cara-cara penyimpanan susu perahan atau mencuci peralatan mengepam.

URUSKAN ANAK Dalam tempoh berpantang, ibu memerlukan rehat yang secukupnya. Emosi mereka juga mudah terganggu kerana masih tidak sembuh sepenuhnya. Sebagai seorang suami yang peka dengan keadaan isteri, anda boleh membantu untuk menguruskan anak seperti memandikan dan memberi mereka makan. Sekiranya anda mempunyai anak-anak lain selain bayi yang baharu lahir, adalah lebih baik anda uruskan mereka tanpa mengganggu si isteri.

Untuk memudahkan kerja anda, bawalah ibu atau mertua untuk membantu. Anda boleh uruskan anak-anak yang lain dan mereka boleh menolong anda untuk menjaga isteri dan bayi. Jika berkemampuan, anda digalakkan untuk mengupah pengamal perbidanan Melayu yang bertauliah untuk menguruskan isteri anda. Ini lebih baik kerana mereka juga boleh mengurut dan menjalankan rawatan pantang yang lain ke atas isteri anda.
RAJINKAN DIRI BUAT KERJA RUMAH Ibu menyusu biasanya mudah letih dan tidak sempat menguruskan hal lain. Sebagai suami, jangalan pula anda marahkan mereka. Ringankan bebanan mereka dengan sama-sama membantu buat kerja rumah. Apa yang boleh anda bantu, buatlah. Tidak perlu sempurna, tetapi sekurang-kurangnya dengan membantu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerja si isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan yang baik, dia pasti lebih produktif dan positif untuk menguruskan hal rumah tangga.
The post Tak Ada Susu Badan, Tapi Suami Boleh Bantu Isteri BF. Urut Sikit Pun Dah Rasa Syok! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-ada-susu-badan-tapi-suami-boleh-bantu-isteri-bf-urut-sikit-pun-dah-rasa-syok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Sebab Makan Je Suami Isteri Asyik Gaduh Pun Boleh Buat Berat Badan Naik

Bukan Sebab Makan Je Suami Isteri Asyik Gaduh Pun Boleh Buat Berat Badan Naik

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 587 hits
Sesekali berselisih pendapat dengan pasangan adalah normal Itulah yang menjadi kekuatan kepada sesebuah hubungan tetapi jika terlalu kerap bertengkar akan membawa keburukan dalam perhubungan dan KESIHATAN Menurut kajian pasangan yang selalu...
Isteri Abam Bocey Imbau Kembali Kenangan Rasa Sedih Sambut Ramadan Tanpa Suami Di Sisi

Isteri Abam Bocey Imbau Kembali Kenangan Rasa Sedih Sambut Ramadan Tanpa Suami Di Sisi

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 457 hits
Sepertimana yang kita tahu pelawak Abam Bocey telah memberi kesan kepada kita semua atas pemergiannya Lagi lagi isterinya yang bernama Siti Nor Hidayah berusia 29 tahun itu meluahkan rasa sedih menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini tanpa ...
Bie Suami Yang Sempurna Isteri Luah Rasa Rindu Suami Pergi Selamanya Secara Mengejut

Bie Suami Yang Sempurna Isteri Luah Rasa Rindu Suami Pergi Selamanya Secara Mengejut

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 758 hits
Kehilangan insan tersayang pasti memberi kesan kepada kehidupan kita Apa lagi jika yang pergi itu adalah pasangan kita Biarpun bersedih kita harus kuat untuk menjalani kehidupan ini terutamanya jika kita ada anak anak Seperti yang dikongsik...
Saya Dah Jadi Macam Bibik Dalam Rumah Sendiri Isteri Luah Rasa Kesal Suami Angkut Mak Ayah Tinggal Bersama

Saya Dah Jadi Macam Bibik Dalam Rumah Sendiri Isteri Luah Rasa Kesal Suami Angkut Mak Ayah Tinggal Bersama

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 453 hits
Salam semua Di musim Covid 19 ini benar benar menguji para suami isteri yang terperuk kuarantin di rumah Makin senang gaduh makin senang cari pasal Al kisah suami saya entah kenapa dia boleh angkut mak ayahnya dari kampung datang ke Kuala L...
Hikmah Isteri Cium Tangan Suami Lepas Solat Masing Masing Rasa Saling Memerlukan

Hikmah Isteri Cium Tangan Suami Lepas Solat Masing Masing Rasa Saling Memerlukan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 504 hits
Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari anda mampu menyuburkan kasih sayang antara suami isteri Impaknya mungkin tidak nampak terus tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagial...
Muka Ibu Berubah Seakan Nenek Tua Ketika Hamil 3 Bulan Tapi Suami Tetap Puji Isteri Cantik

Muka Ibu Berubah Seakan Nenek Tua Ketika Hamil 3 Bulan Tapi Suami Tetap Puji Isteri Cantik

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1144 hits
Tempoh kehamilan selalunya memberi pelbagai pengalaman manis dan pahit dalam sesebuah rumah tangga Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dihadapi Benarlah bahawa Syurga itu di bawah tapak kaki ibu Seorang ibu pasti menghadapi alahan pada b...
Sikit Tazkirah Ekonomi Tugas K Jaan Bantu Poket Rakyat Tapi

Sikit Tazkirah Ekonomi Tugas K Jaan Bantu Poket Rakyat Tapi

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 244 hits
Sikit Tazkirah Ekonomi Kerajaan dan aliran tunai wang rakyatBULAN lepas Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin Lalu tularlah nama Makcik Kiah dan manfaat yang keluarga Makcik Kiah dapat Waktu itu saya teruja untuk men...
Suami Isteri Dan Jiran Naik Kereta Bersama Mahu Beli Barang Didenda Rm1 000

Suami Isteri Dan Jiran Naik Kereta Bersama Mahu Beli Barang Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 440 hits
Akibat menaiki kereta beramai ramai untuk membeli barang di sebuah pasar raya sepasang suami isteri dan jiran mereka masing masing didenda RM1 000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengingkari Perintah Kaw...
Kasih Seorang Suami Kepada Isteri Hingga Nafas Terakhir

Kasih Seorang Suami Kepada Isteri Hingga Nafas Terakhir

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 664 hits
Kasih dan cinta seorang suami terhadap isteri hingga ke nafas terakhir merupakan satu anugerah yang sangat bermakna bagi setiap pasangan hidup Begitulah yang dikongsi oleh pengguna Facebook Nur Hafizah menceritakan kisah cinta antara ayah d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab