Tak Ada Keperluan Untuk Sediakan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Bisnes Boleh Berjaya Juga




Saya ada tulis dalam satu artikel di blog ini tentang rancangan perniagaan. Bagi saya ia tidak diperlukan, malah tidak mampu berikan sebarang jaminan terhadap kejayaan sesebuah perniagaan.
Dalam erti kata lain, jika nak berniaga, tak perlu siapkan apa-apa rancangan perniagaan seperti mana yang anda belajar di pusat pengajian tinggi dulu.
Namun begitu, pendapat saya tersebut bukanlah hasil dari kajian oleh mana-mana pakar dalam disiplin perniagaan di negara kita. Ia hanyalah rumusan saya sendiri hasil dari pengalaman berada dalam dunia bisnes dan juga hasil dari pengamatan terhadap rakan-rakan usahawan lain yang saya kenal dan berjaya dalam perniagaan masing-masing.
Ada satu buku yang sangat menarik, tajuk buku itu yang buat saya terus beli, Burn Your Business Plan!: What Investors Really Want from Entrepreneurs ditulis oleh David E Gumpert, berkisar tentang perkara yang jauh lebih utama untuk anda buat berbanding buang masa sediakan rancangan perniagaan. 
Saya dah baca buku tu dan memang sama seperti apa yang saya faham selama ini tentang kedudukan rancangan perniagaan yang sebenarnya tak penting sangat untuk sesebuah perniagaan.
Boleh tekan link di tajuk buku itu dan beli jika anda berminat nak baca.
Ada satu lagi artkel menarik yang saya jumpa tentang Rancangan Perniagaan. Kali ini dari Harvard Business Review. Penulis artikel itu menolak keperluan untuk sediakan rancangan perniagaan, sebagai pra-syarat menjayakan sesebuah perniagaan.
Rumusannya, tak payah sediakan rancangan perniagaan kalau nak berniaga. Tapi perlu juga buat persediaan. Saya kongsikan di bawah apa yang anda perlu lakukan.
Persediaan sebelum berniagaBerikut beberapa langkah penting yang perlu ada bagi memastikan perniagaan anda berjaya, tanpa perlu sediakan apa-apa kertas kerja rancangan perniagaan terlebih dahulu.
Matlamat perniagaanKenal pasti dengan jelas matlamat perniagaan.
Ini perkara paling penting untuk dipastikan terlebih dahulu. Apa yang anda nak capai dengan perniagaan yang nak dijalankan dan kenapa nak capai.
Anda perlu betul-betul mahu capai matlamat tersebut supaya sentiasa ada motivasi untuk bertindak menghampirinya.
Pasukan kerjaKenal pasti keperluan terhadap sumber manusia atau kumpulan pembantu yang bakal dibentuk sebagai pasukan dalam idea perniagaan anda. Ini satu lagi perkara yang sangat penting dalam menjayakan perniagaan. Sentiasa ingat perkara ini dan ulang dalam minda, orang, orang dan orang. Siapa mereka?
Anda mungkin ada idea, tahu langkah demi langkah dan ada gambaran untuk mencapai sasaran secara umum. Tapi anda sentiasa perlukan bantuan terutamanya dari mereka yang jauh lebih tahu, lebih pandai dari anda dalam tugasan yang lebih spesifik, lebih terperinci, dalam pelaksanaan perniagaan tersebut.
Buat satu persatuSentiasa ingat bahawa anda perlu ada hasrat dan cita-cita yang besar, dalam masa yang sama tahu dan sanggup untuk bergerak secara kecil terlebih dahulu dan buat secara istiqamah satu demi satu, setapak demi setapak sebelum sampai ke destinasi.
Orang putih kata, "Think big, start small". 
Setiap yang besar bermula dari saiz yang kecil. 
Sasaran pelangganJika anda pernah lihat BMC, ada satu segmen penting yang biasanya paling awal perlu ditentukan terlebih dahulu dalam menyediakan BMC tersebut. Ia adalah segmen pelanggan.
Berikan tumpuan pada sasaran pasaran yang terperinci dari segi demografik, geography, psikografik, dan sebagainya. Lebih jelas dan terang anda gariskan, adalah lebih bagus dan lebih mudah untuk melaksanakan langkah pemasaran dan perniagaan anda.
Faham model bisnesUntuk kuasai bagaimana perniagaan akan jana pendapatan, perlu faham keseluruhan proses perniagaan anda dan setiap elemen penting dalam perniagaan. Anda boleh hadam semua itu jika ambil masa untuk sediakan BMC anda secara lengkap.
Paling penting adalah kenal pasti siapa pelanggan sebagaimana yang saya sebut di atas tadi, kemudian anda wajib tahu apa pelanggan dapat dari perniagaan yang dijalankan. 
Selain dari pelanggan dapat apa yang semua pesaing anda mampu berikan, pelanggan juga perlu dapat sekurangnya satu nilai yang berbeza hanya dari perniagaan anda sahaja. Itu akan jadi satu sebab kenapa pelanggan sanggup untuk beralih ke bisnes anda dan sanggup mencuba buat kali pertama untuk beli produk atau perkhidmatan yang bisnes anda tawarkan.
Jual, jual dan jualBila dah mulakan perniagaan, tiada yang lebih penting selain dari aktiviti menjual.
Sebagai panduan, anda perlu bahagikan masa, tenaga usaha dan sumber yang ada menggunakan formula 6/3/1
60% untuk urusan pemasaran & jualan
30% untuk urusan operasi
10% untuk urusan administrasi
Fikir bagaimana nak menjana pendapatan demi pendapatan adalah lebih penting daripada sibuk nak sempurnakan semua produk atau perkhidmatan yang ada. Cari orang yang anda boleh percaya dan biar dia selesaikan bab operasi. 
Visi yang jelas di dalam kepala amat penting untuk menjayakan sesebuah perniagaan. Anda mesti dapat menerangkan hala tuju perniagaan dengan pantas dan jelas jika pekerja atau bakal pelanggan atau bakal pelabur tanya. Boleh nampak sasaran dan apa yang bakal berlaku dalam tempoh setahun, dua tahun tiga atau lima tahun lagi.
Jangan buang masa. Sentiasa cepat bertindak, terus buat untuk menjayakan visi dalam kepala secara rapi dan gigih. Mana yang berkesan terus dan gandakan usaha di situ. Mana yang tidak berhasil, ubah atau hentikan jangan buang masa pada usaha yang tak ada hasil.
Sabar dan sabar, insyallaah anda akan berjaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/07/tak-ada-keperluan-untuk-sediakan-kertas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Bancuh Tepung Ayam Goreng Rangup Lebih Jimat Buat Ayam Goreng Hari Hari Pun Boleh

Cara Bancuh Tepung Ayam Goreng Rangup Lebih Jimat Buat Ayam Goreng Hari Hari Pun Boleh

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 180 hits
Ayam goreng bersalut tepung yang rangup kalau dihidang memang memancing selera Dari tak nak makan boleh cancel bila lihat ayam goreng rangup ini panas panas Buat lauk ini setiap hari pun tiada masalah terutama kalau di rumah ada kanak kanak...
Luka C Zer Boleh Terbuka Semula Ibu Baru Bersalin Perlu Ambil Tahu

Luka C Zer Boleh Terbuka Semula Ibu Baru Bersalin Perlu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 122 hits
Bukan saja ibu bersalin normal yang risau dan bimbang jahitan terbuka hal ini juga turut membimbangkan ibu yang bersalin secara pembedahan bila luka czer terbuka kembali Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan luka pembedahan ini kembali t...
Speker Dun Melaka Boleh Istihar Kerusi Kosong Kot

Speker Dun Melaka Boleh Istihar Kerusi Kosong Kot

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 114 hits
Dalam isu 6 MP Bersatu yang sokong PMX tu PN tak puas hati kerusi mereka dikekalkan kerana bagi PN Bila notis dihantar Speaker hanya perlu umum kerusi dikosongkan dan kemudian Jadi untuk ni aku harap Speaker DUN Melaka bila UMNO hantar noti...
Buli Siber Bila Boleh Dihentikan

Buli Siber Bila Boleh Dihentikan

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 119 hits
Beberapa tahun lalu saya pernah menulis mengenai kisah seorang pemuda berlainan kepercayaan yang didedahkan identitinya itu oleh seorang rakan sekolah di Facebook Bekas rakan sekolahnya itu turut memaparkan wajah tunangnya dan status terseb...
Cerita Pelik Bagaimana Saya Boleh Mula Melabur Saham

Cerita Pelik Bagaimana Saya Boleh Mula Melabur Saham

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 195 hits
Tahun ini adalah tahun di mana saya mula slow down buat content di sosial media Entah kenapa makin bertambah usia makin malas pula rasanya nak expose diri di khalayak ramai Blog ini pun dah lama saya tak jenguk Tapi hari ini saya paksa diri...
Ha Akhmal Tunggu Pa Lagi Kot Boleh Jadi Mb

Ha Akhmal Tunggu Pa Lagi Kot Boleh Jadi Mb

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 134 hits
dah untuk cara bagaimana nak sertai PN Aku rasa Akmal pun boleh cuba Tarikh pada borang tu Tak ada masalah Nak letak 2022 pun boleh Harap kalau dia nak masuk PN Sebab hatinya dah terpaut sangat ke PN tu Guane boh Raja Gelap II
Pala Dia Harga Komik One Piece Opcg Op05 119 Luffy Cuma Satu Ringgit Boleh Beli Sebijik

Pala Dia Harga Komik One Piece Opcg Op05 119 Luffy Cuma Satu Ringgit Boleh Beli Sebijik

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 177 hits
Pala dia Harga ONE PIECE OPCG OP05 119 Manga Luffy boleh beli sebijik kerata la The post appeared first on
Boleh Mengelirukan Fuziah Minta Siti Zailah Berhati Hati Buat Dakwaan

Boleh Mengelirukan Fuziah Minta Siti Zailah Berhati Hati Buat Dakwaan

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 154 hits
Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff dinasihatkan agar sentiasa berhati hati semasa berbahas dan tidak membuat kenyataan umum sehingga boleh mengelirukan banyak pihak Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hi...
Revisi Uu Tni Prajurit Diusulkan Boleh Berbisnis

Revisi Uu Tni Prajurit Diusulkan Boleh Berbisnis

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 102 hits
Menurutnya yang seharusnya dilarang adalah prajurit menggunakan institusi TNI untuk berbisnis
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024