Buli Siber Bila Boleh Dihentikan


 

Beberapa tahun lalu saya pernah menulis mengenai kisah seorang pemuda berlainan kepercayaan yang didedahkan identitinya itu oleh seorang rakan sekolah di Facebook. Bekas rakan sekolahnya itu turut memaparkan wajah tunangnya dan status tersebut diiringi oleh bermacam-macam komentar jelik dan jengkel yang mengakibatkan pemuda itu berasa terlalu tertekan.
Sejak lebih sedekad lepas apabila ada seorang mufti mengaitkan saya dengan ajaran Syiah dan kemudian dituduh liberal pula, ada banyak buli siber di media sosial yang saya sudah dokumenkan. Padahal semua yang saya lakukan itu adalah bahagian dari kerja saya sebagai seorang pengkaji dan pensyarah di institut pengajian tinggi.
Pembuli itu menganjing, mencaruti, dan ada yang pernah mengancam nyawa saya. Pada satu masa buli itu pernah terzahir dalam bentuk verbal. Saya dicelupari di sebuah pasaraya oleh seorang wanita bertudung labuh yang saya kira seorang ekstremis. Mujur suaminya yang agak terkejut dan semacam segan dengan tingkah laku isterinya itu datang menenangkan pasangannya. Insiden itu mengundang perhatian pengawal keselamatan. Sang suami dalam gelabah kemudian mengaku isterinya terlalu banyak menatap media sosial. Isterinya pula yang entah kenapa naik angin telah menjerit-jerit pula kepada suami bagai orang gila kerana konon tidak membela dirinya, dan sebaliknya si suami tampak semacam memohon ampun daripada saya.
Insiden tersebut memang jahat, ini kerana waktu itu, anak saya masih kecil dan dan masih ditolak dalam troli bayi. Rupanya wanita itu setelah diselidiki mengajar di sebuah kolej agama negeri tidak jauh dari Bandar Bukit Mahkota. Dalam banyak keadaan, buli siber yang saya hadapi itu sering datangnya dari akaun yang tidak berwajah, tidak punya pengikut yang ramai, dan anehnya meminati bola sepak atau permainan dalam talian tertentu. Apabila saya melakukan pemetaan, kerana saya terlatih dengan teologi forensik ekoran kerja saya dengan Iseas-Yusof Ishak Singapura, saya dapati mereka mengacu kepada satu fahaman yang benih lahirnya itu adalah keganasan. Semua pembuli siber ini mengekori agamawan yang sama, dan corak jaringan agamawan itu juga seragam.
Sebenarnya tidak susah mana mengesani pembuli siber kalau pihak berkuasa kita serius. Yang diserang oleh pembuli siber selalunya identiti peribadi seseorang.
Apakah identiti peribadi? Ia satu set kualiti, kepercayaan, keinginan, atau prinsip tindakan yang menurut seseorang itu akan membezakannya secara relevan dalam aspek sosial yang mana a) ia berasa bangga dengannya; b) berasa tidak bangga dengannya yang mana sangat mempengaruhi dan membentuk tingkah lakunya yang mana menentukan apa yang ia lakukan, dan apa harus dilakukan bila tanpanya; atau c) seseorang merasakan ia tidak dapat berubah meskipun ia ingin melakukannya.
Dalam banyak keadaan, kualiti seseorang itulah yang akan membentuk pula maruah dan kehormatannya, yang mana ia berasa bangga dengannya secara langsung atau tidak langsung. Terdapat juga identiti sosial yang mana ia ditentukan oleh peraturan tertentu dan kriteria (yang didakwa) terjangka ada padanya.
Dalam era terorisme oleh IS, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah yang mensasarkan kelompok umat Islam tertentu sebagai kafir, mereka ini mendapat tenaga sokongan lantas disuburkan dengan fatwa keras pihak berkuasa agama. Contohnya dengan pengharaman dan pemomokan mazhab Syiah, tidaklah susah membayangkan Amri Che Mat dihilangpaksakan. Anehnya, dalam keadaan begini mangsa tidak pula dianggap mangsa. Dengan fitnah yang dilempar ke atas saya, maka saya berdepan dengan keadaan di atas.
Dalam pertemuan kedua dengan CEP (The Council of Eminent Persons) pada 2018, saya memberitahu ke muka seorang agamawan (dia CEP undangan) bahawa beliau punca perbuatan buli siber yang berterusan ke atas saya. Saya masih ingat beliau cemas dan cuba menghentikan kenyataan saya tersebut, mujur arwah Siddiq Fadzil dan Dr Farouk Musa bertegas supaya saya diberi ruang bercakap.
Sidang pembaca, tindakan memomokkan identiti seseorang di internet bukanlah suatu yang boleh kita abaikan. Di dunia maya, identiti kita senang terdedah ia juga akan menjadi tular dengan cepat sekali. Sama ada serangan identiti itu betul atau tidak, tentu sahaja itu satu cerita lain pula.
Menurut sosiologis Bauman dalam bukunya 
Freedom, hari ini identiti yang terbentuk, teracu, dan terjelma di dalam dunia maya termuat sebagai satu hubungan sementara yang memiliki komponen lampau, lani, dan masa akan datang. Hubungan lampau, lani dan masa hadapan ini identiti yang akan mencadangkan siapa diri kita, apa yang kita lakukan sehari-hari, dan apa yang akan berlaku seterusnya dan ia akan berubah-ubah sepanjang berlakunya perubahan hidup.
Justeru identiti itu sendiri rapuh — fragile dan unstable — sehingga tiba ke satu titik yang mana ia tak dapat dicapai. Membentuk identiti adalah satu takdir kemanusiaan yang manusia tidak dapat melarikan diri darinya. Manusia, atau individu memerlukan identiti. Tanpa identiti seseorang itu akan hilang arah dan gila. Dalam kes saya, identiti saya adalah sebagai pengkaji yang senang ditohmah dan dimanipulasi oleh mereka di arus perdana.
Sebetulnya terdapat banyak contoh kes pembulian identiti di internet. Ia berlaku saban detik dan waktu. Jika ada pempengaruh atau agamawan terkenal membuat penghinaan minoriti beza agama atau kepercayaan, ia tentu sahaja boleh membawa kepada jenayah kebencian. Sekarang, soalannya apakah agamawan yang menjadi punca pemomokan dan mencetuskan pembulian identiti itu akan ditangkap atau diperhatikan?
Malangnya dalam negara dengan dukungan dan pelaksanaan hak asasi manusia lemah, seseorang pembuli identiti itu akan mudah terlepas.
Staf di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebenarnya boleh memantau dan mengambil tindakan terhadap pembuli siber dengan menggunapakai kerangka hak asasi manusia. Kerangka ini sudah diterima oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan dinamai Pelan Tindakan Rabat. Pelan ini menghuraikan apa yang tidak wajar dianggap sebagai ‘kemerdekaan bersuara’ dan dapat dianggap sebagai kebencian terhadap agama secara kolektif. Kita boleh dengan cepat mengetahui ia sejenis buli siber apabila berpegang kepada kerangka ini.
Jika anda seorang minoriti, katakan anda pempengaruh atau aktivis Hindu, dan sedang dibuli atau identiti anda sedang terancam maka saya sarankan anda memerhatikan aspek-aspek berikut dalam serangan pembuli itu:
i. konteks, apakah sesuatu status TikTok atau X itu misalnya dapat ditentukan apakah ia ditujukan kepada satu kumpulan atau identiti sasaran; maksudnya tentu ada latar belakang yang mendorong anda dibuli. Selalunya ia berkaitan identiti.
ii. kedudukan individu pembuli adalah penting untuk dikenalpasti. Secara khususnya apakah individu pembuli itu mewakili mana-mana kumpulan agama yang lain, atau apakah statusnya dalam masyarakat. Katakan, adakah pembuli itu seseorang yang penting seperti pendakwah berpengaruh di YouTube. Jika mereka hanya ada sedikit pengikut, lakukan pemetaan kendiri dan anda pasti menemukan mereka kepada satu titik, contoh kepada seorang pempengaruh lain; atau kepada seorang agamawan yang tidak toleran.
iii. aspek niat juga penting diperhatikan dan pembuli ini kita boleh tentukan ia tidak lalai atau tidak sengaja. Ini kerana pada sesuatu buli itu akan terdapat elemen hasutan, dan mengajak orang lain berbuat jahat; yang secara aktif dapat ditentukan berdasarkan adanya hubungan antara objek, subjek ucapan dan juga khalayak;
iv. dalam pada itu analisis kandungan dan bentuk status Facebook, atau komen di instagram juga sangat kritikal dalam menentukan apakah ia satu pencabulan hak asasi manusia. Kandungan ucapan itu perlu ditentukan apakah ia berbau provokasi, langsung dan apakah hujah-hujahnya tuntas atau tidak. Jika seseorang pembuli itu secara jelas mengajak melakukan pembunuhan di saluran podcast sebagai contoh dia menyatakan 
jangan tolak ansur lagi, kita sedang terancam, maka mari lakukan sesuatu, ini bermakna undang-undang diambil di tangan sendiri;
v. seterusnya keluasan ucapan atau siaran media sosial juga dititik beratkan. Dalam konteks ini apakah pembulian tersebut dilakukan secara publik, juga saiz dan target audiennya apakah kecil atau besar, dan apakah audien media sosial lain mempunyai akses kepada pembulian identiti terbabit; jika ia dilakukan secara live sebetulnya lebih mudah untuk ditelusuri.
vi. akhir sekali setiap pemomokon dan pembulian akan menanam kebencian terhadap identiti mangsa dan ia mempunyai potensi risiko yang mungkin terjadi lantaran pembulian tersebut. Dalam hal ini status kebencian seseorang selalunya adalah langsung dan memang memaksudkan sesuatu yang buruk terhadap sasaran. Dalam banyak keadaan, mereka yang dibuli akan mengalami trauma, diketepikan masyarakat dan terpaksa berlindung.
Kisah pembuli siber dan mangsanya yang murung akan selalu berulang. Tidak mustahil akan ada lagi mereka yang membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan dan buli di alam maya ini. Atau, pembulian itu boleh pula terzahir dan terjelma sebagai kekerasan fizikal. Soalan kita, bilakah pihak berkuasa akan menghentikannya? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/buli-siber-bila-boleh-dihentikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Klasifikasikan Buli Siber Sebagai Jenayah Berat Thiban

Klasifikasikan Buli Siber Sebagai Jenayah Berat Thiban

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 184 hits
Kematian seorang pempengaruh media sosial Rajeswary Appahu dipercayai akibat buli siber sewajarnya ditanggapi oleh pihak berkuasa dengan serius Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN Thiban Subbramaniam gejala buli siber yang ...
Polis Siasat Kes Pempengaruh Tiktok Didakwa Bunuh Diri Akibat Buli Siber

Polis Siasat Kes Pempengaruh Tiktok Didakwa Bunuh Diri Akibat Buli Siber

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 197 hits
Ili AqilahMenteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengesahkan kes seorang pempengaruh TikTok yang didakwa mati bunuh diri selepas dibuli siber telah dirujuk kepada polis untuk siasatan Jelas Fahmi walaupun mangsa sebelum ini membuat aduan kepada Su...
Hanya Undang Undang Ketat Boleh Ajar Pembuli Siber Mek Yun

Hanya Undang Undang Ketat Boleh Ajar Pembuli Siber Mek Yun

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 180 hits
KUALA LUMPUR Terkesan dengan gejala buli siber yang semakin kronik pempengaruh media sosial dan pelakon Mek Yun berharap akta baharu membabitkan tindakan pelaku kacau ganggu dalam media sosial dapat digubal serta segera diwartakan Ujar Mek ...
Kes Buli Siber Pm Sangat Tidak Berpuas Hati Fahmi

Kes Buli Siber Pm Sangat Tidak Berpuas Hati Fahmi

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 174 hits
Pada sidang media petang tadi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa sangat tidak berpuas hati dengan cara agensi agensi terlibat dalam menangani isu buli siber Ekoran itu PM tel...
Polis Tahan Wanita Didakwa Buli Siber Pempengaruh Tiktok

Polis Tahan Wanita Didakwa Buli Siber Pempengaruh Tiktok

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 160 hits
SEORANG wanita berusia 35 tahun ditahan untuk siasatan berkaitan bunuh diri pempengaruh Rajeswary Appahu akibat buli siber di TikTok Ketua Polis Sentul Sukarno Zahari berkata seorang lelaki berusia 39 tahun membuat laporan pada Sabtu berhub...
Buli Siber Mcmc Pdrm Teliti Prosedur Permudah Laksana Aduan

Buli Siber Mcmc Pdrm Teliti Prosedur Permudah Laksana Aduan

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 104 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Polis Diraja Malaysia akan meneliti prosedur operasi standard untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber di negara ini MCMC dalam kenyataan berkata pihaknya menyambut baik pengumuman...
Bekas Polis Antara 3 Dipanggil Bantu Siasatan Kes Buli Siber Esha

Bekas Polis Antara 3 Dipanggil Bantu Siasatan Kes Buli Siber Esha

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 273 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tiga individu termasuk seorang bekas polis akan dipanggil bagi membantu siasatan kes buli siber pempengaruh TikTok A Rajeswary atau Esha Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata tiga individu itu akan ...
Zaman Kami Boleh Zaman Kamu Tak Boleh

Zaman Kami Boleh Zaman Kamu Tak Boleh

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 160 hits
Zuwairi Md YusofJangan layan pembodohan percaya sama palatao PN kaki sakau JOHARI dulu PENJAWAT AWAM di JPA boleh tengok wiki dia bukan kecil anak punya SPEAKER Bagai langit dengan bumi dia dengan speaker zaman PN tebuk atap 3 tahun lamanya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization